CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Karipap-Karipap Cinta (2011)

[Copy link]
Post time 2-9-2011 10:19 AM | Show all posts
kawan saya ckp movie ni biasa2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2011 06:27 PM | Show all posts
say NO to gambit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 10:14 PM | Show all posts
ni filem gambit yg directornya ek?

ah terus reject bila dgr nama bagero nih

bagi tiket free pun aku x nak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 11:39 PM | Show all posts
Reply 63# otai_g

bukanlah..director othman hafsham...hero gambit...dan iols pun tak hingin nak tgk movie ni..time filem kuar la hero nak buat peel..kan bongok namanya tu? kesian pakcik hafsham..patut kena banned si gambit ni...bodo melantun2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 11:48 PM | Show all posts
Reply 64# arisa_imamura

sbb filem ni ada gambit, habis 1 produksi ni kena samak dgn air tanah.

dah tercemar dek najis yg gambit ni bawak.

kesian kru2 filem ni x dpt bonus mcm produksi yg uncle david buat
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 02:40 AM | Show all posts
sapa heroin nih??? hancusss tak kenal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2011 09:42 AM | Show all posts
aku mengharap filem ni dapat mengulangi kejayaan Hafsham dalam filem Mekanik, Ujang tapi bila tgk trailer jer, nampak MENGECEWAKAN.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:30 PM | Show all posts
naper heroin dia pakai tudung mcm tu, mengecewakan sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 06:49 PM | Show all posts
heroin x cun langsung! cmne la penonton lelaki nak gi tgk?


covergurl novel ni jauh lagi cun dari heroin filemnya, ape kes?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 09:44 PM | Show all posts
poster pun azab sangat ! murahan sangat......
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 10:38 PM | Show all posts
heroin citer ni men'spoil'kan niat aku nak layan...
dlm novel, heroinnya bertudung lengkap, itulah yg telah menyebabkan si hero akan berubah kpd baik...siap menipu dia belajar kt al-azhar...
yg movienya, pakai selendang jer, mcm mana nak tarik hero ke arah kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 11:12 PM | Show all posts
aku berjaya habiskan novel dalam perjalanan ketapi KL - Tumpat n perjalanan balik Tumpat-KL hari tuh.....memang lain benar gambaran heroin dalam novel dgn dalam poster filem.....bak kata Fadz dari tontonfilem.blogspot:-

Melia. Ya Allah. Dia ada gedik-gedik dia, yang kalau kita bandingkan dengan kulit buku Vovin, kita takkan dapat rasa "semangat" lembut tetapi tegas Sara, walaupun Melia sudah mencuba. Ya, ada banyak hal tentang Melia yang "salah", perwatakannya yang "gatal-gatal", terlalu nampak manja-manja dan, erm, ok, aku tak berapa feel tengok dia (sori Melia). Ini juga ada salahnya dalam Hafsham (atau Vovin si penulis skrip). Sewaktu kita membaca novel sangat laris ni, kita dapat merasai "misterius" Sara, yang mana, kita tidak TAHU apakah Sara tu syok kat Ali, sampailah dalam satu babak Sara dengan marah menemui Ali. Inilah kebijakan novel tersebut. Dalam filem ini, hal misteri cinta ini "mati" apabila awal-awal lagi, dengan cara Melia makan karipap "dengan gatal" sambil melihat Ali (ya, kita faham semangat seksnya di sini, seperti mana babak keropok lekor Ali tersebut) dan sebuah babak "Facebook chat" yang aku rasa tidak perlu: MELIHATKAN reaksi suara dan wajah Melia terhadap tulisan chat Gambit! Serius ini satu "tolak markah"lah buat aku. Apabila awal-awal kita dipertunjukkan akan "keberahian" Melia terhadap Gambit, segala kerakusan voyeur ala-ala nafsu dalam seluar dalam kita terhadap "apa akan berlaku" antara Ali dan Melia "hilang". Semua pemaknaan, seperti "lampu gelap" rumah ayah Sara (yang boleh kita ikatkan sebagai simbolisme "malam pertama") semua hilang ke longkang kerana ketidakpandaian Hafsham dan penyunting memberi syot-syot dan pemahaman imej yang lebih menarik untuk "mendindingkan Jericho Wall" Ali dan Sara.

Ya, membaca novel Vovin ini, hal yang paling-paling penting ialah bagaimana ia memaparkan ketidaktentuan, seorang anak pemuda yang bernafsu dan berlibido kuat, menyunting sesuatu yang "suci" dan "misterius". Cara Ali untuk "menyingkap" suci dan misteri inilah yang menarik. Inilah yang aku lihat samar dalam filem Hafsham. Apabila Hafsham awal-awal lagi telah "mendedahkan" Sara/Melia dengan gaya tudung ala Siti Nurhaliza, ini lagi "menelanjangkan" kemisteriusan dan kesucian "dara" Sara. Hal ini diburukkan lagi dengan dipaparkan cara Sara/Melia tanpa tudung, di depan komputer, menyimpuh menulis "pertama kali" dengan Ali/Gambit. Misteri dan kesuciannya "habis lenyap" pada detik itu (sebab kita dah tahu Sara memang minat dengan Ali). Dan dengan ini, kemisteriusan kesucian Sara itu TIDAK dapat dikaitkan dengan kemisteriusan urus kerja ayah Sara dengan Dato' Zidan (dan inilah yang paling mendukacitakan aku).
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 11:36 PM | Show all posts
Reply 67# Makcik_WOK

kena terima kenyataan skang ni bukan zaman hafsham, datuk yusuf n prof razak.

skang ni org dah x minat filem drp director lama2 nih...

bg la goongan muda bikin filem plk.

br melatops
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 12:36 PM | Show all posts
when i watch the making of this movie..
tgk heroin pakai tudung (tudung kah?) selendang sebegitu
with gambit (oh please mamat poyo)
sgt x menarik minatku utk menonton..

please la..anda telah merosakkn novelnya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 05:27 PM | Show all posts
kenapa no to gambit eh? dia banyak kontroversi erk?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:44 AM | Show all posts
takminat nak tengok filem ni sebab hero dia Gambit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 02:37 PM | Show all posts
dari utusan

Hafsham kekal resipi

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my


SALAH satu adegan lucu yang dipaparkan dalam filem arahan Hafsham.

SAYA lahir dari generasi yang membesar dengan filem arahan Othman Hafsham seperti Adik Manja (1980), Mekanik (1983), Rahsia (1987) dan Driving School (1990). Setiap satu saya sifatkan sebagai naskhah klasik, di mana sehingga kini saya masih mengingati babak demi babak dan dialog-dialognya.

Masuk alaf baru, sentuhannya masih menjadi apabila Soal Hati (2000) menerima sambutan hangat sehingga disambung kepada Soalnya Siapa? (2002). Hari ini, sutradara berusia 72 tahun ini mahu menyentuh hati penonton muda menerusi Karipap-Karipap Cinta, adaptasi novel popular karya Nazri M. Annuar.

Saya memahami justifikasi Hafsham apabila meminta Nazri mengolah sendiri lakon layarnya, biarpun penulis itu tidak berpengalaman menghasilkan skrip. Menterjemah novel kepada bahasa visual tentunya berbeza, tetapi Hafsham barangkali sekadar berjaga-jaga agar 'jiwa remaja' novel itu kekal di layar perak.

Karipap-Karipap Cinta mengisahkan Ali, seorang pekerja syarikat majalah yang menganggap kehidupan sebagai perkara sambil lewa. Dia jatuh cinta pandang pertama kepada Sarah, gadis lulusan Universiti Al-Azhar yang bukan saja pandai bersilat, tetapi juga bijak memasak karipap.

Demi memikat gadis impiannya, Ali berbohong sebagai graduan universiti yang sama, apatah lagi bila mendapat tahu Sarah bakal dijodohkan dengan ustaz. Dia juga sanggup memecah masuk rumah majikan sendiri, untuk mendapatkan dokumen yang boleh membersihkan nama bapa Sarah dari skandal rasuah.

Nazri mempunyai idea yang menarik dalam mencipta situasi komedi dan cinta. Susur galurnya ringkas dan perbualannya selamba, mudah untuk difahami generasi masa kini. Filem ini berjaya muncul dengan beberapa 'punch line' yang agak berkesan, meskipun tidak dapat lari dari elemen-elemen jenaka ala Senario.

Misalnya, kewujudan sidekick Ali lakonan P. Jagen, Shawal AF5 dan Elyas Iskandar yang mengingatkan saya kepada watak-watak pembantu yang stereotaip yang melakukan apa saja untuk membuatkan penonton ketawa. Namun demikian tidak semua lawaknya menjadi, ada yang separuh masak.

Saya kurang memahami sub-plot jiran Ali, lakonan bintang baru Shamira Azmil (anak kepada Azmil Mustapha) yang obses dengan jejaka itu. Walaupun adegan-adegan yang membabitkan mereka menimbulkan sedikit kelucuan, tetapi ia tidak memberi kesan, mahupun kesinambungan kepada keseluruhan jalan cerita.

Saya kira, salah satu formula bagaimana filem komedi romantik boleh berjaya ialah gandingan dua pelakon utama yang 'kuat'. Mereka tidak semestinya hebat, asal saja dapat menimbulkan keserasian dan saling melengkapi. Ini kerana mereka dan sekeliling yang berlaku di antara mereka menjadi fokus.

Gambit Saifullah merupakan pilihan yang mungkin tidak terlalu tepat, tetapi sesuai untuk watak Ali. Terdapat beberapa sifat Ali seperti poyo dan yakin diri yang kena dengan bahasa tubuh Gambit. Tetapi ada waktu-waktunya nampak seperti tidak asli. Puncanya kerana hero tidak secocok dengan heroin, Melia Aimellia.

Sarah sebenarnya satu karakter yang dominan dan bukan calang-calang. Dia seorang wanita yang berperibadi tinggi. Tetapi dalam masa sama masih seperti gadis lain yang ingin mencari cinta dan keluar berpacaran dengan lelaki idaman.

Bukan Melia tidak berusaha, tetapi mungkin kerana kurang pengalaman dan tunjuk ajar, watak Sarah dizahirkan tanpa naluri. Peranan itu seharusnya menjadi peranan yang menyeronokkan dan dinanti-nantikan kemunculannya.

Namun di tangan Melia, perkara itu tidak terjadi. Malah saya amat rimas dengan gaya tudungnya yang tidak kemas. Melihat luarannya juga, saya tidak percaya apabila Sarah dikatakan antara 10 pelajar terbaik Universiti Al-Azhar semasa tahun pengajiannya.

Karipap-Karipap Cinta terhasil sebagai sebuah filem yang mempunyai perasaan dan wajah era 1990an. Saya tidak pasti jika itu satu perkara yang baik atau sebaliknya. Bagaimanapun, Hafsham masih mengekalkan resepi komedi dengan tempo dan ritma yang betul.

Naskhah ini juga dilihat segar, mengaitkan makanan sebagai subjek dan penyambung kepada rasa kasih. Kemunculan Eman Manan juga yang membawakan watak komikal, terutamanya ketika menyanyikan lagu Liyana Jasmay, memberi harapan bahawa filem ini masih mampu menghiburkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:38 PM | Show all posts
dah agak, punca citer ni tak best sbb heroin..
suka hati nak tukar2 watak...
dah elok watak sarah tu bertudung litup tapi ko nak berselendang...
sampai sazwan tu komplen...
patut tukar, watak sarah bukan dr uni al-azhar
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:46 PM | Show all posts
Reply 72# cmf_GAIA


sgt menduka citakan filem ni...
hanya disebabkan heroin dia aku tak berminat nak tgk...
sory sesangat kt vovin, novelnya best sgt...
pasal heroin ni, ada kt bod gosip, yg dia bincang dgn pengarah kata nak berselendang sbb tak gosip seperti tiz berlaku kt dia...
takut peminat komplen yg dia dia bermuka2...
watdefak, sbb ko milia, filem ni hancus...
wartawan sazwan (aku selalu refer kt penlisan dia ni) pun kata benda yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 12:10 AM | Show all posts

layannn!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.073643 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list