CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

Ogy Nak Saman Johan RL (Latest : Johan Kurang Ajar, Pg 3)

   Close [Copy link]
Post time 27-11-2011 01:43 AM | Show all posts
ish gurau [on tak boleh............... so DIVAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA tua...khennn.... harktuihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2011 01:45 AM | Show all posts
ntah ............. mcm pertama kali dia jadi host. dia ngan raja azura dulu sakan sindir2 retis  ...
santubung Post at 27-11-2011 01:19


nampak sgt menyerlahkan kebodohan dia sebagai seorang yg pro.... pro ke kalau sampai nak saman isu remeh?


B.O.D.O.H !!!! dok umah jaga anak lagi bagus la.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 02:05 AM | Show all posts
sindrom nk monopus agknye...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 02:06 AM | Show all posts
memang kurang ajar ngan orang tua pn si johan neh pelawak bangang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 02:10 AM | Show all posts
best ker saman-samn nie??
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 02:14 AM | Show all posts
memang kurang ajar ngan orang tua pn si johan neh pelawak bangang
drvn182 Post at 27-11-2011 02:06


ramai artis dh jd mcm nie..dh xleh reti nk hormat org lebih tua..budak2 pon ramai yg ikut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2011 02:14 AM | Show all posts
alamak...kak ogy yg lama dalam industri, yg dah banyak makan garam, terkena tohmahan, umpat keji and all craps tu boleh tersentap dgn Johan pelawak tu? dah namanya pelawak kan.. you primadona, it's a known fact. nak saman  on what basis? tak boleh cakap dgn Johan terus? dia masih baru dlm industri, paling2 pun mintak Johan mintak maaf secara terbuka..dah, habis cerita.. kita kadang2 buat silap kita tak perasan.. so kena la saling mengingatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 02:19 AM | Show all posts
ckp cam tu pn nk saman ker??len kali xyah ader pngacare anugerah la..kang xmasal2 kne saman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2011 02:32 AM | Show all posts
Lowyer ngan anak guam sama sengal..lain la klu ats stage tu johan kata hei tua mulut jahat,ko ada bkat ke smbil raba tetek akak ogy...saman la 14 juta.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 02:35 AM | Show all posts
Johan kurang ajar!– Ogy Ahmad Daud

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my




INI bukan cerita rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi. Tidak!Ini cerita bagaimana terlukanya seorang primadona tanah air terhadap seorang junior dalam industri hiburan. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menghormati orang yang lebih dewasa.

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.

Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud, 49, dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Iyalah, gandingan baru dan lama siapa yang tak mahu lihat, pentas boleh jadi riuh rendah dibuatnya.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton.

Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.

Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan.

Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.

“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Mana IQ?

Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.

Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia.

Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka.

Malah, kata Ogy, ada yang tidak faham antara lawak bodoh dengan lawak yang punya IQ.

“Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.

“Lihat contoh, Harith Iskandar atau Afdlin Shauki. Mereka tak ada pun nak hina-hina orang untuk membuatkan orang ketawa. Mengapa Johan perlu buat begitu?

“Mengenakan saya di pentas dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai, apa dia ingat saya ni adik diakah?” katanya.

Menurut pengarah dan penerbit ini lagi, kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro, ” katanya.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Menurut Ogy, biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas dirinya selepas ini, namun dia tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

“Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

“Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ogy, dia dan peguamnya kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

“Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini!” katanya lagi dalam nada cukup tegas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 02:41 AM | Show all posts
Mengada2  je... Mcm poyo je org tua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 02:51 AM | Show all posts
kalau sekadar panggil 'orang tua'..

takde akta dalam undang2 malaysia ni yg boleh digunakan untuk menyaman sesorang yg memanggil sesorang yg lain sebagai 'orang tua'

so baik lupakan saja....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 02:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by noraidil_06 at 27-11-2011 03:48

ogy, watch maharaja lawak mega n look at AC.Tgk mcm mn dia kena dgn peserta2.mgkn dia sentap gak, tp dia x meroyan n menjuyah merata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 03:06 AM | Show all posts
seriously.................sikit pon x nmpk penghinaan ayat-ayat johan tu
ai tgk dari mula sampai habis FFM malam tu.... mcm tu la cara Johan hosting selama ni....
Kalau tgk lawak-lawak raja lawak, oh yeah, maharaja lawak segala tu mcm-mcm lagi teruk dari ni.......

AC pun org dok membahan die psl gelang x de la nk sentap sampai nk menyaman...
dolu kepala zaibo jadik bahan time jozan host RL2... kes dafi ziffi tu lagik.... sentap kejap retis internesyenel ni...tp x saman pun...

kak ogy ni rasa diri dia hebat sgt la ni... pefeeling primadona diva x abis-abis.....x leh nk cuit sikit pun....

bab attitude Johan dtg lmbt ni mmg nk kene babap ni.... x disiplin camne nk maju cik habang oi... zizan dulu pun salu dtg lmbt skarang ni dah ok kot... contohi mat jijan yer...

tapi ntah-ntah ada yg jadi tukang cucuk kak ogy ni x....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 03:09 AM | Show all posts
pelawak sekarang ni memang suka merapu hina orang lain.
walaupun sekadar lawak tapi toksah la sampai gitu.
MLM pun sama..ramai artis situ yang asyik merepek kutuk2 artis lain.
nak jadikan trend ke?

lawak tak lawak pun manusia kan ada perasaan.
lagipun ni bukan pertandingan lawak jenaka.
sensitiviti orang kena jaga..lenkali study sket partner emcee tu.
takdelaa skrip terbabas sangat.

bosan dengan pelawak2 malaysia sekarang..
melalut lebey..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 03:22 AM | Show all posts

لا إله إلاَّ الله.محمدرسو ل الله



nak muntah baca kisah artis saman saman nih pui!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2011 03:23 AM | Show all posts
Johan kurang ajar!– Ogy Ahmad Daud

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY





INI bukan cerita rumah ...
juliez Post at 27-11-2011 02:35








i ols rs si johan nih ingtkan ogy nih jenis yg sporting kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 03:29 AM | Show all posts
ya allahhhh!! tolong la ogy amad daud oiiiii!! matang laa sikit!
dengan budak2 pun nak sentap! period!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 03:43 AM | Show all posts
kalau ye pun nak melawak...
jangan libatkan ibu bapa dan Rasulullah...
Bukan semua benda boleh buat lawak...
Napa tak buat lawak mak bapak dia sendiri?
Tu pasal la Johan dulu kena baling gelas...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 03:48 AM | Show all posts
Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.


mandai je utusan batu ni kata muhyidin dtg masa FFM ...tpm datang masa majlis pelancaran je la...malam anugerah dr rais yg dtg...bodohnya surat kbr murahan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062494 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list