CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: hasell

LOOPER

[Copy link]
Post time 20-10-2012 11:26 AM | Show all posts
rebiu kontott : Kisah mengenai seorang pembunuh upahan yg mangsa-mangsanya adalah si malang dari masa hadapan.

Para mangsa dihantar melalui timemachine yang selepas sahaja mula diwartakan terus diharamkan oleh pihak berkuasa. Tapi seperti biasa, yg haram itulah yang seronok utk dipergunakan.

Selama ini kerja Joe hanyalah menembak urang. Upahnya dlm bentuk kepingan-kepingan perak. Malam sampai siang hanya untuk berjoli dan hisap dadah. Kadangkala berborak bersama pembunuh-pembunuh yang lain yang muka mereka semuanya taklah jahat langsung. Kerja membunuh sebagai Looper ini nampaknya dah jadi sesuatu yg 'cool'.manakala upahan brbentuk emas nanti..jika berjaya mmbunuh "dirinya"yang datang dari masa hadapan.

Nak dijadikan pelem, Joe dari masa hadapan telah menghadapi hukuman bunuh tetapi sempat terlepas dari genggaman para samseng lantas ambil peluang untuk pandu time machine sendirian. Di sinilah dia berdepan dengan Joe Muda.

Apapun, babak aksi yang kiter harapkan byk berada di hujung pelem. Di tengah-tengah kiter dikenalkan dengan satu keluarga ibu dan anak lakonan Emily Blunt dan Pierce Gagnon.

Ketika JGL atau Joe bersama mereka, barulah pelem memasuki fasa mempersoalkan tentang prinsip hidup kiter. Joe yg muda tak tergamak utk membunuh seurang anak kecil. Joe tua, terlalu emosi, inginkan kembali isterinya yg dibunuh sanggup menembak anak-anak kecil yg dianggapnya akan jadi Rainmaker pada masa hadapan.

Menarik kerana kedua-dua personaliti berbeza watak Joe ini tidak bercanggah dgn diri Joe yg sebenar. Maksudnya Joe yg muda belum lagik melalui kematangan dan merasai cinta utk sanggup membunuh anak-anak. Manakala Joe tua terlalu yakin beliau akan bertemu kembali dgn isterinya sedangkan ia kemungkinan yg sangat sukar utk dikecapi kembali.

tentang emily blunt..Sedikit berbeza dari ketika dia berlakon Adjustment Bureau tetapi perwatakannya sebagai gadis yg meminggirkan kemajuan dan batu-batu konkrit hanya utk pastikan beliau dan anak hidup dlm ketenangan (anaknya mmg perlu tempat yg tenang-tenang sahaja) amatlah berkesan.

pelem yang baik. Permainan masa dari satu babak ke babak yg lain boleh diperbaiki. Rekabentuk set kelihatan sedikit murah. Lakonan boleh tahan. ak beri 6/10.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2012 08:44 PM | Show all posts
Baru je tgk movie ni tadi. Tinggal 2-3panggung je yg tayang.

Overall jalan cite mmg best, lain dari kebiasaan. Mula2 ingat ala2 jumper. Rupanya time travel. Ada few scene yg tak berapa faham pd mulanya, tapi dijelaskan dlm scene berikutnya. Contoh scene future seth escape kt pagar railway tu. Pelik gak mcm mana ada ayat boleh timbul kat lengan. Masa scene future joe n young joe kat restaurant tu baru le paham bile future joe tanya sakit tak toreh nama waitress tu kat lengan. Hehe..

Tapi betul la, banyak benda yg tak diterangkan dgn detail. Contoh ttg mutasi tk. Then rainmaker tu pun mcm tergantung. Taktau la klau nara termiss ke apa. Still x paham knapa ada 3 trget yg joe kna bunuh utk stop kewujudn rainmaker. Scene last skali pun pelik gak sebab kamera mcm fokus pada pipi budak tu. Mcm ada kaitan dgn sesuatu yg lain. Dari segi ending, nara rasa ok. Joe still ada perikemanusiaan. Itu yg terbaik utk budak tu, mak dia,dan  nasib looper yg lain. Dan joe tak rugi apa pun bila dia sacrifice diri sendiri.

Nak bagi bintang berapa eh? 4 out of 5

Drug yg joe guna tu pun mmg advance. Mcm eye mo pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 05:11 PM | Show all posts
baru donlod this movie. agak berat n weng jugak la kepala aku lps tgk muvi ni. err.. time travel machine tu Rainmaker ke yg invent? tak perasan pulak. sbb watak Rainmaker ni disebut o 'Old Seth'  masa 'present Seth' failed to accomplish his job. pastu 'present seth' baru citer kat JGL. so dari situ timbulnya watak Rainmaker.

3 target tu muncul sbb lahir kat hospital yang sama. Old Joe google number surat beranak yg dia dapat (ni pun aku pening cane dia boleh dpt no surat beranak tu). after google dapat la 3 target tu yg mana salah satunya merupakan Sid a.k.a Rainmaker waktu kecik.

yup pasai TK tu still blurr xtau asal-usul. Overall aku ble bagi 3.5/5
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 09:34 PM | Show all posts
Okay  nak download la  cerita ni...baca komen u guys pun skip skip dan sekali lalu je..takut terbaca spoiler...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 01:42 PM | Show all posts
jgl muka lain betoy
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 11:06 AM | Show all posts
dh tgk...dan akan tgk lg skali...sbb ada blur2 sket
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.338384 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list