CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katt

Korean Movies :: Reviews & Information ::

[Copy link]
Post time 25-3-2004 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by sharpman at 2004-3-22 06:22 PM:


oooo tenkiu tenkiu


baru nih nampak kat S&M .. harga rm12.00 --> my sassy girl

** sape dah penah tgk citer Crazy first love ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Seablue This user has been deleted
Post time 27-3-2004 10:15 AM | Show all posts
Hi

Mind if I join in...

Ni bukan review but just some personal thought about some Korean movies that I have seen

Yang terbaru sekali ING..Kim Rae Won and that girl from TOTS.It is entertaining and all but not a movie yang nak tengok berulang kali.Firstly there's no chemistry between those two lead characters.Percintaan mereka pun tak convincing enough until I can feel for the character dan I feel KRW tried too hard to be this happy go lucky guy.

The Classic ...a really poignant story tak sedar air mata dah meleleh...wow one of the best movies I've seen...Suka SYJ dalam ni lagi dari Summer Scent and one of Piano lead JIS.

JSA..one type of movie genre yang biasanya tak tengok tapi sebab LBH tengok jugak.LBH tak perlu cakaple memang convincing actor tapi the story really moves me tentang semangat setiakawan.

My Tutor friend...faham2 lah kan KSW

Sassy Girl....funny

Not for repeat viewing

LOve Wind love song...tak tahule kenapa kalau tengok heroin dia KSY mesti nak tertidur punya.Yang bestnye ada JDG masa time kurus

Repechage...what a ridiculous movie

Il Mare...entahlah orang kata best tapi beberapa kali try tengok mesti tak boleh nak habiskan

Calla...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2004 01:01 PM | Show all posts

Personal thoughts, reviews....share them! ^_^

Originally posted by Seablue at 2004-3-27 10:15 AM:
Hi

Mind if I join in...

Ni bukan review but just some personal thought about some Korean movies that I have seen


Hi Seablue

Welcome back! Lama tak nampak, good to have you here. Sila2, the thread is yours.

The Classic...a really poignant story tak sedar air mata dah meleleh...wow one of the best movies I've seen...Suka SYJ dalam ni lagi dari Summer Scent and one of Piano lead JIS.


Wow, this movie is truly recommended by many. Kena cari juga the vcd.

JSA..one type of movie genre yang biasanya tak tengok tapi sebab LBH tengok jugak.LBH tak perlu cakaple memang convincing actor tapi the story really moves me tentang semangat setiakawan.


Yeah, totally agree with you about JSA. My initial plan was to watch LBH but in the end, the movie itself won me over, completely! My very first encounter with Korean movies and it was awesome!

Hmm, this Repechage? Who was in it?


Seablue, I know you dah tengok Untold Scandal. :ah: Come and share your thoughts about this much talked-about movie. I'm sure ramai yang nak tahu juga. And remember Addicted/Addiction? Walaupun review ni dah ada dalam thread BD, please, kalau tak keberatan, post it again for this all-in-1 thread. If you want, I could re-post it here, with your permission, of course. ;)
Reply

Use magic Report

Seablue This user has been deleted
Post time 27-3-2004 06:33 PM | Show all posts
Hi katt...

sori long time tak post but ada problem with my comp akhirnye takde semangat nak berposting....

Pasal Repechage tu rasanya ada nama English lain jugak lakonan JDG dan Kim Hee Sun tapi disarankan kalau dapat sewa sewa jelah..Mengarut betul...kalau cerita balik stori dia pun tak ingat dah...forgettable

Silakanlah letak review Addicted tu...

p/s:tengah habiskan BD Korean version
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2004 12:33 AM | Show all posts

Thoughts on Addicted

Posted by Seablue in the Beautiful Days thread:

Ringkasan on Addiction

Cerita mengenai adik beradik Dae Jin (LBH) dan Ho Jin. Ho Jin telah beristeri bernama Eun Soo dan mereka tinggal bersama. Dae Jin seorang pelumba kereta manakala Ho Jin seorang pembuat perabot.Ditunjukkan perhubungan mereka amat rapat.Pada satu hari Dae Jin memasuki perlumbaan kereta yang besar dan abangnya Ho Jin ingin datang untuk memberi sokongan.Entah macammana kemalangan berlaku kepada Dae Jin semasa berlumba kereta dan pada masa yang sama abangnya Ho-jin juga ditimpa kemalangan kerana teksi yang dinaikinya untuk ke tempat perlumbaan itu dilanggar oleh trak.
Setahun kemudian Dae Jin bangun dari koma dan konflik bermula bila dia mengatakan dia adalah Ho Jin.....

Personal Note :
Dalam K-drama atau movies kenapa mesti ada kemalangan yang membabitkan trak (Hyundai , Samsung)..but overall LBH give a credible performance as always...I love LBH looks pada 2nd part of the movie...he started to be a nice guy  at first tetapi bila rahsia dah terbongkar tak boleh juga katakan dia seorang bad guy...only I think he loves too much ....rasa kasihan pulak kat karekter dia and that heroin sampai bila dia sanggup untuk tidak memberitahu perkara sebenarnya...perasaan bersalah mereka tidak akan membuatkan mereka bahagia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2004 12:37 PM | Show all posts

Film review: Addicted @ Addiction - 2002

Please beware major SPOILER kepada yang belum tengok

Ringkasan on Addiction (by Seablue)

Cerita mengenai adik beradik Dae Jin (LBH) dan Ho Jin. Ho Jin telah beristeri bernama Eun Soo dan mereka tinggal bersama. Dae Jin seorang pelumba kereta manakala Ho Jin seorang pembuat perabot.Ditunjukkan perhubungan mereka amat rapat.Pada satu hari Dae Jin memasuki perlumbaan kereta yang besar dan abangnya Ho Jin ingin datang untuk memberi sokongan.Entah macammana kemalangan berlaku kepada Dae Jin semasa berlumba kereta dan pada masa yang sama abangnya Ho-jin juga ditimpa kemalangan kerana teksi yang dinaikinya untuk ke tempat perlumbaan itu dilanggar oleh trak.
Setahun kemudian Dae Jin bangun dari koma dan konflik bermula bila dia mengatakan dia adalah Ho Jin.....

<Addiction - 2002 * Lee Byung Hun & Lee Mi Yeon *

Cast:
Lee Byung Hun - Dae-Jin
Lee Mi Yeon     - Eun-soo
Lee Eol            - Ho-jin
Park Sun Young- Yae-joo


Ho-jin & Dae-jin
Hubungan adik-beradik yang sangat erat antara Ho-jin dan Dae-jin. Nampak mereka sangat mesra, abang dan adik ni. Adik yang sayangkan abangnya, sanggup korbankan cinta sendiri. And that they tend to share everything, even personal secrets to the extent of one impersonating another. Bagaimana Dae-jin dapat meniru setiap perlakuan & kata-kata abangnya tu sedikit menakutkan....

<Dae-jin

Pengorbanan Dae-jin yang pertama
Dae-jin awal-awal lagi telah mengorbankan his personal happiness for his brother. Dan dia sanggup pula tinggal serumah dengan abang & kakak iparnya tu, just to be close to her. Masa awal-awal bila didesak oleh Eun-soo supaya berkahwin dia keberatan, katanya dia suka dengan keadaan yang sedia ada...him & his car-racing (tapi secara halus sebenarnya dia merujuk kepada kedudukannya di dalam rumah tu)

* Katakanlah sekiranya kemalangan tu tak pernah berlaku, adakah Dae-jin akan terus tinggal dengan abang & kakak iparnya. Adakah dia akan berterusan mendampingi Eun-soo yang dicintainya itu walaupun wanita itu tak mungkin akan jadi miliknya?

Pengorbanan Dae-jin yang kedua
Sanggup melepaskan identitinya sendiri sebagai Hwang Dae-jin (the younger brother, the car-racer). Sanggup 'menjadi' Ho-jin walaupun memang jelas Eun-soo hanya cintakan abangnya tu. Sanggup mengambil semua perwatakan abangnya dan memadamkan sifat dirinya yang sebenar.

* Saat yang paling menyedihkan bagi Dae-jin adalah apabila menyaksikan alat sokongan pernafasan abangnya itu dihentikan. Sebagai adik, sampai ke akhirnya dia tak mengaku yang dia telah "mencuri" identity abangnya tu. Walaupun sedih dengan perbuatannya tapi dia dah terlalu jauh, he&#8217;s in too deep &  too addicted to his one love.


Pilihan Eun-soo
Walaupun akhirnya dia tahu pasal Dae-jin tapi dia ambil keputusan untuk menerimanya demi anak yang dikandungnya. Tapi personally, kalau dia dah tahu pasal pembohongan tu patutnya dia confront saja Dae-jin supaya dia mengaku agar masing-masing tak menderita dalam diam. Walaupun susah, tidakkah itu yang lebih baik? Seperti kata goggle, akan bahagiakah mereka nanti hidup dalam "kepalsuan"?

* Walaupun begitu mungkin Eun-soo dah mula memahami kenapa Dae-jin berbuat demikian. Bukankah all those love letters, Dae-jin yang tulis sebenarnya dan bukan Ho-jin?

Kelemahan?
Part yang saya kurang puashati, bila Eun-soo buka package yang dihantar kepada "Dae-jin" oleh Yae-joo. Nampak sangat terlalu mudah baginya untuk tahu pasal rantai yang putus tu. Too easy for her to discover the truth. Dan juga part Eun-soo jumpa diary & gambar dalam loker Dae-jin. Patutnya Dae-jin musnahkan  all those things kalau dia betul-betul nak jadi "Ho-jin". Tapi biasalah, manusia mana yang tak buat kesilapan....setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

<Eun-soo & Dae-jin


Lakonan
First of all, I admit watching Addicted because of LBH. Walaupun filem ni agak sederhana saja tapi LBH never fails to deliver. Better than expected, rasa kesian & simpati pada dia in the end. No offence to fans of LMY tapi IMO, her acting nampak kurang berkesan dari segi emotional expression. Entahlah... she could really do much better tapi itu pandangan peribadi saja.





Comments
Overall, nice & slow.....sweet yet sad, a little creepy but it was after all a film about one's addiction to love.


MY Rating: ***1/2

Photos credit to LBH HK Club & PlanetBH0712
Reply

Use magic Report

Follow Us
Takki_Aniki This user has been deleted
Post time 29-3-2004 08:07 AM | Show all posts

Off-topic

katt ~> Congrats on this thread being made as a digest. :clap:

[ Last edited by Takki_Aniki on 29-3-2004 at 08:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 04:04 PM | Show all posts

LOVE: IMPOSSIBLE aka DITTO & SYMPATHY

Cast: Jo In Sung, Kim Sa Rang
My Rating: ***


Mengisahkan Chul-soo (Jo In Sung), anak orang kaya dari Korea Selatan yang suka berfoya-foya sehingga mengabaikan pelajarannya...Oleh sebab tak cukup kredit untuk tamat pengajian, jadi dia perlu mengetuai ekspedisi carigali di Yanbian, China bersama sekumpulan rombongan dari Korea Utara...Rombongan ini pulak diketuai oleh Young-hee (Kim Sa Rang), anak diplomat Korea Utara yang cuba mengelakkan diri dari berkahwin...Pertama kali bertemu dengan Young-hee, Chul-soo terus terpikat, tapi Young-hee bukanlah macam gadis-gadis lain yang pernah ditemuinya...Chul-soo akhirnya betul2 jatuh cinta, tapi dia terlupa satu perkara besar yang melibatkan hubungan Korea Utara & Selatan...

Kalau sesiapa yang dah tengok Joint Security Area, pasti boleh faham sejarah hubungan Korea Utara & Selatan...Bezanya filem ni lebih ringan & berkisar dari segi percintaan...Kalau orang biasa, mungkin kita boleh pandang sebelah mata, tapi Young-hee berasal dari keluarga diplomat yang sangat berpengaruh di Korea Utara, maka kita dapat agak yang hubungan diorang ni akan timbul masalah bila filem ni mula jadi lebih serius in the second half...Banyak jugak babak2 yang kelakar pada awal cerita, cuma mungkin kita tak sangka yang Chul-soo would go to a certain extent to be with Young-hee walaupun dapat tentangan hebat ramai orang...especially in the airport scene, hmm...(OK, no spoilers here)

There are some slapstick moments, tapi scene kelakar lebih banyak dibantu oleh dialog, especially scene Chul-soo bertekak dengan Young-hee yang petah...Personally, I think Jo In Sung did a better job in here than he was in The Classic, maybe sebab watak yang happy-go-lucky & spoiled brat ni sesuai dengan dia...Lagipun, dia memang lagi cute dalam citer ni...Kim Sa Rang pulak first time tengok dia berlakon...lakonannya selamba & punya air muka yg sweet...Overall, filem ni memang boleh tahanlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2004 12:51 AM | Show all posts

A Personal Review

Previously posted by sara in the Beautiful Days' thread

Joint Security Area JSA

wah cerita yang manatp dan menyentuh hati.....lakonan mereka semua bagus dan tak dinafikan cerita ni memang best ....saya bagi ****1/2 from 5...

dalam cerita ni kita persahabatan yang tak mengenal sempadan selama ni orang selalu bercerita tentang cinta tanpa sempadan well ada juga persahabatan tanpa sempadan....

Kore Utara dan Korea Selatan berbeza fahaman satu komunis dan satu kapitalis...tapi 4 orang ni..Soo-Hyuk, private Nam, Woo-Jin dan pegawai Oh tu boleh menjadi sahabat yang baik...

rasanya kekuata cerita ni yang pertama sekali adalah jalan ceritanya dan diikuti dengan lakonan hebat mereka semua...walaupun sedikit terkilan dengan endingnya...

Pengarah ni dah mengeimpretasikan cerita ni dengan baik good job..:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2004 12:56 AM | Show all posts

Love: Impossible aka Ditto & Sympathy

Originally posted by whitedove at 2004-4-6 04:04 PM:
Cast: Jo In Sung, Kim Sa Rang
My Rating: ***


Thanks whitedove for the review, inilah first time baca pasal filem ni.

Apa tajuknya yang paling kerap digunakan? Is it DITTO? Ada link to the poster?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2004 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by katt at 9-4-2004 12:56 AM:


Thanks whitedove for the review, inilah first time baca pasal filem ni.

Apa tajuknya yang paling kerap digunakan? Is it DITTO? Ada link to the poster?


tajuk yg digunakan kat cover VCD ialah Ditto & Sympathy (not to be confused with Kim Ha Neul's Ditto), tapi lepas crosscheck kat certain websites, tajuk yg betulnya Love: Impossible...
Reply

Use magic Report

mk This user has been deleted
Post time 22-4-2004 12:30 PM | Show all posts

Slave Love





mk baru beli cerita nie semalam dah habis ...
cite pasal Hajiwon jadi slave utk Kim Jae Won for 100 days.
Ade sikit macam My tutor friend....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by mk at 22-4-2004 12:30 PM:




mk baru beli cerita nie semalam dah habis ...
cite pasal Hajiwon jadi slave utk Kim Jae Won for 100 days.
Ade sikit macam My t ...

kat S&M dah ada ke?...baca review kat HYPE pun macam best...
Reply

Use magic Report

mk This user has been deleted
Post time 22-4-2004 12:59 PM | Show all posts
dah ade RM8.80 tak semua kedai harga yang sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2004 12:58 AM | Show all posts

Slave Love : opinion?

Originally posted by mk at 2004-4-22 12:30 PM:


mk baru beli cerita nie semalam dah habis ...
cite pasal Hajiwon jadi slave utk Kim Jae Won for 100 days.
Ade sikit macam My tutor friend....


mk

Macamana dengan filem ni? Overall, ok tak? Is it better than MTF? ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2004 01:01 AM | Show all posts

Updates

Reviews on page 1 (in order of postings):
Il Mare
My Sassy Girl

Reviews on page 2 (in order of postings):
The Classic
Il Mare
My Tutor Friend
My Wife is a Gangster (2)
...ing
Oseam
JSA: Joint Security Area (3)

Reviews on page 3 (in order of postings):
Il Mare (spoiler)
...ing
Addicted (2)
Love: Impossible (aka Ditto & Sympathy)
Slave Love


More reviews here:
Korean drama series ::: Reviews unlimited ::: >>> click here.

PETITION TO TV2: At the moment there is an online petition going on to collect as many signatures as possible to be submitted to TV2 so that the station will continue with the airing of non-dubbed Korean dramas. The station had taken off the air the Korean drama slot since November last year. For those who are not aware, TV2 was the station that aired Beautiful Days in the original Korean version in 2002.
We would appreciate it very much if you could join us in the petition. To sign-up, please click here.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mk This user has been deleted
Post time 23-4-2004 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 23-4-2004 12:58 AM:


mk

Macamana dengan filem ni? Overall, ok tak? Is it better than MTF? ;)


MTF & Slave Love

Jalan cerita seakan  sama tapi mk lebih minat My tutor freind....sebab plot cite nie biasa jer pasal HJW baling tin pas tu kena kat kereta KJW then KJW paksa dia jadi slave utk 100 days..teruk gak KJW dera dia sampai ke 100 hari..actually cerita nie happy jer dan kelakar.


p/s: sorry tak pandai review.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2004 09:47 PM | Show all posts

Ditto

sorry actually nak tanya sikit..kalau tak silap Kim Ha Neul ada berlakon dalam satu movie tajuk dia Ditto kan?.

sebenarnya ada download satu mv untuk satu movie ni tapi tak tau tajuk dia..Kim Ha Neul berlakon dalam movie ni cerita dia macam ada satu movie cina Ken (F4) dan Gigi Leung berlakon yang mana perempuan ni (KHN) sebenarnya hidup dalam tahun yang lain rasanya dalam tahun 20 an, 30 an macam tu lah ..yang hero ni pula hidup dalam tahun kini kira abad ni lah tapi dia orang dapat berkomunikasi menggunakan perhubungan radio...

the whole story tak tau..tapi nak ada sesape yang dah tengok cerita ni tak? tajuk dia apa?
Reply

Use magic Report

Takki_Aniki This user has been deleted
Post time 23-4-2004 11:07 PM | Show all posts

Super-duper short review! =P

Originally posted by Meteor^Girl at 2004-3-25 03:39 PM:
** sape dah penah tgk citer Crazy first love ??

:ah: *angkat tangan* Saye!

Crazy First Love
Takki's Rating: ***

Err... cite cam ngarut sikit tapi boleh la. Ade part yg menyentuh hati gak. Tapi pada Takki, gandingan Cha Tae Hyun & Son Yeh Jin tak berapa ngam macam CTH & Jeon Ji Hyun dlm My Sassy Girl. ;)

...ing
Takki's Rating: ****

Sgt best!!! Cinematography sgt
Reply

Use magic Report

Takki_Aniki This user has been deleted
Post time 24-4-2004 12:18 PM | Show all posts

Takki's two-cents of "Addicted". *MAJOR SPOILERS*

From katt's "BEAUTIFUL DAYS :: LBH ad infinitum ::" thread-made-to-digest.
Originally posted by Takki_Aniki at 2004-1-29 11:23 AM. :cool:

Addicted: From An Amateur's POV

Masa tgk cerita ni awal2, suka je tgk couple yg happy tu. Tulis surat cinta la, tolong amik kat stesen masa ujan la, siap pakat dgn tokei kedai CD/kaset utk pasang lagu favourite isteri dia, n dia jugak seorg abg yg baik... Isk, isk. Bahagia sungguh! Leh jadik calon suami mithali. :bgrin: Pastu tgk watak Dae-jin, mula2 tu tatau nak grasp watak dia yg sebenarnya. He is very close to his big brother, Ho-jin, n memang Ho-jin pun nampak sgt syg kat adik dia ni. Dae-jin seems like someone who keeps to himself and tak kisahkan benda lain dlm hidup. Asalkan dia ada dekat dgn abg dia n dia boleh race kereta, selagi tu la dia happy. He seems contented with just that.

Daripada pandangan luar, everything is nice. But of course, air yg tenang jgn disangka tiada buaya. Err, I didn抰 mean Dae-jin is a 'buaya'.

After the fateful accident, Takki betul2 la percaya yg Dae-jin kena possess dgn 'roh' Ho-jin. Sebabnya, (here comes my misleading assumptions ) dlm hidup dia, Ho-jin ada dua org yg dia sgt2 syg... his wife, Eun-soo n his brother, Dae-jin. Kengkonon la cam cerita2... dalam nyer cinta n syg Ho-jin kat Eun-soo n Dae-jin, walau camne susah pun, he will find a way to come back to his loved ones. So, he abandons his limp body n pakai body Dae-jin so that he can look after both of them at the same time.

How wrong I was...

Tapi kan, bila kita learn the whole truth, instead of being angry with Dae-jin, we felt sorry for him. Sedalam2 cinta Ho-jin kat Eun-soo, dalam lagi cinta Dae-jin kat his first love yg dia jumpa hanya utk beberapa minit. Sgt dalam sampaikan dia sanggup lepaskan 'Dae-jin' n hidup sebagai 'Ho-jin' semata2 takmo tgk Eun-soo sedih lagi. Masa dia taburkan abu Ho-jin kat laut n mintak maaf tu, Takki leh rasa kesedihan Dae-jin tu. The big brother yg selama ni jaga dia n sgt syg kat dia dah takde, tapi yg dianggap dah takde tu adalah dia sendiri. He gets to be beside the woman he loves, tapi dia terpaksa deceive his own big brother whom he respects n loves very much. The complicated situation n confusing state of feelings is portrayed brilliantly by Lee Byung Hun. Cayalah LBH! :bgrin:

As for the ending... drpd apa yg Takki faham, Eun-soo akhirnya buat keputusan utk terima Dae-jin dlm hidup dia n for the sake of the baby. Eun-soo pun mesti dah terfikir all the misery Dae-jin has to go through until then. Eventually, IMHO, diaorg akan berterus-terang n accept things as it is.

Cerita ni sebenarnya is a surprise to me. Tak sangka lak cerita Korea (n Asia, umumnya) leh jadik camni punya 'psycho'. Kira setanding la dgn Hollywood nyer. :ah:

Overall, Addicted  is an extremely psychotic story with brilliant portrayal by excellent actors. Two thumbs up! :bgrin: Only for the deep-thinkers. :kerek:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.070612 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list