|
wartawan ni taktau ker pasai apek???ish
Meriah tanpa Apek
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
SUPER Hero? Malaysia sertai majlis jamuan Ramadan?. Begitulah ayat tertera di sebelah kiri siaran media DiGi yang diberi kepada wartawan pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat telekomunikasi itu di Oasis, Bangsar, baru-baru ini.
Malang pula bayangan Super Hero dimaksudkan itu, Saiful Apek (Apek) langsung tak nampak `batang hidungnya.? Mungkin ketiadaan Apek kerana jadual kerja tidak pernah surut atau lebih suka berbuka bersama keluarga di rumah.
Apa pun, tanpa kelibat Apek majlis berbuka itu meriah dengan kehadiran ramai wartawan dan rakan perniagaan DiGi.
Pada malam itu, DiGi Telecommunications Sdn Bhd selaku penaja utama serta telekomunikasi rasmi filem Cicak-Man terbitan KRU Films Sdn Bhd turut meraikan pelakon filem itu. Hadir sama, barisan pelakon Ejen 016 iaitu sebuah siri aksi komedi televisyen terbitan DiGi. Apek adalah teraju utama Cicak-Man dan Ejen 016.
Selepas majlis berbuka, disiarkan sedutan filem Cicak-Man yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Disember ini. Filem yang dibintangi Apek, Yusry KRU, Aznil Nawawi, Fasha Sandha, Adlin Aman Ramlie, AC Mizal dan Yasmin Hani itu dijangka mendapat sambutan kerana tarikh tayangan pada musim cuti persekolahan.
Ketua Pengarah Pemasaran Segmen DiGi, Yohani Yusof, berkata majlis berbuka puasa itu diadakan bagi menghargai sumbangan pihak media massa di atas segala sokongan yang diberikan kepada semua aktiviti syarikat itu.
?okongan publisiti terhadap filem Cicak-Man dan drama aksi Ejen 016 cukup kami hargai. Kedua-duanya menggunakan teknologi terkini dan DiGi percaya sokongan perlu diberikan kepada pembangunan teknologi dalam penerbitan filem dan drama tempatan untuk menaikkan taraf industri perfileman tempatan.
?usteru, sempena kerjasama terjalin antara DiGi dan KRU Films, pelanggan DiGi diberi peluang eksklusif menikmati pelbagai perisian telefon mudah alih Cicak-Man yang menarik,? katanya.
Tambahnya, di antara kemudahan tambahan mudah alih itu, CallerTunesTM, muat turun lagu, nada dering, klip video, latar skrin, screensaver serta karikatur watak dalam filem Cicak-Man.
Di samping itu terdapat imej Cicak-Man untuk perkhidmatan MMS dan XMS serta koleksi kad tambah nilai Cicak-Man Edisi Istimewa.
?ebagai sebahagian aktiviti kami untuk memperkenalkan filem itu sebelum ia ditayangkan, DiGi akan menganjurkan peraduan Cicak-Man secara unik di seluruh negara.
?ntaranya, pelanggan DiGi berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan pelakon filem itu di seluruh negara,? katanya.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Norman dan Yusry KRU, Ida Nerina, Jalaluddin Hassan, Mustapha Kamal, AC Mizal dan isterinya Emylia Rosnaida, Osman Kering, Pushpa Narayan, Aleeza Kassim, Jehan Miskin dan Shanna Avril |
|