Post time 28-11-2013 11:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Citer ok tp tak puas sbb xbuat btl2 di ganu dan xde interaction antaea henry tu dgn penduduk2 kmpung dlm loghat ganu. Aku rasa best kalo btl2 dia buat di ganu dan guna btl2 loghat ganu tu.
Yg bdk2 pompuan eh my english xjoin pun trip tu. Xbest gak. Pttnya semua bdk2 tu pegi. Br best..huhu
tahlah, bagi iols bese2 aje , oh my ganu, geng dorang ramai x der mcm farouk dn budak2 pompuan.pas ni dorang pegi USA uols, banyak duit Astro.
Oh My English! ke Amerika Syarikat
UALA LUMPUR: Program popular yang menjadi fenomena kini, Oh My English! terbang ke Amerika Syarikat.
Sejurus selesai tayangan telefilem Oh My Ganu! yang disiarkan di saluran TVIQ dan Maya HD malam tadi, produksi Oh My English! mengumumkan kejutan akan menerbitkan sebuah lagi telefilem.
Mula disiarkan pada tahun 2009, sehingga kini produk Oh My English telah ditonton oleh 5 juta penonton di pelbagai platform, memiliki lebih 500,000 pengikut di Facebook dan mencapai tontonan lebih 11 juta tontonan di YouTube, terbaru, telefilem produksi fenomena itu menjalani penggambaran di Amerika Syarikat.Penerbit Eksekutif Oh My English!, Lina Tan mengesahkan perkara tersebut sewaktu dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Kejutan tersebut turut disahkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menerusi akaun Twitter rasmi @usembassykl.
Antara pelakon yang membintangi telefilem tersebut termasuk pelakon Aaron Aziz, Izara Aishah, Tiz Zaqyah, Zain Saidin dan beberapa pelakon utama lain.
Turut dikatakan akan membuat penampilan khas ialah Hannah Foster, pelajar pertukaran budaya dari Amerika Syarikat yang kini berada di Malaysia. Hannah popular di sini menerusi akaun Twitter @nasigorengusa.
Menurut Lina, penggambaran telah pun dibuat pada awal November lalu.
Oh My English! menjadi perkara paling trending malam tadi sewaktu tayangan telefilem Oh My Ganu! yang turut dibintangi Tiz Zaqyah, Zain Saidin serta bintang undangan Zizan Razak.
Berlatar keindahan negeri Terengganu, Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) pulang ke kampungnya setelah menamatkan perkhidmatannya sebagai guru di Sekolah Ayer Dalam. Kepulangan Cikgu Ayu menyedihkan para pelajarnya termasuk Cikgu Henry Middleton (Zain Saidin).
Di kampung Cikgu Ayu, dia menjadi perhatian seorang jutawan keropok lekor, Zizang (Zizan Razak). Berlaku perebutan antara Henry dan Zizan bagi menawan hati Cikgu Ayu.
Sokongan penonton yang menyaksikan telefilem tersebut menjadikan #OhMyGanu dan #OhMyEnglish perkara trending nombor satu di Malaysia malam tadi.
kodoklawa posted on 28-11-2013 11:16 AM
kalau nak promote ganu..buat ler betul2 kat ganu..Watak pak cik warung tu selayaknya bagi kat Mat ov ...
ako sekepala dgn ko.. mula2 tgk scene kat area ganu tu boleh agak itu bukan terengganu. kat terengganu ada ke ladang kelapa sawit berhampiran pantai?
yang peliknya bahasa ganu jauh panggang dari api utk watak izu dan mak izu tu. kot ye pun buat la research sket macam mana org ganu bercakap, intonasi pertakaan tu. zizan sepatutnya boleh ajar sket2.. ni entah bahasa mana derang pakai, bercampur aduk.. kelantan pun ada, slang KL pun ada.. berfikiran positif, derang blakon kat area besut nung... spoil abis cite ni..
Selagi tak ganggu jalan cerita, pokok kelapa sawit, to me NO HAL.
Cuma tajuk tu Oh My ganu memang sepatotnya dialeq Terengganu
diutamakan, otherwise jangan letak tajuk "Oh My Ganu!"