CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

Impak Maksima ~ 23 Ogos 2007 (by Hiven & JDF)

[Copy link]
Post time 25-8-2007 04:40 PM | Show all posts
semalam aku gi tgk......pergh menyesal giler.......   patut lah panggung tak ader org......agak2 diorang dah tau citer ni memang membosankan.....cam kelakar pun ader........lebih lebih lagi tang car crash dan racing bawah kontena tuh......cam tgk citer kartun lak........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2007 05:44 PM | Show all posts
kecuali CGI...jalan citer ok tak??? kalau ok rasa nak pi tengok gaks...tak kisah la pasal CGI tak effect citer sgt kot...
Reply

Use magic Report

JariKaki This user has been deleted
Post time 26-8-2007 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by gudanggarambest at 25-8-2007 05:44 PM
kecuali CGI...jalan citer ok tak??? kalau ok rasa nak pi tengok gaks...tak kisah la pasal CGI tak effect citer sgt kot...


aku baru g tgk semlm kat TGV KLCC wayang kul 9.50...
Overall, aku bagi 8/10.

tang CGI sikit jer yg nmpk tak ok dimata penonton... biasa ler... ahmad idham baru nak try2 buat CGI.. Gud Starting ler... maybe budget dia kurang sket kut..
pada aku boleh dimaafkan ler...

tang jln citer plak.. perfect..Aku suka.. mmg best ler... jln citer lagi best dari remp-it... Zulhuzaimi mmg best n sesuai ler pegang watak tu..
Eizlan pun not bad ler... walau pun aku mmg tak baper suka eizlan, tapi pegang watak as abg ayie, ok gak ler..
awal lak ... no problem.. ok jer jadi ayie.. yg lain2 tu sumer ok.. gandingan pelakon yg bagus ler... cuma si pompuan yatt tu je berbulu bijik mata sket.
nmpk ngengada lebih.. suara dia aku paling menyampah..yg lain ok jer... biasa ler ahmad idham kan slalu tonjolkan pelakon2 pompuan baru
dalam sumer citer dia...

kalau yg tak g tgk lagi tu..baik g tgk.. mmg best. Yg kata tak best tu.. tak pandai nak menilai filem ler... korang tutup je sebelah mata bab CGI tu.
Yg lain mmg best. Rugi ler klu tak tgk.. Crowd pun ramai je semlm. sampai 4 hall plak tu kat klcc semlm... kira orait ler... Scene opie ngan along tu pun best..
org bleh gelak ketawa lagi...

GUD JOB ahmad idham.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 03:17 PM | Show all posts
bst ke si awal tuh belakon
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by gudanggarambest at 25-8-2007 05:44 PM
kecuali CGI...jalan citer ok tak??? kalau ok rasa nak pi tengok gaks...tak kisah la pasal CGI tak effect citer sgt kot...


ok kita tolak tepi hal2 cgi pebenda semua2 tu yg menjadi 'kosmetik' filem ni.
Impak Maksima - sebuah cerita yg membosankan. penulis skrip belum betul2 menyelami dunia pelumba / perlumbaan drift, watak2 tak 'kuat' (dynaz, eizlan dll - patut bagi lebih kuat watak2 ni), cerita utama terlalu pendek kalau buang semua 'benda2 tak perlu / sub plot mengarut'

ya, mmg susah nak tulis skrip yg bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 02:12 AM | Show all posts
Motivasi Untuk Menonton Impak Maksima

Tidak lama lagi Malaysia akan menyambut ulang tahun ke 50 nya (jika kita ambil perspektif buku teks sejarah kita yang mengatakan Malaysia lahir pada 31 Ogos 1957). Sedangkan saya percaya 'Malaysia' dah lama lahir.

Maka saya kira satu kritikan atau satu ulasan filem pendekatan Horatia amat bermakna. Saya bercakap tentang Impak Maksima.

Filem 1 jam 38 minit ini benar-benar membuat saya berdebar dan saya memutuskan filem ini sepatutnya di bawa ke pemilihan saringan awal Oscar menerusi tapisan ketat Academy Awards untuk kategori Best Foreign Film.

Malahan sebenarnya Impak Maksima sepatutnya dihantar untuk penilaian di Cannes Film Festival. Ahmad Idham pasti meraih kemenangan sebagai pengarah terbaik. Mana tidaknya filem ini mengisahkan kebobrokan generasi muda Melayu kita, yalah mana nak tengok filem yang bobrok? Ini realiti maaaa.

Apatah lagi filem ini amat klise dan akan mendapat perhatian di Berlin Film Festival kalau FINAS berani hantar untuk penyertaan. Impak Maksima berkisar tentang muda-mudi di Lim Kok Wing yang tak ada kerja lain pada malam hari selain lumba kereta drifting, drag race dan go-kart. Setelah filem tentang rempit mendapat sambutan maka apa salahnya serlahkan pula kebobrokan remaja kita dengan dunia mencari kepuasan dalam memandu laju di jalan raya. Juri Oscar tentu tertarik dengan filem tentang dunia lumba kereta di KL (mesti tonton: boleh tengok kereta meletup kat Bukit Bintang atau memandu go-kart bawah trelar kat Putra Jaya; lagak ngeri yang takkan dapat dicontohi oleh Kiefer Sutherland bintang siti tv 24.) Bahkan Impak Maksima menunjukkan realiti yang media kita banggakan (36o ingat tak rancangan tu?) mempertaruhkan wanita dan wang sebagai habuan sambil menyinggung kisah kaki rempit di jalanan.

Tentu Impak Maksima akan dicalonkan untuk Golden Globe juga, Martin Scorcese tentu beri standing ovation, mana tidaknya ada kisah tentang gangsterism, isu Ah Long, dan pengedaran dadah. ANDA BETUL, sekali lagi kejahatan menjadi paksi pujaan naratif filem Melayu! Best betul. Tahniah!

Dan kita juga akan dihidangkan kisah ala-ala novel popular terbitan Alaf 21 di mana ada ada adengan Awal Ashaari (siapa tak kenal, tengoklah Impian Ilyana) dan Eva Liyana lakonan hos yang pernah mengacara sebuah rancangan di RTM iaitu Yatt, sungguh mengkagumkan. Saya menangis sambil mengesat-ngesat air mata dengan tisu.

Selain itu ada juga resepi Bollywood, ya bagi mereka yang sukakan Bollywood anda tidak dilupakan. Lihat sahaja sub-plot filem ini yang menumpukan kepada dunia permotoran dan konflik antara Ayie dan abangnya (Johari yang menjadi bekas pelumba).Justeru dunia mekanik, enjin, bengkel, litar lumba, pusat belajar memandu dan jalan raya menjadi lokasi utama filem ini. Fuhh penuh ilmu bantu. Keren bangetttt. Jangan lupa juga ada adengan menyanyi lagu rap tepi litar lumba yang mengingatkan saya kepada Sanjay Dutt dan Salman Khan, sungguh mengkagumkan.

Untuk mereka yang menyukai filem Tamil pula anda juga tidak dipinggirkan. Sub-plot yang melibatkan Cat Farish, Opie, dan M Rajoli tentu akan menyebabkan anda semua bernafas kelegaan. Ya, ada adengan lawak yang jika ditayangkan untuk preliminari Oscar di Los Angelas pasti akan membuatkan Jim Carey memilih untuk berhijrah ke Malaysia!

Dari sudut lakonan, percayalah Brad Pitt pasti tergamam menonton lakonan Awal Ashaari yang sungguh method. Bukan itu sahaja Anne Hathaway pasti melutut melihat lakonan berkesan bintang Susuk (Cinda, Binda, Minda...lupa nama karektornya) iaitu Dynas yang menjadi polis undercover yang setiap kali adengan berlumba pasti akan meliuk-liukkan badannya dengan penuh berkesan dan menghibakan hati sesiapa yang faham tentang metode Stanilavsky. Dynas, Nicole Kidman pasti hilang kata-kata menonton kehebatanmu.

Oh untuk yang menyukai adengan ala-ala Van Diesel, anda juga tak dipenjurukan. Ada adengan lumba, kejar-mengejar dan macam yang telah disebutkan ada adengan letupan kereta depan Sungai Wang yang sungguh mnenghiburkan. Saya tergelak ingkak jugalah sekejap.

Juga untuk mereka yang sukakan filem ala-ala Hong-Kong, terimalah Zul Huzaimy seperti anda menerima Stephen Fung atau Nicholas Tse. Lakonannya sebagai Ray sungguh mantap, saya yakin silap haribulan Impak Maksima akan menerima lebih dari satu pencalonan di majlis oscar! Kelainan tutur bahasa dan bahasa badan dari Zul pasti menyebabkan Chad Lowe bisu seribu bahasa. Zul Huzaimy memang berjaya melakonkan watak Ray kerana watak samseng yang ganas dan licik sukar dilakonkan. Kemudian ada adengan kung fu antara abang Eizlan Yusuf dengan Zul Huzaimy di litar go-kart (babak ini akan membawa penonton kepada lagak ngeri di mana mereka memandu go-kart sekitar Putra Jaya pada hari ahad yang tak banyak kenderaan tetapi ada sebuah trelar menuju Sepang)

Menonton lakonan kali pertama Yatt, saya teringat kepada Paris Hilton. Ya, dia memang sama hebatnya. Wajahnya yang mesra kamera dan cantik itu, tidak syak lagi Yatt boleh maju dalam bidang lakonan.

Selain itu watak-watak tempelan juga akan membolehkan Impak Maksima mendapat anugerah best ensemble cast untuk Actors Guild Award. Lihat sahaja Sari Yanti melakonkan watak anak kepada anak Uncle Wan (lakonan M Rajoli) yang membuka kafe yang menjadi tempat untuk pelumba-pelumba melepak. Gadis ini selalu dikacau oleh Opie Zami, sungguh berbakat! Diya AF5 pula memegang watak gadis kerani yang bekerja di bengkel mekanik. Bakat Diya nampak menyerlah sekiranya diberi peluang memegang watak utama. Sungguh-sungguh-sungguh hebat. Adengan dia menyerahkan dokumen entah apa kepada pelanggan membuatkan kita tertawan. Sungguh Malaysia dikurnia pelakon berbakat. Diya, satu hari nanti jika anda berada di pentas anugerah, jangan lupa sebutkan 'You dont know how it felt to act in a good filim'.

Filem ini juga ada unsur muzikal di mana diselitkan juga beberapa buah lagu ciptaan Cat Farish dan mempertaruhkan lagu tema dendangan Amy Search berjudul Akulah Pejuang (nah sesuai tak judul lagu dengan tema hari kebangsaan?). Ya, tak mustahil Amy akan diundang menyanyi untuk majlis Oscar. Selain itu, album runut bunyinya sangat berkualiti; ada lagu dari kumpulan bebas (indie) seperti Bhumiband, Hujan, Maximus, Dragon Red, Gunkz, The Chungcutters, Phatnatrix dan Mix.

Moga-moga impian saya untuk melihat Impak Maksima diterima dan dicalonkan di majlis oscar akan datang, akan menjadi kenyataan.

kredit : tehranifaisal.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2007 02:23 AM | Show all posts
wow!  sebuah artikel sindiran yang amat tajam!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 05:10 PM | Show all posts

Reply #106 ahasyraf80's post

huhuhu..kalau bagi org2 Hollywood tgk, sure depa nak buat citer yg inspired by Impak Maksima, mcm The Departed inspired by Infernal Affairs I..

Aku setuju dgn tehranifaisal, filem Impak Maksima bakal mengalahkan Harry Potter, LOTR, Spidey dari segi kutipan di panggung...sure berebut kompeni2 filem mcm MGM, Fox nak sign rights utk siarkan filem ni kat US
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


JariKaki This user has been deleted
Post time 28-8-2007 07:56 PM | Show all posts
asal ler korang ni .. tajam sgt.. kejam ler u....
sikit-sikit sudah ler..

asal sebut nama mat salleh jer...filem mat salleh jer...  sebut ler...banding ler ngan filem melayu kat malaysia ni.. Agak-agak ler... cian org tu buat filem penat-penat.. Jgn ler kejam sgt oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 08:00 AM | Show all posts
Aku cadangkan ahmad idham tumpu kat drama tv je pasni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 09:07 AM | Show all posts

Reply #106 ahasyraf80's post

agree sesangat ngna artikel nie..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 05:13 PM | Show all posts

Reply #109 JariKaki's post

ko ni suku sakat ahmad idham ker..?? ke ko ahmad idham..??

siap bagi 8/10 tuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 05:50 PM | Show all posts
Semalam aku g tgk citer nie..
bagi aku citer dia nie biasa2 jer...
takder ler best sgt...nak kater teruk tu idakle...
part drift tu cam x real la...bagi kaki2 drift leh la layan citer nie..hehehe itu jer komen aku...sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 07:31 PM | Show all posts

Reply #113 buku_ink's post

no kaki drift takkan layan citer nie...baik g tgk live atau p main drift sendiri..bg drifter wannabe buleh la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 03:55 PM | Show all posts

Reply #106 ahasyraf80's post

yes!yes! setuju ngan artikel nih......
semalam ekceli nk tgk citer kol 7.30,pas balik keje....
maner tau last2 takde citer best......last2 tgk ler citernih....RM6 jerk...
ok ler,dipendekkan citer,mmg tak best.....aku tak sabor nk kuar panggung......kuar awal kang,kaco penonton lain plak (sbb dok kt tgh2)....
ntah aper yg ade impaknye tuh,bukan takat maksima,minima pon tak sampai......
so,plis ler saper yg kata citer nih best......citer nih takde mesej langsung......takleh buat org ketawa,takleh buat org sedih,takleh buat org terharu,takder perasaan ler tgk citer nih........aku rasa best lagik drama malam sabtu kt tv3 tuh ler........


PEACE!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 09:34 PM | Show all posts
aku dah agak filem ni macam sial.

Ahmad Idham adalah antara pengarah muda paling tidak berbakat di Malaysia. idea ada, tapi bakat tarak sampai pilem2 dia semua masuk kategoti trash.

tapi tidak apa. buat saja la pilem yang mendatangkan duit. kualiti tidak penting. yang penting duit.

seperti kata David Teo, "ini bisnes ma".

ahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2007 04:16 PM | Show all posts

lagu dia besh jek .... layan

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 06:08 PM | Show all posts

Reply #117 sinalegna's post

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 08:36 AM | Show all posts
haku baru donlot citer neh.. dah layan..cam haraaammm zadahh.. wakakaka bodoh giler rasanya..minah yg awal suker tu apasal berlakon cam gampunk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 08:37 AM | Show all posts
haku baru donlot citer neh.. dah layan..cam haraaammm zadahh.. wakakaka bodoh giler rasanya..minah yg awal suker tu apasal berlakon cam gampunk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.065391 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list