Neo-Artz This user has been deleted
|
29.90?? mahal jugak...apasal album budak2 AF lain semuanya 21.90?? Dia plak mahal...heran.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #101 Neo-Artz's post
sbb dienye lagu 10.. bdak lain 8 |
|
|
|
|
|
|
|
best gak lagu ni :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
tanos76 This user has been deleted
|
Originally posted by fairytale at 9-2-2007 11:39 AM
best gak lagu ni :nyorok:
lagu mana yg best? |
|
|
|
|
|
|
|
album kaer ni ade tak lagu single dia yang dulu tu?
lagu yag jfk tulis tu....kembali kut tajuk...penat cari lagu tu...
download tp semua nyer sekerat jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tanos76 at 9-2-2007 07:35 PM
lagu mana yg best?
lagu ijinku fergie la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 midorinohibi's post
setahu aku xde.... btw.. lagu ni #4 kat ERA sekarang!
p/s : latest info.. lagu 'Kembali Bersama' the original version memang ada dalam album ni..
[ Last edited by azmee at 11-2-2007 11:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #107 azmee's post
waduuuhhh.. ni sudah baguusss.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu ni berantu..Saya dah dengar dari Azlan bagi Demo tak de lirik...sampai dia nyanyi vocal guide... hingga laa sampai Kaer nyanyi... berantu betul |
|
|
|
|
|
|
|
nnt kalo lagu ni meletop2 sah2 la ct rakam blk buat versi sendiri... hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Suker dengar sore Kaer....n lagu Izinkan Ku Pergi ni pun memang kena dengan vokal Kaer..tahniah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 micha's post
ni lagu CT reject ker?? alahai............ |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak cam performance lagu nie lagi bagus dari langit biruu |
|
|
|
|
|
|
|
lagu ni mmg berantu..... sedap giler :gila: |
|
|
|
|
|
|
tanos76 This user has been deleted
|
Kata album mamat nih da kluar, ada sapa2 beli? berapa lagu yg dijangka hit? |
|
|
|
|
|
|
ladyct This user has been deleted
|
Album Kaer telahpun berada di pasaran awal minggu ini. Kebanyakan kedai-kedai muzik spt. di Mid Valley etc sekitar KL telahpun mula menjual CD & Kaset album yg bertajuk "MENJELMA" ini. Menuruti jejak langkah Dayang Nurfaezah & Adibah Noor dgn menerbitkan album sendiri, Penerbit Executive album ini adalah Kaer sendiri disamping penerbit bersama spt Azlan Abu Hassan, Audi Mok dan beberapa lagi nama-nama besar dalam industri seni tanahair. Berikan sokongan kita bagi memajukan anak seni spt Kaer. Belilah album yg original.
Album ini juga merupakan 'hadiah' buat penantian para peminat Kaer. Bagi mendptkan poster dan goody bag istimewa dpd Kaer yg diedarkan melalui kelab peminat Kaer, marilah beramai-ramai ke Starbucks KLCC jam 12pm pd hari Sabtu 17hb Feb. ini. Dapatkan hadiah istimewa ini dgn pembelian album dgn harga yg istimewa. See you there!
Maklumat lanjut berkenaan perkembangan terkini album & video clip lagu-lagu dpd album tersebut boleh didapati dpd:
http://www.myspace.com/kaerazami
ataupun
http://groups.yahoo.com/group/kaer_af/
Terima kasih di atas sokongan yg diberikan kepada Kaer. |
|
|
|
|
|
|
ladyct This user has been deleted
|
Originally posted by tanos76 at 16-2-2007 08:53 PM
Kata album mamat nih da kluar, ada sapa2 beli? berapa lagu yg dijangka hit?
satu dah hits dah.. Izinkan Ku Pergi terbaru #4 di Carta Era minggu baru ini. Semuanya di atas pilihan peminat muzik & lagu tersebut yg memilih lagu itu di EraFM.
makin dgr lagu tuh.. makin mendayu2 je rasanya kan.
vclip lagu Izinkan Ku Pergi nih.. dah dirakamkan... directed by Ghaz. hmm.. bleh imagine mcm mana dah kan vclip nye... pernah tgk vclip lagu2 Anuar.. or Hazami.. - Mungkir Bahagia? haaa.... nantikan vclip Izinkan Ku Pergi nih... kata Kaer di myspace nya, vclip lagu itu mood nya ala2 filem Ruang lakonan Luna Maya (Indonesia).. mood & color dia mcm sephia .. & classy... haaa.... best kan? can't wait... i think.
few other songs yg dijangka hits: Menjelma, Dalam Kenangan, Kau Telefon Lagi, Sirna Cahaya.. (ni lagu khas utk KAERatics).. haha.. n of course... d English number - Mama Said. |
|
|
|
|
|
|
tanos76 This user has been deleted
|
bagus lah. Masuk musik2, macam ada can menang one of the category yg dipertandingkan. Kalau zahid da buktikan, rasanya tak jadi masalah utk kaer - good vocal, good song. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #117 ladyct's post
Lagu Dalam Kenangan sudah hit kat brunei dari tahun lepas tak salah aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
:love: Album Kaer Baru , Menjelma . :love:
KuliT album Baru Kaer &
Ulasan Album Baru :dia:
Berikut adalah komen dan pandangan AMATUR aku
untuk setiap lagu dalam album Menjelma , Kaer !
Kulit album :- 4.5 bintang
( rujukan : full mark - 5 bintang )
Track 1 : Menjelma < Fast Number >
Komposer : Audi Mok
Lirik : Kaer
Rating adik_nazgul : 5 bintang !
Tak keterlaluan kalau aku kata ini antara lagu terbaikAudi Mok. Gabungan bunyi alat tradisional <aku pun tak tahu apa nama benda tu :lol >
dengan muzik moden sangat menjadi. Sooo brilliant . Aku suka sangat. Plus lirik dan vokal Kaer membuatkan
lagu ni jadi indah. Boleh terbayang-bayang maksud lirik ni. Dan lagu ni buat
aku rasa menari-nari dan seperti puteri yang digambarkan oleh Kaer dalam lagu ni. Huhuu.
Track 2 : Izinku Pergi < Slow Number >
Komposer : Azlan Abu Hassan
Lirik : Sulu Sarawak
Rating adik_nazgul : 5 bintang !
Single pertama dari album ni dah pun berkumandang kat radio. Dan mendapat
respon yg begitu positif daripada pendengar dan peminat seni tanahair.
Melodi lagu , lirik yang tepat dan vokal Kaer yang mempersona menyerlah keseluruhan
lagu ni. Boleh tangkap nangis lagu ni. Lagu terbaik dalam album ni.
Track 3 : Ku Tak Ingin Bebas < Fast Number >
Komposer : Audi Mok
Lirik : Ad Samad
Rating adik_nazgul : 4 bintang
Lagu ni boleh layan gitu. Tak reti nak komen lagu ni cam mana. Macam lagu lagu
fast penyanyi lain. Sedap dan best.
Track 4 : Sinar Cahaya < Slow Number >
Komposer : Audi Mok
Lirik : Kaer
Rating adik_nazgul : 5 bintang
Lagu ni khas untuk peminat Kaer yang menyokong dia selama ni, yang selama ni tak pernah
putus asa menyokong kariernya. Bagi aku inilah lagu paling best dalam album ini. Bait
lirik dalam lagu ni seakan akan menggambarkan betapa Kaer bekerja keras untuk
melahirkan album ni dan memastikan yang terbaik untuk peminatnya. Tak sangka lagu
slow Audi Mok ni begitu menyentuh hati peminat seperti aku. Thanks Kaer untuk lagu ni.
Track 5 : Apabila < Fast Number >
Komposer : Omar K
Lirik : Omar K
Rating adik_nazgul : 3.5 bintang
Lagu ni sempoi , boleh layan gak. Kalau tak silap
Omar K ada sama sama cipta lagu Pulanglah bersama JFK . Good job . Ok lah lagu ni
Track 6 : Dalam Kenangan < Slow Number >
Komposer : Azlan Abu Hassan
Lirik : Ucu
Rating adik_nazgul : 5 bintang
Aduh. .. lagu ni. .. kalau Izinku Pergi tak menjadi single, lagu ni layak menjadi
single pertama. Lagu yang menyentuh jiwa sesuai ngan tajuk lagunya , dalam kenangan.
Penulis lirik Ucu ni dah terkenal pasal dia pernah tulis lirik untuk lagu-lagu Siti Nurhaliza dan
pastinya lirik yang terhasil benar2 menyentuh jiwa. Oh tidakkk. Lagu yang sungguh
indah. Tangkap nangisss.
Track 7 : Kau Telefon Lagi < Fast number >
Komposer : Mohariz Yaakub / Reezam
Lirik : Mohariz Yaakub / Reezam
Rating adik_nazgul : 5 bintang !
Lagu ni buat aku ketawa pada intronya. Mmg kreatif banget. :lol .
Tajuk lagu ni dah menggambarkan orang yg mabuk bercinta atau
obsesi terhadap kekasih dan sesuai sgt
ditujukan kepada aku dulu dulu dan semua para remaja yg mabuk bercinta kat luar sana
. Tak boleh nak berenggang, sikit sikit nak telefon lagi lagi dan lagi,
sampai orang boleh jadi gila
Lagu yang begitu catchy.
Mungkin lagu berentak pantas ni boleh jadi single ke-2 Kaer. Mungkin.
Lagu ni berjaya menyampaikan mesej bersama melodi nya sampai
ke dalam hati pendengar :ah:
. Jangan korek taik hidung lagi ek Reezam .
Track 8 : Hilangnya Cinta < Slow Number >
Komposer : Kaer
Lirik : Kaer
Rating adik_nazgul : 5 bintang !
Sepenuhnya dari Kaer. Wowie. Berbakat benar Kaer ni. Benar2 buat aku kagum. Lagu ini jugak
menyentuh hati. Sebab bait kata lagu ni sesuai dengan tajuk nya, hilangnya cinta, maksud
lain, putus cinta. Aku tertanya tanya adakah Kaer putus cinta sampai terbit lagu ni ? Hanya
dia dan DIA yang tahu. Setakat ni, inilah lagu hasil artis yg terbaik. Siti pun pernah cipta lagu,
Ziana Zain pun pernah, Liza Hanim pun pernah, tapi tak sebaik Kaer ini. Syabas Kaer.
Track 9 : Mama Said < Fast Number >
Komposer : Audi Mok
Lirik : Audi Mok
Rating adik_nazgul : 4.5 bintang !
Satu satunya lagu omputeh dalam album ni. Mmg best. Rasa nak berparti jer dengar lagu ni
sambil menari2 ramai2. Simply best.
Track 10 : Seribu Impian <Fast number >
Komposer : Aubrey Suwito
Lirik : Teesh RS
Rating adik_nazgul : 5 bintang !
Baru aku tahu pencipta lagu ni adalah Aubrey dan lirik Teesh RS < orang yg sama cipta
lagu Bisakah Siti Nurhaliza > Selama ni aku kenal Casey je yg bawak lagu ni. Lagu
ni sememangnya catchy giler, sekali dengar dah terhibur. Aku tak ingat cam mana melodi
asal lagu ni, tapi apa apa pun, arrangement yang baru dalam lagu ni sememangnya best
gilerrrrrrrrrrrrrrrr. Bunyi trumpet kat lagu ni buat aku menjerit suka.
Aku suka giler vokal Kaer dalam lagu ni, lain sikit. Rasa "lemak"nya lebih
berkrim :lol
Track 11 : Kembali Bersama < Slow number >
Komposer : Johan Farid Khairudin ( JFK )
Lirik : Faris
Rating adik_nazgul : 5 bintang !
Tak pernah bosan . Aku tak pernah bosan lagu ni dari sejak diperdengar 2-3 tahun dulu.
Lagu yang dibawa oleh Kaer pada finale AF 2 ni betul betul berhantu. < Walaupun tika
masa Kaer bawak lagu ni di finale tak sedap mana, tapi keluar je lagu ni kat radio, aku
tak pernah bosan sampai sekarang >
JFK pernah kata bahawa Kaer lah yang dicari-carinya untuk lagu ini dan sememangnya
JFK tak silap sama sekali. Lagu JFK ni terlalu sedap dengan intro yang cukuppppp best.
Terlalu kena dengan vokal Kaer, menjadi lagu ni sampai bila bila pun tak pernah bosan.
Trivia Album Menjelma Kaer :
11 buah lagu
1 lagu lama ( nyanyi semula )
1 lagu omputeh
3 lirik dihasilkan Kaer
1 lagu dihasilkan Kaer sendiri
5 slow number
7 fast number
Kesimpulan : Kalau korang jangka bahawa rentak lagu dalam ni seperti
rentak lagu dalam album Mawi, LUPA kan serta merta.
Aliran Kaer dan Mawi adalahberbeza. Hehehe.
Tapi kalau you all adalah pencinta muzik dan bebas mendengar
apa sahaja, bahawa album ini lah antara yang paling direkemen.
Overall rating : 5 bintang.
Hari Selasa beli, hari ni Ahad dah dapat hafal semua lagu dan liriknya.
Ucapan untuk Kaer ,
terima kasih dan tahniah
sebab sanggup berhempas pulas buat yang terbaik
untuk peminat selama ni. Moga nya akan muncul album ke-2 akan datang. :bgrin:
Muncul dengan idea yang lebih ganas lagi. Semoga berjaya dan berjaya.
[ Last edited by adik_nazgul at 19-2-2007 07:54 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|