CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

[MERGED] Isu PBP : Update - S'pore Jgn Cuba Uji M'sia Isu EEZ

[Copy link]
Post time 12-11-2007 10:43 AM | Show all posts

Reply #98 orkit's post

Bukan pasal ade minyak ler....  

Tapi kalo Spore dpt pulau tu.... siap ler kapal2 yg lalu kat situ.....

Maaf ler aku kate yer....

Malaysia ni kekadang LEMBAB... kalo dah tau pulau tu Malaysia yg punya...
awat ler tak de dokumen2 penting or evidence to proof....

Hope for the best la....
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 12-11-2007 11:49 PM | Show all posts
Cik Lina ni org Spore atau kerja kat Spore? Saya baru je kerja kat Spore..

Kerja apa? Sudah kawin/berpunya atau belum? Kalau sudah berpunya 1) Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan

Kalau belum, boleh mintak handphone dan friendster profile boleh tak??
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 12:36 AM | Show all posts

Reply #97 yipun78's post

ye ke,akak 78? bab2 yg ni..hang nampak pulak? yg 'anak saudara' lu yg duk create havoc kat bod MPSA dgn cerita2 yg cam hilang akal..lu tarak nampak?

wa rasa banyak2 forumer kat sini,hanya lu sorang je yg duk belai2 'anak saudara' lu tu... tak ada pun nasihat2 yg diberi pada dia..good...create more opponents...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 12:37 AM | Show all posts
wa nampak post2 'anak saudara' lu tu bertimbun2 kat sini...semua nya 'menjana fikiran'...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 07:18 AM | Show all posts
Originally posted by ebiet at 10-11-2007 01:17 AM
Kalo Singapore dapat..garisan sempadan akan jadi lebih besar..memang kalo tengok cuma seketul batu jer..tapi sekiranya kawasan tersebut ada sumber medan minyak..apa korang nak kata? sebab tu mana ...

aku suka la kenyataan ko ni ebiet... org cam ko nih la yan g berfikiran jauh... amik tau hal semasa... ko kasi kesedaran sikit lagi hal kenegaraaan kita nih...

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 07:20 AM | Show all posts
Originally posted by Periuk_api1209 at 10-11-2007 05:53 AM

belah mana kata jelas pulau tu singapoh punya???sebab menteri dia ckp cam tu ko pun main anggok jer ker???..benda yang dorang ckp kat court tu pun jelas membohong...cth sultan johor tak tuntu ...

sokong 100 percent!!!   tak ada kaitan langsung hal rakyat terbiar ke apa ngan sempadan negara... aku heran la... orang lagi la kalo boleh kita nak jaga tanah kita... jangan sampai kena jajah balik ngan orang luar... nih siap nak bagi free jer... ada dapat share kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2007 07:22 AM | Show all posts
sorry tersilap

[ Last edited by  ireena78 at 13-11-2007 07:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 08:34 AM | Show all posts

Reply #102 razhar's post

yang ko so pandai  ikut rentak dia buat pe? Please laaaa be a man for once, setakat nak panggey negara orang ngan nama bukan2 menunjukkan ada gak Malaysian so pathetic like this makes us the reat of Malaysian looks like a loser... And i dun care abt ur innuendo's abt the other person, he's not my responsibility and i've did try my best to steer all the MPSA braders not to succumb to his plan of defaming us, Y can't u let it go?

Yang ko nak sound wa pasal postings dia kat sini yang menjana minda, hellllooooo lu ingat ni bod wa ke? Get ur facts right
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 13-11-2007 08:54 AM | Show all posts
Giliran kita berhujah

THE HAGUE, Belanda 12 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 08:59 AM | Show all posts
teruskan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 09:29 AM | Show all posts
Pertama, Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge serta pulau-pulau di dalam dan sekitar perairan Selat Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor sebelum 1824.

yang ni aku paling setuju dan kalo tak silap Singapura juga adalah sebahagian dari kesultanan Johor suatu masa dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 10:42 AM | Show all posts
xpe la...dgn suhu dunia yg naik ni,,xlame lg,pulau tu hilang dari peta dunia..

tapi hujah singapura kate, malaysia xpernah claim pulau tu sejak 130 tahun, xmasuk akal,,
malaysia baru merdeka 50 tahun,, mcm mane nak claim..sebelum tu...

& sultan2 melayu dulu penakut,, ikut aje ckp british,, kalau british kata nak pulau pinang,, bagi,,
british kata nak singapura bagi,..

so,,any point of reference to british in the argument,,for me,,baseless...
because any agreement during than period, was sign with gun pointed at the head of the sultan.

point of reference should be before british occupation & after 1965, seperation of singapura & malaysia, when both countries agreed on the line of borders...

to singapura,, we don't want singa pura, but we want batu putih pura.

& pls dont embarrased of your malay roots, by spelling ur country name singapura & not singapore.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 09:36 PM | Show all posts

Penghujahan Malaysia pulak dah bermula - Isu Batu Putih

13 November, 2007 19:21 PM   
Kehadiran Singapura Di Pulau Batu Puteh Dgn Kebenaran Johor

Tan Sri Abdul Kadir Mohamad menyampaikan hujah lisan Malaysia di pusingan pertama di hadapan panel 16-anggota Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague. Foto: Abdullah Ibrahim

Daripada Nor Faridah A. Rashid

THE HAGUE, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia memulakan hujah lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menolak tuntutan kedaulatan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh, sambil menyatakan bahawa negara pulau itu setakat dibenar mengendali sebuah rumah api di sana.

Agen Malaysia Tan Sri Abdul Kadir Mohamad berkata kehadiran Singapura di Pulau Batu Puteh, pokok pertikaian kedaulatan antara dua negara itu, adalah dengan kebenaran Johor.

"Singapura sekarang berada di pulau itu, sebagaimana Great Britain sebelumnya, dengan kebenaran Johor.

"Maka, menjadi perkara besar buat Malaysia bila Singapura menuntut kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, semata-mata kerana ia selama ini mengendali sebuah rumah api di situ dengan kebenaran kami," katanya kepada panel 16-anggota pada hujah lisan Malaysia di pusingan pertama.

Pulau Batu Puteh dan dua lagi ciri, Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatin merupakan sebahagian dari Negeri Johor, kini bahagian dari Malaysia, tegas beliau, menolak hujah Singapura yang ia mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sebagai pengganti kerajaan British.

Beliau berkata ketiga-tiga ciri itu terletak di pintu masuk sebelah timur Selat Singapura, di luar pantai Semenanjung Malaysia.

Sekalipun saiznya yang cukup kecil, isu kedaulatan Pulau Batu Puteh dan dua lagi ciri maritim itu, adalah penting, kata Kadir, ketua delegasi Malaysia, Duta Kelana dan juga Penasihat kepada Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Luar.

"Tidak saja ia mempunyai implikasi bagi kestabilan wilayah dan maritim Selat itu, tetapi peraturan yang telah wujud lama adalah penting kepada pengurusan kerjasama berterusan dalam bantuan pelayaran, perlindungan alam sekitar marin dan perkara-perkara keselamatan di Selat itu," hujah Kadir.

Menjelaskan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatin itu milik Malaysia, beliau berkata rumah api Horsburg telah dibina oleh East India Company pada 1851, dengan kebenaran Johor.

Kebenaran itu diberikan oleh Temenggong dan Sultan Johor pada 25 Nov, 1844 bagi membina dan mengendali sebuah Rumah Api dekat Romania Poin atau mana-mana tempat yang dianggap sesuai, kata Kadir sambil menyokong hujahnya dengan bukti dokumen.

"Atas asas perkenan Temenggong dan Sultan Johor, Great Britain membina dan mengendali Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Puteh," kata beliau.

Dalam pengakuan bertulis, beliau berkata, Malaysia telah menyediakan bukti bahawa Johor telah memberi kebenaran bahawa Great Britain boleh membina dan mengendali sebuah rumah api di salah sebuah pulau milik Johor.

Kadir berkata dengan berhujah sebaliknya, Singapura cuba mengganggu peraturan yang dicapai antara Johor dengan Great Britain selama 150 tahun lepas dan kekal sepanjang tempoh pemerintahan British.

Tuntutan Singapura telah juga mengabaikan perjanjian wilayah yang dicapai pada 1824, iaitu Anglo-Dutch Treaty antara Britain dengan Belanda pada Mac 1824, dan perjanjian yang mewujudkan koloni Singapura, Crawfurd Treaty pada 2 Ogos, 1824, katanya kepada mahkamah.

Dalam Crawfurd Treaty 1824, Johor memindahkan kedaulatannya ke atas Pulau Singapura kepada East India Company bersama pulau kecil dan terumbu dalam kawasan 10 batu geografi dari Singapura, katanya.

"Pulau Batu Puteh adalah 25.5 batu nautikal dari Singapura," katanya, sambil menegaskan kes Malaysia adalah jelas dan disokong dengan bukti penuh.

Kadir juga mempertikai hujah Singapura yang Pulau Batu Puteh bersifat `terra nullius' (kawasan tanpa pemilik) pada 1847 bila Britain menduduki pulau itu.

Beliau berkata Pulau Batu Puteh tidak bersifat `terra nullius' pada 1847, begitu juga pada 1851, bila East India Company menyiapkan pembinaan Rumah Api Horsburgh di pulau itu.

"Pulau Batu Puteh adalah sebahagian dari Kesultanan Johor lama, dan bila Kesultanan itu dibahagi dua selepas Anglo-Dutch Treaty 1824, ia kekal menjadi bahagian dari Kesultanan Johor dan bukan Riau-Lingga," tegasnya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 09:46 PM | Show all posts
Singapura Mahu Ubah Persetujuan, Kata Malaysia

Daripada Nor Faridah A. Rashid

THE HAGUE, 13 Nov (Bernama) -- Singapura, yang cuba menuntut hak milik Pulau Batu Puteh, mahu mengubah secara radikalnya asas yang telah membolehkan ia memiliki rumah api di pulau itu dan juga ciri-ciri kehadirannya di situ, demikian Mahkamah Keadilan Antarabangsa di sini diberitahu hari ini.

"Singapura sedang berusaha mewujudkan satu kawasan maritim kawalannya, dan ini menyimpang jauh daripada asas kehadirannya selaku pentadbir rumah api di Pulau Batu Puteh," kata ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, ketika berhujah di hadapan panel 16 hakim.

"Ia cuba mengubah persetujuan yang sudah lama terjalin di selat itu," katanya kepada mahkamah yang sedang bersidang bagi menyelesaikan pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung hak milik Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatin.

Ketiga-tiga tempat itu terletak di lokasi masuk arah timur Selat Singapura di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Kadir berkata bahawa pada 1969 Malaysia menggubal undang-undang yang memanjangkan kawasan laut dalam kawalannya dari tiga batu nautika ke 12 batu nautika, dan Singapura tidak membantah.

Pada tahun yang sama, satu perjanjian ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia berhubung Pelantar Benua, katanya semasa pembentangan hujah bagi pusingan pertama.

Beliau berkata tuntutan oleh Singapura itu bukan sahaja menjejaskan persetujuan dengan cara begini tetapi menimbulkan persoalan mengenai apa yang hendak dibuatnya dengan pulau itu.

Dalam hujahnya Singapura bergantung kepada cadangan menambak di sekitar Pulau Batu Puteh, kata Kadir.

Katanya Singapura mempunyai dasar penambakan yang begitu aktif, yang menjadi tumpuan dalam Kes Penambakan yang dimulakan oleh Malaysia terhadap Singapura pada 2003.

Mengenai satu perkara lain, beliau berkata bahawa pada 1986, lama selepas tarikh kritikal (pertikaian), Singapura menghantar kapal tentera lautnya ke Pulau Batu Puteh, dan sejak itu mengekalkan kawalan kekal 24 jam di pulau itu.

Kadir berkata Singapura tidak memerlukan sebuah pulau yang besar untuk menempatkan sebuah rumah api yang lebih baik.

Malaysia berkata Rumah Api Horsburgh dibina dan kemudian dikendalikan oleh Great Britain di Pulau Batu Puteh adalah atas kebenaran Temenggong dan Sultan Johor.

Selain memberi kesan kepada alam sekitar dan laluan di selat, ia berpotensi mengganggu persetujuan keselamatan di pintu masuk arah timur selat itu.

"Malahan, cara agresif yang digunakan oleh Singapura untuk menuntut Pulau Batu Puteh, telah menyebabkan perubahan -- yang walaupun mendukacitakan tetapi masih dapat dipulih -- terhadap keadaan yang stabil di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata ia mewujudkan ketegangan dan keadaan bahaya.

"Nelayan Johor dihalau oleh tentera Singapura dari perairan tradisi mereka dan daripada mendapat pelindungan sekitar Pulau Batu Puteh manakala pegawai dan kapal Malaysia tidak boleh menghampiri Pulau Batu Puteh kerana dicabar secara fizikal oleh kapal Singapura," kata Kadir.

Katanya beliau juga ingin menjelaskan satu perkara kepada mahkamah.

"Masalah kami ialah dengan kehadiran tentera Singapura di satu daripada pulau Johor di pintu masuk arah timur Selat Singapura. Kami tidak ada masalah dengan Singapura selaku pengendali Rumah Api Horsburgh.

"Malaysia mahu agar keadaan aman dan stabil di pintu masuk ke Laut China Selatan berkekalan. Yang cuba menukar keadaan ialah Singapura," katanya.

Kadir berkata bahawa pada 1844 Sultan dan Temenggong Johor dengan rela hati bersetuju membenarkan rumah api itu dibina di Pulau Batu Puteh, dan Malaysia tidak pernah menganggap pengendaliannya oleh Singapura sebagai satu masalah.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menghormati kedudukan Singapura selaku pengendali Rumah Api Horsburgh dan mahu dicatatkan secara rasmi bahawa Malaysia akan terus berbuat demikian.

Post time 13-11-2007 09:49 PM | Show all posts
Pulau Batu Putih is belongs tu Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 09:59 PM | Show all posts
tengok tv3 tadi...amboi !!!...ramainya hakim ..dan ramai pulak yang hadir dalam mahkamah tu.. berdasarkan peristiwa lepas, S'pura terkenal licik...ada can ke M'sia menang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 10:01 PM | Show all posts
saya pantang dicabar
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 10:02 PM | Show all posts
uniknya..uniknya... SINGAPURA...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189781 Replies : 4321
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47696 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 8206 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 7593 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9405 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.074144 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list