CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liltash85

[2012]AZURA 2012 (Remake Azura 1984)

[Copy link]
Post time 6-2-2012 05:49 PM | Show all posts
tak pernah tgok azura yg asal? aku siap hafal lagu dia lagi sayang menyayang tu
-ni mesti budak2 belasan tahun ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 08:37 PM | Show all posts
Bad comment
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:24 PM | Show all posts
BAD RESPONSE NMPK PADA YG TGK FILM NIH
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 10:18 PM | Show all posts
kt gosip pun banyak komen tak memuaskan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 10:18 PM | Show all posts
katanya lakonan lofa takde jiwa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 11:52 AM | Show all posts
Ok, saya berpeluang tgk Azura masa gala nite. This is my comment....
Pada saya Aziz nk buat cerita ni very light. Kalau tgk Azura asal pun cerita dia bukan ombak rindu...Kepada yg x puas hati saya rasa mereka expect utk tgk something mcm ombak rindu ataupun mcm love story org putih e.g twillight maybe. So bila diorang tgk Azura is loight story, they got frustrated. Azura is a simple story line, about a rich man's son fall in love with an ordinary girl yg independant dan ada cita2 besar. Then biasalah ada konflik kekeluargaan sikit, but they still get married n try to live on their own. After kawen, the rich man son susah nk cope dgn kehidupan biasa sbb dia biasa mewah. Then few konfliks happen and they realized they love each other. N Father pun realized, money is not everything n terima menantu. Very straight to the point.

Kalau ikut plot cerita, berlambak lg crita melayu yg jln cerita mcm hampehhh cth Datin Ghairah, cuti2 cinta, kuliah cinta dan beberapa filem david teoh lagi. nk namakan mmg byk lah. For me Azura is ok. Not too bad. At least kekuatan Azura adalah pd skrip dia. Skrip sgt natural mcm percakapan harian kita. And the dubbing pun nice sbb x npk weird dgn pergerakan mulut asal.

Mmg awal2 agak slow sbb klimaks citer ni dh dkt hujung, so kepada yg keluar panggung awal tu, she missed the key part of Azura. For pelimilhan pelakon, x boleh nk salahkan Neelofa xde jiwa. Ni lakonan pertama dia, from zero experience. Agaknya kalau korang yg kutuk ni berlakon lagi xde jiwa. So dont be tooharsh on her. Begitu juga dgn Wanda, dia pun first time act. Kira acceptable lah tu. Director n pelakon lain pun rs ok, so who r we to judge?? But pujian harus diberikan pada Shahrizal Jaszle, he save the movie a lot. Rasanya klu lah Gambit hero citer ni, mmg Aziz M osman peru bungkus. Shah sgt natural dan dia yg byk tolong create the chemistry between Azura-Zack.

So, pada yg dh ada niat nk tgk tu, g tgk dulu. Maybe korang akan rasa crita ni best. Jgn dgr ckp org. Pandangan org berbeza. Kepada peminat yg mengaku minat Neelofa, Shah Jaszle, Afdlin Shauki g tgk. support lakonan diorang.

Sekian, ulasan saya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2012 12:15 PM | Show all posts
Kalo dah seribu orang comment citer ni huduh dan tak best, buat apa nak membazir duit tengok, lain la kalo citer ni ramai yang comment macam ombak rindu, ada gak hati nak support citer local,

Baik layan cronicles
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 10:20 AM | Show all posts
macam best je cte nie.......best ke.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 12:52 PM | Show all posts
nak buat remake tu pun dah meloyakan aku nak menengoknya...
buat jelah citer baru..
dah pelakon si shahrizal tu tak abis abis gossip murahan...
dah jadi macam gossip murahan si gambit tu
sebab dia, abis filem karipap2 cinta org tak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 03:56 PM | Show all posts
isk x bule bygkan gambit jd zack...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 03:58 PM | Show all posts
Review ~ http://www.tekanplay.com

Filem "remake" merupakan satu kebiasaan dalam indutsri filem Hollywood terutamanya. Mengambil filem asal yang telah diterbitkan belasan mahupun puluhan tahun dahulu sebagai sumber material utama  untuk diterbitkan semula tidak semestinya menjadi satu tindakan yang kurang bijak sekiranya filem terbaharu itu mampu diberikan nyawa dan jiwa yang selari dengan zaman.

Ini yang dilakukan oleh Aziz M Osman untuk Azura. Filem asalnya diterbitkan pada tahun 1984, dan menjadi fenomena serta diingati sehingga ke hari ini. Tetapi sayangnya di tangan Aziz M Osman, Azura versi baharu ini tidak berjaya menambat hati TP. TP sememangnya meminati hasil kerja Aziz sejak dahulu tetapi sayangnya, Azura tidak akan termasuk dalam senarai tersebut.

Masalah filem ini adalah jalan ceritanya, dan juga lakonan pelakon utamanya yang lemah. Kisah cinta dua darjat itu tidak salah, tetapi kegagalan menzahirkan idea itu yang menjadi kesilapan besar. Azura digambarkan sebagai gadis biasa yang cekal hidup tanpa kasih sayang ibu dan bapanya. Tetapi 'gadis biasa' yang ditonjolkan pada watak Azura itu tidak menyerlah. Kekuatan karekter itu sendiri tidak ada, dan lakonan Neelofa langsung tidak membantu menghidupkannya. Rambutnya sentiasa di'set' kemas, panjang dan bergulung-gulung sampai ke dada. Adakah itu sifat luaran yang biasanya ada pada seorang gadis biasa? Bukan mahu mempersoal tatarias watak-watak filem ini, tetapi Neelofa terlalu 'cantik' ataupun 'dicantikkan' untuk Azura.

Kenapa TP mempersoalkan tentang hal ini adalah kerana watak Zack yang dimainkan oleh Shahrizal, jatuh cinta dengan sifat 'kebiasaan' yang ada pada Azura. Tetapi cara Zack jatuh cinta itu juga terlalu cepat dan bukankah kurang berasas apabila Zack meminta Azura mengajarnya tentang kehidupan hanya selepas menerima satu lempangan dan perbandingan dengan orang hutan? Begitu kuat agaknya lempangan Azura sehingga mampu menyedarkan Zack apa itu kehidupan.

Tidak ada satu perkara pun yang benar-benar menyerlah dalam filem ini melainkan gincu bibir merah menyala yang dilukis di bibir Afida Es. TP mengharapkan magis menarik Aziz dalam filem ini seperti yang pernah beliau buat dalam filem-filem terdahulu seperti Puteri Impian mahupun Seri Dewi Malam tetapi sentuhannya kali ini banyak pincangnya. Ada jugalah beberapa babak di pertengahan cerita yang TP rasakan menarik, lalu berfikir mahu memberikan peluang kepada Aziz tetapi babak-babak yang menyusul dan pengakhiran ceritanya amat mengecewakan.

Pemilihan Neelofa ternyata salah kerana beliau tidak menggalas tugasnya dengan sempurna. Tangisan palsunya dan tonasi dialognya menjelaskan maksud amatur dengan cukup tepat. Bukan mahu menidakkan bakat lakonan Neelofa kerana TP yakin, suatu hari nanti beliau akan menjadi pelakon yang berjaya, tetapi Azura terlalu 'besar' untuk taraf lakonannya sekarang.

Secara keseluruhan, filem ini gagal diberikan nafas baru biarpun percubaan itu ada. Tetapi TP tetap berharap agar Aziz akan terus berkarya dan mampu lagi menghasilkan filem-filem yang bagus seperti dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 05:15 PM | Show all posts
berapa det filem ni dah dapat kumpul, bleh bawa balik modal belum
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 09:21 PM | Show all posts
ye, watak azura terlalu 'besar' untuk lofa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:03 AM | Show all posts
Ok, saya berpeluang tgk Azura masa gala nite. This is my comment....
Pada saya Aziz nk buat cerita  ...
liltash85 Post at 7-2-2012 11:52



    betul tu bagi saya neelofa, shah semua okay je berlakon, apa yang diorang expect nak nangis macam izzah dalam ombak rindu memang tak lah kan. tapi saya still tak puas hati dengan jalan cerita, saya lah yang kuar panggung tu. dari gelak daripada babak yang tak sepatutnya, tergantung dan pelik. jalan cerita maybe ringan tapi ajis boleh kuatkan kesinambungan antara babak babak baru ada feel.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:05 AM | Show all posts
nak buat remake tu pun dah meloyakan aku nak menengoknya...
buat jelah citer baru..
dah pelakon si ...
AnBulisia Post at 8-2-2012 12:52



    shahrizal tak semurah mulut puaka gambit... dia naive je sebab masih baru dalam industry ni. tapi bakat dia memang ada. tengok lah drama ASMARA, byk topik bukak untuk drama ASMARA tu sampai bukak page baru.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:28 AM | Show all posts
kak kiah dah tengok. Ya Allah....tak terkata apa mulot kak kiah melihat ke hazaban filem ni. wahai abe aziz ku. mana pergi kehebatan mu yang dulu dulu? pulang kan! pulangkannnn!!!! Pulangkannnnnnnn!!!!! aku nak tengok filem ko macam ko buat fenomena dulu abe kuuuuuuu!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 11:58 AM | Show all posts
Tertunggu-tunggu any update tentang kutipan filem ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 03:56 PM | Show all posts
Knp lah filem azura yg diorg dok gembar-gembor kan nie x best langsung ...x fhm tul..
Tapi cer dia mmg betul2 x best ..Lagi lembap drp cer ombak rindu ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 10:54 PM | Show all posts
Reply 117# haiku

box office malaysia 2-5 febuari 2012

Malaysia
1) Journey 2: The Mysterious Island
2) Chronicle
3) Underworld: Awakening
4) I Love Hong Kong 2012
5) Ah Beng The Movie: Three Wishes
6) Haywire
7) Azura
8) The Viral Factor
9) Sumpahan Kum Kum
10) All's Well End's Well 2012


cinemaonline
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 03:00 PM | Show all posts
tahap telemovie je filem nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055467 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list