CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mey_1468

Harun(boBoi) Kesal Sikap Zed Zaidi (Selumbar)

  [Copy link]
Post time 27-3-2012 05:23 PM | Show all posts
khen mek...pasni i nk buat proposal pasal wanita2 bekerjaya dibenarkn cermin gelap utk mngel ...
dibs Post at 27-3-2012 17:17



    pasni bile gussip kenaikan kadar purata retis beramas mesra amik mood dlm kete bertambah, abang zed sile jawap!!xpyh cek in dh kn?kt lokasi pun jd.xpyh tggu gomen approve pun dah ramai retis buat!! Opsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 05:43 PM | Show all posts
pehal pulak artis2 ni nak cermin keta gelap??? takut kena kidnap ke!!! lain la kalau kerabat raja ka atau vip yg penting kpd negara...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 05:51 PM | Show all posts
Reply 94# mey_1468


    Hantar dekat artis Latiff Mohidin jer yang berbaloi. Artis Msia yg kuar tv tu tak layak..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 07:14 PM | Show all posts
Reply 89# mey_1468


    masa tu ak umo 12 tahun,apa lah yg tahu..zaman jahil..hantar kad raya senyap2 kat die...nak tergelak pun ada ingt balik perangai yang tah pa pe ak buat dulu2 ms kecik...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 07:57 PM | Show all posts
Artis cemana yg pada fikiran zed dibolehkan pasang tinted gelap tu
Yg taraf ct ke, yg taraf bwh sket ke
Kalau pukul rata semua golongan retis
Yg sendu sendu mcm pian cecupak tu pun claim retis n pasang cermin gelap

Wonder tu cadangan drpd otak dia sendiri atau org yg cadangkan kt dia

Hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 08:34 PM | Show all posts
aku mati2 ingat zed zaidi presiden..asek die je yg bg kenyataan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2012 08:49 PM | Show all posts
apesal artis2 mesia ni perasan sangat ... ramai yang hidup prasan glamor sampaikan nak jenjalan pon takut2 konon ada yang kerumun...

ohh pliss.... tak teringin aku nak kerumun artis .............


kat mana nak britau artis2 nih yang derang masih bleh jenjalan kat mana tempat... tanpa pikir masalah mreka kena kerumun sebab terlalu banyak peminat? kat mana nak britau yang takde sapa heran derang?

mluat aku artis mesia..... sumbang gejala sosial .....


p/s: tetap respek pd artis yang nampak serius pada kerjaya dan tak gila glamer..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 01:01 AM | Show all posts
So, artis2 ni rse terbela x sejak zed zaidi jd timbalan? Dorg teruje x zed cube usulkn psl cermn gelap tu..nk tau je dr side artis lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2012 10:01 AM | Show all posts
Reply  mey_1468


    Hantar dekat artis Latiff Mohidin jer yang berbaloi. Artis Msia yg kuar tv ...
meshni Post at 27-3-2012 17:51


sendu mne nk layak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 10:03 AM | Show all posts
Reply  mey_1468


    masa tu ak umo 12 tahun,apa lah yg tahu..zaman jahil..hantar kad  ...
adikfatin Post at 27-3-2012 19:14



   buruk bebeno pangai ko dulu2 ek?...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by caricari at 28-3-2012 11:14

nah amik ni from HSBC...


http://www.youtube.com/watch?v=jAKVhBkNeko
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:14 AM | Show all posts
‘Jangan overshadow saya’

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

TINDAKAN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menjadi orang tengah menyelesaikan isu gambar bogel membabitkan pelakon baru, Melia Aimelia di laman sesawang dianggap keputusan tepat merujuk peranan persatuan itu sendiri membantu menjernihkan keadaan.

Episod kontroversi pelakon utama filem Karipap Karipap Cinta arahan Othman Hafsham ini tamat apabila Seniman menemukan pelakon berusia 18 tahun ini dengan wakil penulis blog berkenaan yang memohon maaf secara terbuka pada sidang media yang diadakan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tutup cerita Melia yang masih jadi bualan hangat ramai, timbul pula isu baru membabitkan sikap pemimpin Seniman sendiri.

Pada sidang media sama, Timbalan Presiden merangkap Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi menempelak media yang didakwanya salah melaporkan berita.

Ia merujuk dua daripada empat isu dibangkitkan dalam sidang media itu adalah berpunca media.

Pertama, usul memberi kuota khas kepada artis bernaung di bawah Seniman dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Mac lalu bukan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tetapi skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima).

Isu kedua mengenai cermin gelap dikatakan Zed bukan usul rasmi yang ingin diperkatakan, tetapi sekadar menjawab soalan wartawan secara lisan pada masa ditemu bual.

Zed dengan lantang juga menjelaskan bukan cermin gelap yang diusulkan, tetapi cadangan menubuhkan skuad Rela untuk artis dalam Seniman.

Sama ada dakwaan Zed menyalahkan media benar atau tidak, ia terus menjadi persoalan dalam kalangan ramai media cetak dan elektronik yang hadir pada sidang media petang itu.

Namun, persoalan lain bermain di fikiran mengapa Presiden Seniman, Harun Salim Bachik sendiri tidak turun padang menyelesaikan segala masalah dan isu yang mahu dibangkitkan Seniman.

Harun ketika dihubungi semalam menyatakan maklumat mengenai isu dibawa dalam sidang media itu tidak begitu jelas diketahuinya.

Malah, dia mewakili ahli senior mengalukan apa saja tindakan dilakukan Biro Seniman Muda asalkan memadai kepentingan ahli dalam biro itu.

“Memang tiada perbincangan menyeluruh mengenai isu yang dibangkitkan, sekadar saya mengetahuinya ketika mahu diadakan sidang media.

“Saya sendiri pada masa itu sibuk dengan kerja, tetapi memandang ini adalah usaha baik dilakukan Biro Seniman Muda.

“Sepatutnya Zed maklumkan pada saya mengenai isu ini dengan mendalam dan jika ada wartawan bertanya pada saya selepas sidang media, saya boleh menjawab dengan jelas.

“Apa yang berlaku agak mengecewakan saya dan ia juga menjadi beban pada saya untuk menanganinya.

“Sebolehnya, saya tidak mahu tindakan Zed memberi kenyataan menampakkan seolah dia ‘overshadow’ atau lebih menonjol daripada saya,” katanya.

Sebagai Presiden, Harun mengakui ahli Seniman sendiri tertanya sama ada dia masih bertanggungjawab memimpin persatuan tertua itu.

Katanya, ada ahli menanyakan mengapa hanya Biro Muda aktif mengadakan aktiviti sebaliknya tiada aktiviti untuk ahli senior.

“Saya juga sukar menjelaskan perkara ini.

“Buat masa ini, belum ada aktiviti untuk ahli senior, cuma saya menunggu apa-apa aktiviti Biro Muda untuk digabungkan bersama ahli senior.

“Sejak awal Seniman ditubuhkan dulu, aktiviti untuk ahli muda tidak banyak, tetapi apabila situasi berbeza pula berlaku, ahli senior berasa terpinggir,” katanya.

Bekas Presiden, Datuk Mustapha Maarof pula menyaran jawatankuasa Seniman perlu kuat bekerja dalam mengadakan aktiviti bersama ahli.

Sebagai ahli paling lama dan pernah memikul tanggungjawab pemimpin persatuan ini selama enam tahun, beliau sentiasa terbuka dan bersedia untuk berkongsi pandangan bersama jawatan kuasa Seniman kini.

“Sepatutnya acara seperti jelajah terus diadakan agar nama Seniman terus semarak. Pengertian Seniman amat besar pada ahli dan sepanjang saya menjadi presiden dan ahli, persatuan ini dihormati ramai.

“Ketika itu Seniman pernah mendapat slot RTM, 308 jam, tetapi saya tidak ambil untuk kepentingan peribadi.

“Sebaliknya memberikan pada syarikat lain manakala Seniman hanya mengambil sedikit keuntungan dan ia dimasukkan bulat-bulat ke dalam Tabung Seniman bertujuan membantu ahli.

“Jika aktiviti tidak bergerak, jangan salahkan persatuan, tetapi jawatankuasa itu sendiri. Jika sebelum ini, kerajaan memberikan dana bantuan RM30,000 kepada mana-mana persatuan menjalankan aktiviti, tetapi saya agak sedikit kecewa dengan situasi ini apabila ia tiada.

“Begitu juga, saya berharap jawatankuasa sedia ada terus bekerja keras demi membantu ahli dan ahli sendiri boleh membuat keputusan pemilihan AJK baru pada mesyuarat agung tahunan nanti,” katanya.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:33 AM | Show all posts
menyampah tgk zz
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 11:56 AM | Show all posts
ini dipanggil GK. Gila kuasa!
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 12:10 PM | Show all posts
zz ni giler koserrrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 12:20 PM | Show all posts
sehari selumbar benang, lama-lama jadi kain
meritokrasi Post at 26-3-2012 12:25



    errkk..bukan 'selembar' ke... selumbar tu kalau termasuk kat jari, sakit..haluuiiihh je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 12:23 PM | Show all posts
camne leh lantik si jed n i jadik timbalan ar
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 12:35 PM | Show all posts
bila sudu terlebih dari kuah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 01:07 PM | Show all posts
errkk..bukan 'selembar' ke... selumbar tu kalau termasuk kat jari, sakit..haluuiiihh je..{ ...
dahlamadah.. Post at 28-3-2012 12:20


hahahaa...yg betol selembar ler
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 12:58 PM | Show all posts
ape jadahnye artis nk cermin2 glap bagai..adeehhh bende la ZZ nie..

dh nk sendu la 2 wat mcm2 bia org knal name dia blk..huhuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.657404 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list