parasitology posted on 10-3-2013 11:54 AM ![](static/image/common/back.gif)
first time dengar psl tomok dgn hetty sarlene....tak sangkaaa...
Kecoh kisah Tomok-Hetty-Zed
DUNIA majalah hiburan heboh kisah tiga bintang remaja yang sedang top iaitu Tomok, Hetty Sarlene dan hero baru yang cun - Zed Zaidie. Majalah popular terbitan Utusan Karya - Hai, URTV dan Mangga telah mendedahkan pelbagai penjelasan mereka. Mama Juwie dah dengar cerita kononnya Hetty mulai renggang dengan Tomok sebab Hetty pernah terserempak Tomok dengan seorang perempuan dalam kereta yang dipandu Tomok. Masa itu, kereta yang dinaiki Hetty berselisih dengan kereta Kancil Tomok. Mama Juwie ingatkan nak simpanlah rahsia tu. Tapi tup-tup-tup... Tomok sendiri dah buat pengakuan dalam majalah URTV terbaru bahawa memang benar dia ada bawa kawan perempuan dalam kereta sebab tidak salah dia berkawan dengan orang lain kerana dengan Hetty pun dia cuma berkawan. Oleh sebab itulah ada yang menyangka Hetty kini mengalihkan perhatian berkawan rapat dengan Zed iaitu pasangan kekasihnya dalam siri drama popular - Sembilu (TV2). Untuk mengetahui hal sebenarnya - adakah Zed menerima Hetty sebagai kekasih atau kawan... Mama Juwie pun telefon Zed selepas berbuka puasa pada Selasa lalu bagi mendapatkan penjelasan. Kata Zed: ''Hetty memang ada beritahu mengenai hubungannya dengan Tomok kepada saya. Kata Hetty... dia tak bercinta dengan Tomok... cuma as a friend (sebagai kawan) saja. ``Sebelum ini pun saya tak pernah tahu kisah Hetty berkawan dengan Tomok. Sebab sebelum ini saya tak baca sangat majalah hiburan. Bila dah jadi artis... barulah kerap saya beli majalah hiburan yang ada keluar cerita saya. ``Tentang hubungan saya dengan Hetty buat masa ini... kami hanya sebagai kawan. Dan saya memang sukakan dia. Akan datang jika ditakdirkan sudah jodoh... saya tak boleh nak kata apa. Tapi target saya nak kahwin umur 28 tahun sebab saya banyak komitmen dengan kerjaya dan pelajaran (ambil pengajian undang-undang di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam). ``Sekarang saya baru 23 tahun. Tapi andainya ditakdirkan saya kahwin umur 25... itu Tuhan yang tentukan. Saya tak boleh buat apa,'' jelas Zed. Hari Raya Aidilftiri yang pertama nanti Zed merancang beraya di kampung ibu bapanya di Mentakab, Pahang. Bapanya berasal dari Tanjung Kerayong dan ibunya di Kampung Chatin. Tentu ribuan peminat nak tahu kenapa Zed sukakan Hetty? Haa... kalau nak tahu... bacalah majalah Mangga terbaru keluaran Aidilfitri hasil laporan Zeha. Wartawan kadet - Zaidi pula melaporkan harapan Tomok yang mendoakan agar Hetty dan Zed bahagia. Belilah Mangga cepat di kedai sekarang bagi mengetahui kisah sensasi ini. Seronok baca Mangga dalam perjalanan naik bas nak balik kampung beraya dan diletakkan di atas meja tetamu yang datang beraya di rumah. Kad raya percuma Mangga pun cantik dengan foto artis-artis remaja popular. JUWIE: Cinta itu menambahkan ilham bila jiwa bergelora rindu... tapi di mana kan dapat kutemui cinta yang setia dan murni?
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm#ixzz2N6eADyw1
© Utusan Melayu (M) Bhd
|