CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bayieng

produser nak saman ellie suriati -ellie bidas balik, rakan2 backing ellie!

[Copy link]
Post time 24-12-2013 07:24 PM | Show all posts
rose_weedy posted on 24-12-2013 04:20 PM
iols terlibat dlm pengambaran filem ini...kesian ok kat elly and pelakon2 serta crew mcm saya. xnk k ...

Kalau boleh ... elak lah berkerja dengan produksi yang sebegini ..
Saya faham mungkin sebagai crew tak boleh terlalu memilih ..

Sebelum ini pernah kerja dengan produksi mana ?

Apa yang tertulis dalam contract itu yang penting sebagai bukti.
Kalau Kak Ellie cakap dia dipecat/diberhentikan, sepatutnya ada notis bertulis daripada pihak producer.

Saya simpati dengan Kak Ellie tetapi tak boleh komen panjang sebab tak tahu isi kandungan contract.
Last edited by haiku on 24-12-2013 07:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
haiku posted on 24-12-2013 07:24 PM
Kalau boleh ... elak lah berkerja dengan produksi yang sebegini ..
Saya faham mungkin sebagai cr ...

sebelum ni saya banyak terlibat ngan prod tv. first time join prod ni pun sbb kwn saya kerja situ. saya xsalahkan kawan saya.

saya hampir2 blah separuh jalan sbb xtahan ngan prod ni. and kawan saya tu sabarkan saya sbb dia pun takut saya kena saman.

contract tu sama ngan contract lain. cuma..apa yg kak elly mintak hanya ihsan pengangkutan. tu je. and produser tu call dia and dia diberhentikan. esoknya.. drg cari pelakon lain. sama la jugak ngan krew yg buat hal. esok ganti krew lain. kontrak sampai la ni xdapat salinan. camna nak bertindak. terpaksa ikut ckp drg.. sigh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknye ellie ni xsangka betul sempoi je  xmendiva pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bayieng posted on 24-12-2013 05:09 PM
nahhh iols amik dr twitter sheolsss https://twitter.com/Raja_Mawar

Heshe kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 10:52 PM | Show all posts
Vokuro posted on 24-12-2013 08:40 PM
Heshe kah?

pompuan sejati la uolsssss
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:10 PM | Show all posts
kesian dengan die
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2013 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols percaya ellie n abam ejad
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 01:13 AM | Show all posts
LOL..
what a shame !!
da sign kontrak pastu nak memekak..
now ..u know why indstri filem kite xmaju..
smple like this pon xlei nk wat..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols paling suke ellie dlm cter gitu2 apek raya.seyes klaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 02:56 PM | Show all posts
telracs posted on 24-12-2013 11:40 AM
1st time tgk elli berlakon cerita Mastura... dan itu cerita pertamanya dia berlakon kalau tak silap. ...

mcmana dah citer mastura ni? lupa dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong ellie suryati. Aku percaya die ni seorang yg humble n x byk kerenah. Die kerap mkn kat kedai chokit. Wlupn artis tp die x ksah mkan kat gerai kat chokit. Mmg die humble n peramah
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 03:16 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 25-12-2013 06:56 AM
mcmana dah citer mastura ni? lupa dah

kalau tak silap... mastura waktu tu di zaman penjajah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 03:57 PM | Show all posts
telracs posted on 25-12-2013 03:16 PM
kalau tak silap... mastura waktu tu di zaman penjajah..

inspired by citer tenggelamnya kapal van de wick?
saya ingat2 lupa citernya
sbb tgk tak habis...
kalau ada kat youtube nk tgk lagi skali
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 04:01 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 25-12-2013 07:57 AM
inspired by citer tenggelamnya kapal van de wick?
saya ingat2 lupa citernya
sbb tgk tak habis... ...

oo... dah try gugel ke?

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 04:07 PM | Show all posts
telracs posted on 25-12-2013 04:01 PM
oo... dah try gugel ke?

belommm...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 04:10 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 25-12-2013 08:07 AM
belommm...

jumpa ni ja...

http://www.imdb.com/title/tt0273369/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 04:15 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 25-12-2013 08:07 AM
belommm...

sini masa mula2 dia terlibat..
arkib 06/06/1998
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm

Ellie gadaikan masa depan demi cita-cita


ANDA mungkin mengenali Ellie Suriati dalam drama bersiri Mastura sebagai Mastura, gadis cantik daripada golongan sederhana yang lemah lembut, bercita-cita tinggi, keras hati tetapi nekad.

Realitinya pula karakter Ellie, 27, juga tidak banyak berbeza mungkin sedikit lincah dan periang.

Ellie yang namanya mula meniti dari bibir ke bibir sejak muncul dalam drama 30 episod itu juga menganggap bahawa watak Mastura begitu istimewa kepadanya.
Kata Ellie, drama itu juga memberikannya seribu pengalaman manis buat dirinya sebelum ini, apatah lagi bagi pendatang baru seperti dirinya.

Menurutnya lagi, peluang baginya memegang watak utama dalam siri tersebut telah cukup untuk memberikan semangat bagi meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut.
Bukan itu saja, Ellie juga tidak membuat tafsiran yang salah memandangkan sejak muncul dalam drama Mastura juga rezeki Ellie dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.

Bekas pramugari MAS itu juga kini nekad untuk memastikan bahawa langkahnya dalam bidang lakonan itu tidak separuh jalan saja.
"Sememangnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk berlakon dan sentiasa menantikan masa yang sesuai,'' kata Ellie yang pernah berkhidmat selama tujuh tahun dengan MAS sebelum berlakon.

Tambah Ellie lagi, dia sanggup meninggalkan tugas di awan biru itu semata-mata untuk meneruskan hasratnya bergelar pelakon. Kata Ellie, walaupun kehendaknya itu pada mula tidak mendapat persetujuan daripada keluarga tetapi dia nekad.

"Memang benar saya sudah ada kerja ketika itu tetap mahu berhenti semata-mata untuk sesuatu yang tidak pasti. Tetapi saya nekad kerana saya percaya setiap kerja mempunyai risiko tersendiri. Kini saya bangga usaha saya kini sudah membuahkan hasil.

"Kini semua kebimbangan saya sudah hilang sebaliknya keluarga semakin memahami malah mereka juga menasihati saya bekerja bersungguh-sungguh jika saya betul-betul ingin berjaya,'' akui Ellie.

Bagaimanapun sesuatu tindakan itu ada risikonya. Kini langkahnya tidak selancar seperti yang disangkakan. Sebelum ini Ellie pernah muncul sebagai pengacara siri Video M selama satu musim dan berlakon dalam beberapa drama sebagai watak tambahan tetapi kehadirannya masih belum disedari sehinggalah berpeluang berlakon sebagai Mastura.
Namun kata Ellie, itu semua tidak pernah melemahkan semangatnya, sebaliknya dia ingin terus berusaha untuk mendapat tempat di hati peminat.

"Mulanya saya terpaksa masuk keluar dari satu rumah produksi ke rumah produksi yang lain untuk uji bakat dan menunjukkan portfolio saya. Itulah yang saya lakukan untuk beberapa lama.

"Tetapi saya agak beruntung kerana selepas Mastura orang sudah mengenali saya kini saya tidak perlu lagi mengenalkan diri saya, sebaliknya ramai yang datang mencari dan menawarkan peluang berlakon kepada saya,'' kata Ellie lagi.

Menurut Ellie, dia mendapat peluang untuk berlakon dalam cerita Mastura itu melalui satu uji bakat.

Tambah Ellie, dia begitu tertarik dengan cerita Mastura itu melihat kepada latar peristiwa yang berbeza daripada kebanyakan cerita sebelum ini.

Jadi tidak hairanlah jika Ellie mengambil keputusan untuk berlakon dalam siri tersebut walaupun pada masa yang sama dia turut ditawarkan berlakon dalam dua drama lain yang tidak kurang hebatnya.

"Ada kalanya tuah datang dalam satu masa, itu yang sering menjadi dilema tetapi saya lebih berminat dengan karakter Mastura. Jadi pilihan saya tidak salah kan,'' katanya yang masih solo.

Selain daripada Mastura, Ellie turut berlakon dalam beberapa buah drama lain seperti Ladang Harapan, Merdekakan Vimala, Queen Control, Toh Mo, Superstar, Hello dan Tok Megat. Setelah berjinak-jinak dalam bidang lakonan drama TV kini Ellie beralih ke lakonan teater pula.

Ellie turut terbabit dalam teater Inggeris, Member of the Club bersempena dengan Sukan Komanwel bersama dengan Fauziah Nawi, Ahmad Tamimi Serigar, Zaibo, Steven Goon dan Iskandar Najmudeen.

Dalam usaha untuk meningkatkan persembahannya, kata Ellie, dia juga berjanji untuk sentiasa memberikan komitmen yang baik untuk setiap projek yang diberikan.
Bagaimanapun kata Ellie ada banyak perkara yang masih perlu dibaiki dalam bidang lakonan. Kerana itu dia tidak pernah menerima dua projek dalam satu masa kerana bimbang tidak mampu menguruskan perkara itu dengan baik.

Atas alasan itu juga menjadi sebab utama kenapa dia sanggup berhenti kerja dengan MAS sebelum ini kerana dia tidak mahu badannya berada di awan biru tetapi hatinya berada di bumi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_01.htm#ixzz2oTNGtnGm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh x fokus dgn isu ni. Berharap sgt ada ramai peguam atau pengamal undang2 y berminat dgn kes ni. Walaupun x dinyatakan secara terang dlm kontrak, x kan x ada cara lain untuk ajar banghra bodoh tu?? I dont like that typical business man y suka aniaya org. U see, even kru pon ada y x puas hati dgn dia. Very2 unprofessional. Nak duit cepat je, citer cam bangang pon bkn dia kisah. I bet produser tu x reti pon ckp melayu!! Hanya khabir bhatia je y i boleh hadam, tu pun sbb dia kawin ngn mira mustaffa. But still i x suka produser y xtau pape pasal dunia lakonan, tp semak2 nak invest duit. This is bullshit, man!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2013 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tepisket.. posted on 25-12-2013 04:36 PM
Boleh x fokus dgn isu ni. Berharap sgt ada ramai peguam atau pengamal undang2 y berminat dgn kes ni. ...

Tanpa dpt melihat kpd terma2 kontrak tu there's nothing much loyar can advise pon. Kena tau dulu terma2 apa yg membantu dan membunuh kes ellie ni bru leh ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama dia x berlakon drama..lakonan dia mantop..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.081327 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list