CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}

    [Copy link]
Post time 7-11-2012 11:28 AM | Show all posts
Memang betul kalau kita banyak muhasabah diri dan banyakkan amalan kerohanian hati dan jiwa kita jadi sensitif pada perkara2 dunia dan perubahan2 alam.. dan dapat kaitkan dengan amalan2 manusia pada masa itu.. sama ada amalan baik atau pun buruk..

Itu dulu masa umur aku 24 tahun.. aku sanggup pakai motor buruk dan menoreh getah dan jauhkan diri dari kota Kuala Lumpur semata2 tak tahan dengan maksiat manusia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 11:30 AM | Show all posts
tarabas1976 posted on 7-11-2012 11:23 AM
Aku cadangkan, cuber ko gi Felda 2 Sungai Tiang, Pendang Kedah. Sambil beriktikaf kat Masjid Al-Fa ...

yeke bang.. seronoknya.. teringin nak pegi sana
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 11:30 AM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 11:28 AM
Memang betul kalau kita banyak muhasabah diri dan banyakkan amalan kerohanian hati dan jiwa kita jad ...

sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 11:31 AM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 11:28 AM
Memang betul kalau kita banyak muhasabah diri dan banyakkan amalan kerohanian hati dan jiwa kita jad ...

Sikalang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 11:35 AM | Show all posts
hest posted on 7-11-2012 11:30 AM
yeke bang.. seronoknya.. teringin nak pegi sana

Yup. Siap masa aku ngan adik aku beriktikaf kat masjid tuh, ada sorang brader ajak aku gi makan umah dier. Padahal tak kenai aku sapa pun, tah ker aku ni penyamun ker aper ker......dier balik umah, bagitau kat ayah dier ader 2 orang lelaki HENSEM dari KL ngah iktikaf kat masjid. Brader tu, siap datang balik ke masjid pasai pak dia suruh jemput aku ngan adik aku tumpang tidur kat rumah dieorang.......Tapi aku menolak secara baik, aku lebih suka beriktikaf kat masjid.

Last edited by tarabas1976 on 7-11-2012 11:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 11:49 AM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 11:28 AM
Memang betul kalau kita banyak muhasabah diri dan banyakkan amalan kerohanian hati dan jiwa kita jad ...

Cubalah baca Kisah Saidina Musa dan Kisah Saidina Isa. Sebelum kelahiran kedua-dua nabi tersebut, ada beberapa orang alim dari syariat terdahulu yang mengetahui akan kelahiran Isa yang akan menjadi Nabi (baca kisah King Herod) dan kelahiran Saidina nMusa yang akan meranapkan keangkuhan Firaun. Selama lebih dari 40 tahun umat Bani Israel, menunggu......bilalah Allah nak "bersihkan' bumi ini dari keangkuhan dan kezaliman yang memperhambakan mereka dan menjauhkan mereka dari hadrat Allah.........bayangkan, betapa pilunya mereka bila bayi lelaki yang baru lahir dipancung di hadapan ahli keluarga mereka sendiri......selama 53 tahun mereka menunggu sebelum Firaun itu jatuh  sejatuh-jatuhnya.

Boleh jadi dalam tempoh tersebut, ada yang hampir berputus asa......."Kenapa Allah tidak mendatangkan sesuatu agar kami dapat menuju kepada Allah dengan bebas, seperti mana burung-burung itu bebas berterbangan memenuhi fitrahnya.................memenuhi fitrahnya dengan riang dan lapang dada? Apakah menuju ke hadrat-Mu itu merupakan suatu kesalahan yang besar bagi kami?".


Saudara..........menunggu itu juga sebenarnya adalah suatu bentuk ujian. Sepertimana, umat Islam Bosnia menunggu,"Bilakan nasib kami akan terbela, sementelah ibu-ibu kami dirogol dan bapa serta saudara kami diperlakukan lebih hina dari haiwan? Bilakah akan datang pembelaan-Mu Ya Allah?".........Sama seperti kita jatuh cinta, kita tidak memaksa yang dicintai itu membalas cinta on the spot. Tetapi kita menunggu dengan penuh redha, kerana di situlah letaknya keikhlasan terhadaP Yang Dicintai itu. Allahualambissawab.

Last edited by tarabas1976 on 7-11-2012 11:50 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2012 11:53 AM | Show all posts
tarabas1976 posted on 7-11-2012 11:35 AM
Yup. Siap masa aku ngan adik aku beriktikaf kat masjid tuh, ada sorang brader ajak aku gi makan um ...

orang bunian tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 11:56 AM | Show all posts
tarabas1976 posted on 7-11-2012 11:35 AM
Yup. Siap masa aku ngan adik aku beriktikaf kat masjid tuh, ada sorang brader ajak aku gi makan um ...

"dier balik umah, bagitau kat ayah dier ader 2 orang lelaki HENSEM dari KL ngah iktikaf kat masjid."


bang part yg tu aku musykil sikit bang.. ekekekeeke .. eh seronoknya.. memang macam zaman dulu2.. hest memang teriiingin sangat nak duk suasana macam tu..


tapi hest pompuan   mana ada orang pompuan iktiqaf kat masjid sendiri2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 12:15 PM | Show all posts
tarabas1976 posted on 7-11-2012 11:49 AM
Cubalah baca Kisah Saidina Musa dan Kisah Saidina Isa. Sebelum kelahiran kedua-dua nabi tersebut,  ...

Ye betul.. memang betul.. ada sedikit kekecewaan dalam diri aku.. lebih kurang 1 tahun aku menunggu dan mengasingkan diri dari dunia dan kekalutan bandar KL.. hidup seperti musafir.. tak ada wang simpanan.. kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang sambil menunggu2 bila Allah nak bersihkan kemaksiatan manusia ni.. supaya hati aku tenang dan tenteram.. dapat beramal ibadat dgn tenang.. Tapi.. aku letih menunggu.. dan menunggu.. sampai satu tahap aku rasa bosan.. sebab harapan aku supaya Allah bersihkan manusia ini tidak kesampaian..

aku mula jadi takut dengan pendirian aku yang menjauhkan diri dari dunia ini.. aku lihat kawan2 sekeliling.. pakai kereta, ada rumah besar, berkahwin.. beranak pinak.. sedangkan aku masih menunggu kot2 Allah nak cuci semua kereta2 besar, semua rumah2 besar, cuci semua maksiat2 besar.. tapi aku masih menunggu.. dan menunggu...sampai bila...

Sampai satu tahap aku jadi tawar hati.. aku kata pada diri aku.. aku ni bodoh.. Allah nak aku hidup bersama2 dengan manusia lain.. macam manusia lain.. seperti manusia lain.. kuatkan hati mu.. bersamalah manusia2 yang lain jalani hidup ini.. aku pun keluar semula ke kota besar metropolitan.. cari kerja semula dalam bidang IT yang dah dekat 2 tahun lebih aku tinggalkan..

Lama2 hati aku jadi tidak sensitif pada alam sekitar.. kerana dah bergelumang semula dengan donia... salah aku ke? ye memang salah aku.. sebab tak kuat iman dan tak sabar...

Sehingga kehari ini aku tak pasti arah tuju aku.. tiada kereta, tiada rumah, tiada isteri.. perlukah aku berkereta, berumah, beristeri dan mencari semua kesenangan dunia.. aku masih yang dulu.. masih mengharap Allah buktikan sesuatu.. supaya aku pasti apa yang harus aku cari sebenarnya.. apa yang pasti sebenarnya.. apa yang hakiki.. hambaMu yang keliru.. Jika benar memang proses pembersihan akan berlaku buktikan lah ya Allah.. supaya hati hambaMu ini tenang.. supaya hati hambaMu ini pasti.. Supaya hambaMu ini betul2 mencari yang hakiki.. tidak lagi terpaut dan terpesona pada tipu daya dunia yang fana.. yang tipu daya.. yang melalaikan hambaMu ini..
Last edited by neofim on 7-11-2012 12:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 01:31 PM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 12:15 PM
Ye betul.. memang betul.. ada sedikit kekecewaan dalam diri aku.. lebih kurang 1 tahun aku menungg ...

Doa engko nih, lebih kurang macam doa umat zaman Nabi Nuh larr. Zaman Nabi Nuh, aku percaya teknologi dieorang jauh mendahului teknologi zaman ini......pasai kapal Nabi Nuh guna untuk angkut haiwan-haiwan yang berpasangan. Maksudnya, mesti ada feeding system, sistem kumbahan dan system hygiene untuk berbulan-bulan. Dan saiz kapal tersebut, pastinya jauh lebih besar dari US punya Super Carrier yang digunakan untuk mengangkut pesawat pejuang.



Sewaktu nak bina kapal, ada riwayat kata 30 tahun dan ada yang kata 40 tahun (Allahualambissawab). Tapi, yang bersama-sama Nabi Nuh untuk membina kapal tersebut adalah mereka "yang terpanggil". "Mereka yang terpanggil" kerana muak dengan maksiat dan kerosakan yang dilakukan oleh kaum mereka yang jauh dari hadrat Allah. Dan sewaktu membina kapal ini, Sadina Nuh a.s. bersama mereka yang bersama-sama mebina kapal ini dianggap gila........" Orang lain sibuk kumpul duit nak beli kete Proton Sagu (kereta nasional pada zaman tuh ), beli rumah, develop career dan establish kehidupan, korang plak tak habis-habis buang masa dan buang duit buat kapal. You are wasting your life, do ya' know that" ujar Pak Rotatouiloe (nama typical saman tuh ) pada anak jiran beliau yang baru grad Universitas.


Sewaktu pembinaan kapal tersebut sehingga kapal tersebut siap, ada sebahagian dari "yang terpanggil" itu musykil......"Benarkah ke Allah akan datangkan satu peringatan yang akan membersihkan semua kekotoran dan kerosakan ini.....sehingga kita akan bersama-sama memulakan penghidupan yang baru dalam menuju ke hadrat Allah..."


Dari sebahagian yang tertanya-tanya ini, ada yang kembali kepada kaum mereka, dan ada pula yang Allah berikan mereka hidayah. Allah jawab doa mereka sebelum sampai hari diberikan peringatan , mereka lalu kembali kepada "orang-orang yang menunggu". Dan dari "yang terpanggil' hanya "yang terpilih" menaiki bahtera bersama Saidina Nuh a.s. di dalam meninggalkan kerosakan yang dilakukan oleh kaum mereka dan menuju ke hadrat Allah.

Allahualambissawab.

Last edited by tarabas1976 on 7-11-2012 01:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 01:42 PM | Show all posts
tarabas1976 posted on 7-11-2012 01:31 PM
Doa engko nih, lebih kurang macam doa umat zaman Nabi Nuh larr. Zaman Nabi Nuh, aku percaya teknol ...

Nota tuan ini sangat bermakna untuk difikirkan.... dan secara ringkasnya, jangan jemu... teruslah mencari dan mencari serta yakin dengan janji Allah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 01:45 PM | Show all posts
tarabas1976 posted on 7-11-2012 01:31 PM
Doa engko nih, lebih kurang macam doa umat zaman Nabi Nuh larr. Zaman Nabi Nuh, aku percaya teknol ...

Ye.. aku berharap Allah SWT berikan aku petunjuk dan petanda pada aku.. sebab aku tak pasti apa yang aku cari sebenarnya sekarang ini.. nak kata nak cari dunia pun bukan.. nak cari akhirat pun bukan.. aku masih lagi keliru lagi ni.. tapi kalau betul memang ada tanda2 yang benar2 pasti dunia ni akan tenggelam disebabkan proses pembersihan seperti zaman nabi2 terdahulu... Nabi Noh dgn banjir besar, Kaum Add dgn puting beliung, Kaum Tsamud dgn kemarau panjang.. aku berjanji aku sanggup tinggalkan kesenangan dunia ini untuk perkara yang pasti itu.. Aku perlukan petunjuka sekarang... kalau memang benar petunjuk itu dah kelihatan baru hati aku ini pasti dan tertumpu pada perkara itu.. tapi sekarang nampaknya petanda itu belum muncul lagi..

Last edited by neofim on 7-11-2012 01:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2012 03:31 PM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 11:01 AM
Harap2 tulisan2 dalam ni bukanlah disebabkan depression disebabkan tidak dapat sesuatu dari habuan d ...

Saya tak tahulah orang lain, tapi tujuan saya membuka thread ini sehingga ke Part 2, tidak lain, semata-mata utk menyampaikan sahaja, dan berkongsi perasaan itu dgn orang lain. Bukan sebab depress kerana tidak memiliki apa-apa... saya pernah berada di atas, merasakan betapa sunyinya perjalanan, walaupun berada dalam kelompok manusia yg ramai... saya sudah merasakan betapa semua manusia seakan sudah mati, apabila berada 'di atas'... tiada apa2 di dunia ini yg mampu membakar gelora nafsu utk memilikinya. Tidak tergiur sedikit pun, kpd harta benda dan anak pinak... nafsu itu sudah MATI.

Kemudian saya jatuh... jatuh sejatuh-jatuhnya...  merangkak mencari kembali jalan pulang yg sudah dihijab dari pandangan mata.. sesat dalam terang.. kerjaya, wang ringgit, cinta manusia, tidak mampu mengisi kekosongan yg dahsyat di dalam jiwa... sehingga mencari-cari dahan sebab dan alasan, untuk meneruskan perjalanan, dengan langkahan kaki yg semakin lemah dan lemah.. malah sudah banyak kali berdoa, minta 'dipulangkan' semula ke dunia 'asal'.. namun tahun demi tahun demi tahun.. menunggu dalam kesengsaraan, yg tiada siapa mengetahui, kecuali DIA...

Kemudian DIA mengirimkan petunjuk-petunjuk dalam sedar dan jaga...  kerana DIA tahu, kita mencariNYA.. maka DIA berlari kepada kita, sedangkan kita hanya merangkak kepada DIA... satu demi satu, DIA merungkaikan rahsia demi rahsia.. yg tidak pernah kita sangka, tidak pernah kita duga. DIA mengajarkan ilmu-ilmu menerusi jalan-jalan yg tidak pernah terlintas di fikiran... DIA masih setia di sana, mendengar dan memakbulkan, tanpa kita sedari... sedang kita sendiri, hanya tahu mengadu dan mengadu... betapa tidak adilnya kita.. betapa jahatnya kita..

Pernahkah kita terfikir, DIA memberikan begitu banyak masa, bukan saja utk kita, tapi juga utk mereka yg sama sekali masih tertidur lena setiap hari... tapi kenapa kita masih berfikir, hanya utk diri sendiri? Masa panjang yg diberikan kpd kita, seharusnya kita gunakan utk memperbaiki diri... mengenal AKU di dalam AKU.. apakah yg disuruh BACA, ketika Jibril menuturkannya kali pertama? Maka gunakanlah masa yg panjang itu, utk BENAR2 memperbaiki diri. Kerana kalau kita benar2 menggunakan MASA itu utk memperbaiki diri, percayalah, ianya takkan pernah cukup...

Berbahagia dan bersyukurlah, kerana Allah memberikan kita MASA lagi utk berubah dan memperbaiki diri. Jangan kita persoalkan BILA. Itu urusan Allah. Ada pun kita, perbaikilah diri kita sendiri. Gunakan masa yg ada. Apabila MASA yg dinanti2 itu sudah tiba, percayalah.. ia akan berlaku dalam keadaan yg sangat2 tidak kita sangka... malah, ia mungkin akan berlaku, dalam sekelip mata...  mungkin kita tak akan sempat pun bertemu dengan orang2 yg kita sayang... maka anggaplah setiap hari, adalah hari-hari terakhir kita... bersihkanlah HATI, kerana hati itulah yg akan menentukan tempat kita di sana nanti... Allah tidak hanya melihat amalan kita, tapi juga HATI KITA...  

Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2012 03:33 PM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 01:45 PM
Ye.. aku berharap Allah SWT berikan aku petunjuk dan petanda pada aku.. sebab aku tak pasti apa ya ...

Petunjuk itu sudah ada di depan mata sejak lama. Petunjuk sebenar, ada di dalam diri, tapi kamu mencarinya di luar... jika kamu tidak menemuinya di dalam, kamu tidak akan menemuinya di luar, walau sejauh mana kamu mencari...

Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 03:43 PM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 01:45 PM
Ye.. aku berharap Allah SWT berikan aku petunjuk dan petanda pada aku.. sebab aku tak pasti apa ya ...


bro... boleh tanya... . kenapa masih keliru? cerita sikit...... kenapa masih mahu dunia dibersihkan?.... kan senang kalu kita selalu doa kita ditunjukkan jalan lurus...jalan yg penuh nikmat.. lelain tak yah pikir..... .... kawan pun masih merangkak, tp sibuk2 juga nak tanya kepoh ttg cerita ko.... hope tuhan mudahkan + kabulkan doa kita...

tertarik cerita ko...tak ramai org macam ko di masa muda mencari + tinggalkan macam....

boleh cerita apa amalan yg bro masih amalkan?.... ke dah tinggal semua... atau buat sekadar mampu..... kalu selalu lepak board sini... akan selalu baca pasal zikir2 secara ikhlas......mungkin dengan itu boleh but ko tak keliru.... Last edited by darkharis on 7-11-2012 03:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 03:54 PM | Show all posts
andria posted on 7-11-2012 03:31 PM
Saya tak tahulah orang lain, tapi tujuan saya membuka thread ini sehingga ke Part 2, tidak lain, s ...

Kemudian DIA mengirimkan petunjuk-petunjuk dalam sedar dan jaga... kerana DIA tahu, kita mencariNYA.. maka DIA berlari kepada kita, sedangkan kita hanya merangkak kepada DIA... satu demi satu, DIA merungkaikan rahsia demi rahsia.. yg tidak pernah kita sangka, tidak pernah kita duga. DIA mengajarkan ilmu-ilmu menerusi jalan-jalan yg tidak pernah terlintas di fikiran... DIA masih setia di sana, mendengar dan memakbulkan, tanpa kita sedari... sedang kita sendiri, hanya tahu mengadu dan mengadu... betapa tidak adilnya kita.. betapa jahatnya kita..

berminat nak di panjang ceritakan... tolong cerita sikit ttg rahsia2..... beri contoh serta disampaikan cara mane?....

sbb kawan selalu baca2.... tak semua org tuhan beri ilmu... tp boleh kata bila kita amalkan something, telah lama + sebati... mgkn barulah allah berikan.... kalu tak lokek adakah ianya zikir?.... atau lain...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 06:16 PM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 01:45 PM
Ye.. aku berharap Allah SWT berikan aku petunjuk dan petanda pada aku.. sebab aku tak pasti apa ya ...

Berdoalah saudara. Saya mengerti apa yang saudara rasakan. Seperti ketika mana saudara bersolat untuk menuju ke hadrat Allah........ia dimulakan pertama sekali dengan niat dan diikuti ndengan mengangkat takbir AllahuaAkbar..........Dari Allhuakbar, pada ketika qiam itu kita membacakan Al-Fatihah (pembukaan).

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Syukur ke hadrat Allah, Tuhan seru sekalian alam,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Yang Menguasai Hari Yang Kemudian,
......................


Kenapa dalam surah ini disebut Tuhan seru sekalian alam yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? Kenapa tak disebut Tuhan Yang Menciptakan Alam?

Kenapa disebut Yang Menguasai Hari Yang Kemudian?Kenapa tak disebut Yang Menguasai Segala Ciptaan-Nya atau Yang Menguasai Segala-galanya? Kerana, pada Malikiyaumiddin itulah tidak ada beza antara seorang hamba dengan seorang hamba yang lain. Tidak ada beza sedikitpun antara Sang Raja dengan Sang Pengemis, kerana kedua-duanya tetap akan menuju kematian dan dibangkitkan di Hari Kemudian. Yang membezakan adalah keberkatan.

Pada Malikiyau middin ini jugalah....seperti yang disebutkan oleh Saidina Ali r.a.bahawa semua manusia ini sedang tidur, dan hanya terjaga ketika mana maut itu datang menjengah. Maka beruntunglah mereka yang terjaga sebelum datangnya malaikatul maut. Seperti mana kita tidur dan bermimpi, sedahsyat atau seenak manapun mimpi kita, kita tetap akan terjaga di atas katil. Begitu juga dengan kehidupan ini, betapa nikmat atau dahsyatnya kehidupan yang kita lalui.....samada yang memegang watak Sang Raja atau Sang Pengemis, masing-masing akan terjaga di Padang Mahsyar. Bukankah, sewaktu dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak, masing-masing akan terpinga-pinga sweolah-oleh kehidpan yang dilalui di dunia itu umpama mimpi sahaja?


Apa yang saya ingin katakan kepada saudara adalah, seandainya hakikat solat itu diterjemahkan ke dalam kehidupan......saudara sebenarnya sudah pun berada pada Rukun 1, yaitu niat. Saudara sekarang mencari Rukun 2, yakni mengangkat Takbir "AllahuAkbar"......Supaya apabila takbir itu diangkat, ia bukan sekadar lafaz di lidah semata-mata tetapi penyerahan kepada Yang Maha Besar dan merasakan diri ini hamba.  Sebab itu saudara katakan, jika ada tanda, saudara akan melepaskan segala-galanya dan menuju kepada tujuan Yang Pasti dan Yang Hakiki. Hanya selepas takbir itu diangkatlah, maka kemudian barulah menuju kepada Rukun Ketiga....dimana dalam Al-Fatihah inilah ia sebenarnya membukakan hijab seorang hamba. Di mana, Al-Fatihah itu membuka lapis diri...sehingga sang salik itu melihat bahawa segala Yang Bersifat Baharu ini datangnya dari Yang Bersifat Qodim (Sedia Ada) ......dan betapa hambanya sang salik itu dirasainya pada ketika sampai pada Malikiyaumiddin tak kira ia raja atau pengemis.

Untuk ini saya doakan saudara dapat melaluinya dan mencari Rukun Yang Ke-2 .....carilah saudara, jangan berputus asa.Kerna, perjalanan solat itu masih ada baki 11 Rukun lagi sebelum diakhiri dengan salam.........





Last edited by tarabas1976 on 7-11-2012 06:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 07:03 PM | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 01:45 PM
Ye.. aku berharap Allah SWT berikan aku petunjuk dan petanda pada aku.. sebab aku tak pasti apa ya ...

aku sama mcm kau..keliru antara dunia dan akhirat..sudahnya aku jadi mcm org pelik duk tengah2.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
neofim posted on 7-11-2012 12:15 PM
Ye betul.. memang betul.. ada sedikit kekecewaan dalam diri aku.. lebih kurang 1 tahun aku menungg ...

ca hang ambik teladan dari kesah Ibrahim a.s. pulak, semua dah sedia maklom kan betapa kawtimnya dia dgn Allah? pangkat pun Khalilullah.
barang mintak barang qabul gituh, esp. tatkala terjumpaq mintak binasakan mana2 qaum hat tak senonoh kelaku melampau bataih.
maknanya redho Allah ke ataih baginda manjang muleh la katakaaan

tapiiii baru sedaih ja Allah minta Ibrahim pulak redho ataih perintahNya untok binasakan (baca: semelih) putra kesayangan, melalui tangan dia snirik haaa itu jam melompat gak gundah-gulana; tercuit gubra was2 di hati sampai 3 kali mai perintah dlm mimpi suh laksanakan jugak, baru la mai yaqin pasrah. tu pun last2 call kena saiko gak dek Ibleh keh keh keh

ya laaa taim kita dah takdak papa2 feeling ngan donia mau pun kat diri snirik, line clear la kot bila2 Allah nak test Mardhiah kita terhadapNya; tapi mai taim kita tengah leka asyik ngan sesuatu ato seseorang... sampai melekat tertancap di lubok ati aaaaa itu jam jugak la Dia nak test... mampu ka nak sambut dgn semacho-macho pasrah kompiden kita???


moralnya,
-tak tertanggung tercapai dek kita rasa belaih ehsan maha beri peluang tangguh, sabaq kaseh chenta Allah ke ataih makhluq terbitan Dia snirik kan kan kan?
-careful what u wish... careful what u say... u may regret it... or u just might get iiiiiiiittt
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 11:19 AM | Show all posts
bahlul posted on 6-11-2012 11:50 PM
اقْرَأْ بِاسْمِ  ...

dah cantik dah tu..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.156066 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list