CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surioo

ALL ABOUT FASHA SANDHA V8 - Debaran menanti kelahiran puteri sulong Jejai/Fasha

 Close [Copy link]
Post time 19-9-2014 02:21 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 19-9-2014 01:08 PM
mcm pelakon latina sana nun

khan... MACAM latina... kalu letak bunga kat telinga.. mesti lagi sama kan... fs memang gojes dr dulu hingga skrg...

p/s kena tekankan perkataan MACAM tu.... takut dikutuk & diputar belit cam gambar qal yg kata macam kokusen tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings posted on 19-9-2014 01:42 PM
tgh tengok ni, mak I cakap menantu dia jahat, tak suka mak mertua

Kaka bling..sian fasha tau..dh la dikatanya org luar, pura2 dpn anak nk bg nampak fasha ni menantu hantu. Sy br tgk cite ni..padahal ulangan byk kali dh kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:23 PM | Show all posts
adelea posted on 19-9-2014 02:14 PM
seingat iols,  uols ni dulu penguni rumah sebelah kan

ha'ah uols..tu pun sbb nak tengok gambar.. umah sini pun jenguk2 jgk..tepek2 gambar.. tapi bila baca komen2 tahap nak muntah hijau kt umah sana..caci kutuk x abis2 sampai umah volume bertingkek tingkek.. iols rasa lebih aman tenteram kt umah sini..

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:23 PM | Show all posts
myakayina posted on 19-9-2014 01:18 PM

jejai.... slipar kuning lak.... fesyen sama..kaler je bertukar....... mesti rasa selesa giler pakai slipar tu sampai kemana2 pegi mesti ade skali....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:25 PM | Show all posts
myakayina posted on 19-9-2014 02:23 PM
ha'ah uols..tu pun sbb nak tengok gambar.. umah sini pun jenguk2 jgk..tepek2 gambar.. tapi bila ba ...

hahaha
welkam
welkam



sbb iols ingat dulu uols selalu kecam i kat sana
hahah  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2014 02:25 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:26 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 02:26 PM | Show all posts
anyone knows macamana fs first kenal dgn jejai?

tiba2 terasa nak throwback
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:29 PM | Show all posts
plain posted on 19-9-2014 02:15 PM
Dah rekaan pulokkkkk

Ada ada aje depa ni....

bak kata @pilot
ulat taik semua yg berkenaan fasha semuanya propa

tapi tang idola semua hakikat and teraniaya

adoiii iols tak nak bincang topik
sila tepek gambar2 laju2 and cantek ... Last edited by adelea on 19-9-2014 02:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 02:30 PM | Show all posts
doubleA posted on 19-9-2014 02:26 PM
anyone knows macamana fs first kenal dgn jejai?

tiba2 terasa nak throwback

Jom throwback.

Fasha, Jejai lalui saat indah dua hati bersatu
AKMALIAH RAZAK
April 29, 2012

Fasha dan Jejai ke jenjang pelamin akhirnya

Bersama keluarga mempelai perempuan

Setelah mengharungi episod cinta yang sentiasa dihambat kontroversi, akhirnya pasangan dua sejoli ini disatukan dalam majlis serba sederhana. Perkenalan selama tujuh tahun itu tidak sia-sia kerana cinta mereka begitu kuat walaupun sering diuji. Turut mengharapkan perkahwinan ini sebagai penamat kisah kontroversi mereka, baik Fasha mahupun Jejai, mereka mengimpikan alam rumah tangga yang bahagia hingga ke akhirnya... Kalau dah jodoh, tak ke mana jua. Itulah ungkapan yang paling sesuai ditujukan buat pasangan pengantin baru, Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Setelah melalui pelbagai kontroversi dan kisah-kisah kurang enak, akhirnya pemenang Pelakon Drama Wanita Popular 2011, sah bergelar isteri kepada Jejai yang merupakan bekas suami pelakon popular, Nora Danish.

Tiada apa diharapkan pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 28, selain daripada ikatan yang kekal hingga ke akhir hayat bersama cinta hati pilihannya.

Mengakui Jejai adalah lelaki dambaan yang memenuhi setiap karakter idamannya, Fasha menyifatkan Jejai seorang yang penyayang, matang dan boleh menjadi pemimpin yang baik.

“Di awal perkenalan, kami hanya berkawan biasa dan hubungan ini dibina dari peringkat ke peringkat. Dalam tempoh masa yang panjang, kami banyak berkongsi minat dan persamaan.

“Dia seorang lelaki yang baik, pendengar setia dan mampu memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk terus berjaya.

“Ketika saya mula serius dalam bidang perniagaannya salun kecantikan, Chinta Salon, dialah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Selain itu, dia menerima apa jua kelemahan dan kekurangan saya,” katanya selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Windows On KL, Hotel Crown Plaza, Jumaat lalu.

Majlis diadakan secara tertutup itu dihadiri 300 tetamu daripada keluarga terdekat.

Enggan mendedahkan nilai hantaran, Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8,888.88. Akad nikah mereka telah dikendalikan oleh bapa Fasha sendiri, Hassan Moiddeen, pada jam 9.45 malam.

Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada beg Louis Vutton, alat solek, Galaxy Note, sebentuk cincin dan coklat manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.


Lamaran kali kedua

MENGIMBAU detik perkenalan pasangan ini, mereka mula mengenali antara satu sama lain pada 2005 sebelum Jejai bergelar suami kepada Nora. Hubungan mereka ketika itu hanyalah sekadar teman biasa. Tetapi, Fasha telah dikaitkan apabila hubungan Jejai dan Nora berantakan sehingga mereka sah bercerai pada 2008. Sejak itu, hubungan mereka dikatakan semakin intim dan Jejai telah memberi kejutan kepada Fasha dengan menaiki helikopter ke lokasi penggambaran drama lakonan Fasha.

Pun begitu, Fasha tetap menyatakan bahawa hubungan itu tidak lebih daripada kawan biasa, sehinggalah pada 18 Mei 2010, Fasha tampil mengakui hubungan cinta itu. Pernah berpisah pada Oktober 2010, hubungan itu kembali terjalin dek cinta yang sukar dipadam dalam diri pasangan ini.

Walaupun Jejai membawa gelaran duda beranak satu, Fasha menerima suaminya itu seadanya dan tidak menganggap perkara itu sebagai masalah buatnya. “Saya menerima dengan hati yang terbuka. Lagipun, tiada bezanya walaupun dia bujang atau duda. “Saya tidak menganggap itu sebagai satu perkara yang perlu difi kirkan. Lagipun, keputusan saya untuk berkahwin dengannya bukanlah terburu-buru.

“Ini adalah lamaran buat kali kedua. Sebelum ini, dia melamar saya pada tahun lalu, namun saya masih belum bersedia untuk ke fasa itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya,” katanya.


Tidak halang kerjaya

WALAUPUN pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti, bagi Jejai, dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus berkecimpung dalam kerjaya itu. Memahami karier isterinya dalam industri tempatan, Jejai memberitahu akan sentiasa menyokong perjalanan seni isterinya. “Saya tiada masalah untuk mengizinkan Fasha terus berlakon kerana itu kerjayanya. Saya harus menghormati minat dan kariernya kerana sejak awal perkenalan lagi dia memang seorang pelakon.

“Pun begitu, tidak semestinya dia harus mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Saya yakin, dia dapat mengimbangi tugasnya kerana bagi saya Fasha mempunyai pendirian dan matlamat yang tersendiri. “Selain itu, dia juga memenuhi ciriciri isteri yang saya idamkan. Tiada apa yang membahagiakan saya selain dapat memperisterikan wanita pilihan saya. Saya harap hubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya,” katanya yang kagum dengan disiplin dan kesabaran isterinya.

Walaupun suami memberikan kebebasan untuknya terus berlakon, namun bagi empunya badan, selepas ini dia akan lebih selektif untuk memilih sebarang tawaran. “Saya akan terus berlakon tetapi lebih selektif. Bukan kerana angkuh selepas mendapat anugerah, tetapi ia adalah jalan terbaik untuk memastikan tugas saya sebagai isteri dan pelakon terus seimbang.

“Saya tidak mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ingin mempunyai masa untuk bersama suami. “Saya tidak akan berhenti berlakon kerana itu adalah minat saya, tetapi selepas ini perlu dikurangkan sedikit berbanding dahulu,” katanya yang bakal mendiami rumah baru yang dihadiahkan suami, di Ampang, Selangor.


Hadir kursus masak

SEPERTI isteri-isteri lain, Fasha juga mahu memikat hati suami melalui masakannya. Walaupun tidak memiliki kepakaran dalam menyediakan masakan, namun Fasha mempunyai cara yang tersendiri. “Saya akan menghadiri kursus memasak untuk menambah ilmu masakan yang ada. Saya teringin menyediakan masakan saya sendiri kepada suami.

“Tambah pula, Jejai seorang yang kuat makan, jadi saya perlu belajar untuk membuat makanan kesukaannya. “Jika ada kelapangan, saya akan menyediakan hidangan buat suami. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk memenangi hatinya.

“Selain kursus memasak, saya akan belajar dengan ibu juga. Setakat ini, saya hanya belajar yang ringkas-ringkas sahaja. Jejai memang suka makan masakan saya seperti masak lemak udang dan masak lemak ikan tenggiri,” katanya memilih Pulau Redang sebagai lokasi bulan madu, pada awal Mei ini. Berbicara soal cahaya mata, Fasha mahupun Jejai tidak menolak rezeki yang dikurniakan kepada mereka.

Malah, bagi Jejai sendiri, dia tidak sabar untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin. Menurut Fasha, dia tidak pernah merancang untuk memiliki cahaya mata pada waktu tertentu kerana kehadiran si kecil sememangnya amat dinanti. “Saya sudah bersedia bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja. Saya teruja untuk merasai pengalaman mengandung.  Namun, segalanya terserah kepada Yang Maha Kuasa, apa yang penting, selepas ini, perjalanan hidup saya akan menjadi momen yang paling indah,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:33 PM | Show all posts
JJ dan pasha beza 8 tahun kan? siapa yg 4 or lapan tahun beza memang gam
kalau beza 6 tahun jj and nora memang tak gam
ikut taksiran chinese horoscope
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:33 PM | Show all posts
tgh tgk fasha dlm Racun Ibu... sian kna buli dgn mak mertua..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:34 PM | Show all posts
adelea posted on 19-9-2014 02:29 PM
bak kata @pilot
ulat taik semua yg berkenaan semuanya propa

dah tu la sebabnya dapat gelaran ulat taik...tak paham2 bahasa...

sempena nd n nedim pegi bali diam2 kantoi tu la maka gelaran ulat taik diberi pada pemuja2

acik jonidepp masih lg suka troll ulat2 taik kat rmh sebelah...padan muka!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 02:37 PM | Show all posts
pilot posted on 19-9-2014 02:26 PM



https://encrypted-tbn1.gstatic.c ... M0xp_vl43jkZ7I2-UUg


dah kawen fs...terus melingkup ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:38 PM | Show all posts
surioo posted on 19-9-2014 02:30 PM
Jom throwback.

Fasha, Jejai lalui saat indah dua hati bersatu

throwback session.
tenkiu kaka surioo
dua2 dah matang time dorang kawen ni.
semoga bahagia as they wish.
taknak cakap pasal hal2 lepas dah as kita org luar je pun, tak perlu obses bagai.
retis2 tu ok je karats melebih2 takda faedah pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:39 PM | Show all posts
surioo posted on 19-9-2014 02:30 PM
Jom throwback.

Fasha, Jejai lalui saat indah dua hati bersatu

i nak repeat quote jejai

“Selain itu, dia juga memenuhi ciriciri isteri yang saya idamkan."


so nora bukan idaman la
tu kena cerai
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:39 PM | Show all posts
adelea posted on 19-9-2014 02:25 PM
hahaha
welkam
welkam

pernahkah? iols bukan penghuni tetap kt sana uols.. jenguk time free sajork utk tengok2 gambar.. maybe org lain kot.. tp iols tau uols mmg suka cuit umah sana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.672654 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list