CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: feline

Cinta Remy-Tiz sudah berakhir?

  [Copy link]
Post time 15-2-2012 06:29 PM | Show all posts
xde org nk tempek tweet si remy td ke. ada hati nk kawen 4 tu. nk ppuan ala2 megan fox urut2 belakan ...
seb_baik Post at 15-2-2012 18:06



    wow!!!taste sgt membunuh!tp nora danish masuk dalam list.heheheh..nora danish mmg hot n manja punn!!awwww{:4_190:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 06:30 PM | Show all posts
papepun, aku doakan derang ni bkekalan la.da molek2 bkawan kan.kita doakan yg baik2 saje{:4_190:}
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:54 PM | Show all posts
kat instagram elok je tiz pos gamba remy?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 09:45 PM | Show all posts
Reply 114# zwaty


    Huhu, ai dah kene tipoo, , tapi ai pon pernah kenekan kawan ai mase kat u dulu, die minat giler ngan Aliff Aziz masa first album pas tue, ai cakap Aliff Aziz adik Aaron Aziz, pas tu, die pon mcam confuse tapi percaya, xlama pas tue baru kantoi,Aliff aziz sememangnyer x de kene mengena ngan Aaron, huhu, habis ai kene maki....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:29 PM | Show all posts
Semoga jodoh Remy dan Tiz masih panjang, hingga ke syurga..)amin
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:11 PM | Show all posts
mesti derang rs bengang je gosip camni.yelah, kang elok2 ok,tup2 bgaduh psl gosip ni kan..tp derang kene terima la,dah nama public figure.apa je derang buat,jd perhatian hatta bersin pun org akan pandang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 10:11 PM | Show all posts
nak sangat jadi retis kan.. terima la hakikat kiri kanan depan belakang orang tiup angin pegaduhan.. suruh jadi doktor tamau!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:43 PM | Show all posts
ye ke dia orang dah clash?

dia orang ni sweet couple...sedih gak kalo dah clash...

tadi aku baca catatan remy kat blog dia..macam ada sesuatu je...macam luahan utk seseorang... ye kot dia dah clash dgn tiz...

cube korang lawat blog remy nih...

http://dakamat.blogspot.com

harap-harapnye itu cuma sekadar tulisan....hu..hu...still hope they will be together...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 09:08 AM | Show all posts
yang terbaru..





Posted by TUPAI Khamis, Februari 16, 2012




Aktres jelita yang mula dikenali dengan drama bersiri "Nur Kasih" menjelaskan status hubungan cintanya dengan aktor Remy Ishak yang didakwa sudah retak beberapa minggu lalu.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak memberitahu dakwaan yang hangat diperkatakan itu hanyalah spekulasi semata-mata. Hal ini disebabkan status yang ditulis di laman sosial Facebook seolah-olah menggambarkan hubungan mereka telah berakhir.

"Apa yang ditulis di Facebook sebenarnya langsung tiada kena-mengena dengan hubungan saya dan Remy. Kami baik-baik sahaja," ujar Tiz ketika ditemui di malam gala filem terbarunya, "Cinta Kura-Kura" di Cathay Cineplex Damansara baru-baru ini.

Ditanya jika dia berasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mengganggu hak privasinya, aktres berusia 23 tahun ini memberitahu; "Saya sedia maklum sebagai seorang artis, privasi kami haruslah dikongsi bersama peminat. Namun ada kalanya saya perlu bersendirian. Pada saya, privasi harus dibahagikan dengan baik agar nampak seiring."

Hubungan cinta Tiz Zaqyah dan Remy Ishak masih utuh.


Tiz yang sebelum ini gemar berhubung dengan peminat menerusi akaun Twitter @tiztiztiz sebelum menutupnya tahun lalu memberitahu dia kini aktif menggunakan laman sosial Facebook.

"Saya sudah tidak memiliki akaun Twitter sejak enam bulan lalu. Pada permulaannya agak sukar kerana sudah terbiasa berinteraksi secara langsung bersama peminat. Namun lama-kelamaan, saya sudah biasakan diri. Saya hanya menggunakan akaun Facebook sahaja buat masa ini."

Tiz Zaqyah bakal tampil dengan filem romantik komedi fantasi arahan Nizam Zakaria, "Cinta Kura-Kura" yang akan turut dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Zizan Raja Lawak, Fizz Fairuz dan Fara Fauzana.

"Cinta Kura-Kura" bakal menemui peminat pada 1 Mac akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 04:47 PM | Show all posts
Reply 129# samshik

Ini artikel dalam paper ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 04:52 PM | Show all posts
kat instagram Tiz yg latest ada gambar depa berdua..dalam keta..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 06:19 PM | Show all posts
tp dlm blog dia takdepun yg mncurigakn.hmmm...rsnya derang ok kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 06:22 PM | Show all posts
tiz ko pegi lah cari yang kaya raya
tengah glemer ni memanglah ko stick dengan dia
esok bila dia dah takde job pastu ada orang kaya pulak dok hantar2 bunga selalu kat kau
kau akan clash jugak akhirnya kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 06:23 PM | Show all posts
kat instagram Tiz yg latest ada gambar depa berdua..dalam keta..
elninhamfz Post at 17-2-2012 16:52



   wishing them..ayuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:30 PM | Show all posts
kat instagram Tiz yg latest ada gambar depa berdua..dalam keta..
elninhamfz Post at 17-2-2012 16:52



    nk tgk... cemana nak suh share ek.. dia kunci, kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:11 PM | Show all posts
nk tgk... cemana nak suh share ek.. dia kunci, kan..
caca_eric Post at 17-2-2012 22:30


takla, ni linknya

http://web.stagram.com/n/tizzaqyah/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 11:29 PM | Show all posts
Reply 136# mnaa

tq... wuuu.. classy nye gamba tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 19-2-2012 10:31

Tiz anggap gosip mengarut


TIZ ZAQYAH berasa serba salah dalam mendedahkan kisah percintaannya.


CINTA sesama artis memang mudah mengundang spekulasi. Mendedahkan salah, menyembunyikan daripada pengetahuan umum juga ada sahaja yang tidak kena.

Tidak terkecuali status cinta pasangan pelakon sensasi, Tiz Zaqyah Razak dan Remy Ishak yang mula mencetuskan tanda-tanya. Bermula dengan khabar angin dalam blog-blog hiburan, kemudian berpanjangan sehingga ke ruangan pojok surat khabar. Akhirnya Tiz sendiri membuka mulut. Ternyata, Tiz berusaha mempertahankan cintanya yang didakwa telah berkerat rotan dengan Remy.

“Saya anggap gosip itu tidak wujud, ia sama sekali tidak benar,” nafi Tiz menutup khabar panas yang bertiup kencang minggu lepas.

Awal minggu baru-baru ini, Tiz hadir tanpa ditemani Remy sempena tayangan perdana filem keduanya, Cinta Kura-Kura di Cineleisure, Damansara. Barangkali Remy ada urusan lain, sementelah baru pulang dari percutian singkatnya ke Jakarta, Indonesia pada minggu lepas.

“Dia (Remy) sudah pulang dari Jakarta,” ucap Tiz ketawa sepanjang meleraikan spekulasi yang bertimpa-timpa ke atasnya.

SENSASI BINTANG: Jadi ternyata cerita itu tidak benar?

TIZ ZAQYAH: Tidak, tidak benar sama sekali!

Rimas tak apabila timbul macam-macam cerita tentang hubungan kalian?

Itulah susahnya, bila kita mendedahkan, tidak mendedahkan pun sama juga situasinya. Jadi saya anggap gosip itu tidak wujud.

Apabila cerita-cerita tidak berasas kian banyak muncul, adakah ia menghantui hidup kalian?

Ini salah satu cabaran yang kami harus lalui, bila sudah terlalu banyak didedahkan, maka timbullah spekulasi begini.

Adakah cabaran-cabaran sebegini akan merapatkan lagi hubungan kalian?

Bukan ini yang kami mahu dalam hubungan kami, tapi apabila ia sudah berlaku, mahu tidak mahu, kami kena tempuhi juga.

Okey, baru-baru ini ada beberapa status Facebook Tiz yang menuduh media punca masalah dalam kalangan artis, adakah itu memberi gambaran Tiz cuba meluahkan ketidakpuasan hati kepada masyarakat atau media?

Tak, langsung tidak. Saya minta maaf jika ada pihak yang fikir perkara di sebaliknya. Soal Whitney itu saya maksudkan tentang masalah artis, artis Malaysia tak boleh dibandingkan dengan artis luar, tapi jika artis di Amerika sendiri tidak mampu mengawal diri, apatah lagi artis kita di sini. Kritik dan hukuman peribadi oleh masyarakat itu akan memburukkan lagi keadaan jika seseorang artis itu terlibat dengan masalah seperti dadah dan lain-lain.

Bagaimana pula dengan status dalam akaun Twitter Tiz?

Okey, saya mahu maklumkan di sini, itu adalah akaun palsu, saya sudah lama menutup akaun Twitter sejak Julai lepas, sekarang saya hanya guna Facebook untuk berkomunikasi dengan peminat.

Bila berlaku salah tafsir begitu, adakah Tiz merasakan soal privasi Tiz langsung tidak dipedulikan?

Bila orang cepat menghukum, privasi itu sudah tidak lagi wujud. Saya mengakui, masih mahu menyimpan ruang privasi untuk saya seorang tetapi inilah ‘pakej’ yang datang bersama status selebriti. Saya kena pandai-pandai sendiri untuk seimbangkan keadaan.

Sekarang anda muncul dengan filem romantik komedi, dalam Cinta Kura-Kura itu ringan dan santai. Setuju atau tidak jika dikatakan bahawa selepas watak Nur Amina dalam Nur Kasih (drama dan filem), watak-watak lain seperti mendatar sahaja impaknya?

Sebenarnya susah untuk mendapat watak yang kuat serta naskhah yang ada jalan cerita yang bagus. Saya tak boleh terlalu memikirkan keadaan itu, takut gila pula nanti. Jadi pelakon, saya kena seimbangkan juga, ada masa bawa watak ringan, ada masa lain watak berat pula.




Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 12:30 PM | Show all posts
tak minat artists couples.

hmmm.. carilah pompuan/ lelaki yg baik sebagai pasangan. dan pada masa yg sama perbaikilah diri sendiri supaya diri sendiri pon jadi pasangan yg baik kepada si dia itu.

aku tetiba jadi ustazah di petang ahad ni kekdahnye?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:40 PM | Show all posts
aku rs evryday dah story sama kuar kat paper.da seminggu kot.sume statement sama.adoi reporter hiburan ni,tolong scope bnd lain plak.jgn stick pd satu isu je.mungkin korek perspektif lain.boringlahhh.sume paper nak kuar.tv pun.bosan dowh bosan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.069897 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list