CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Yasmin Hani Jelas Isu Lukisan Di Perut

[Copy link]
Post time 19-9-2013 06:07 PM | Show all posts
betul lah kot..

dia teraniaya.. teraniaya oleh anak sedara sendiri

ok. pk positif lah ye.. ni pendapat aku

1) yg lukiskan tuh anak sdara pompuan dia.. meby photographer pon photographer pompuan.. meby time tuh ada laki die, photographer pompuan ank ank sdara pompuan dia..

2) ank sdara pompuan die meby tatau mak sdara dia yg urban vougue de vass ni sbenarnya nak wat pic tuh as personal collection je.. dia exited sgt2 nak tunjuk kt org hasil seni tgn dia... nak2 kt makcik retis... seni kat perut tuhh.. rare lah konon nyee..

3) yasmin pon meby ingtkan ank sdara die paham walopon x diberitahu... tup tup.. lain cite nyee... kalo aku jd ank sdaranya pon meby aku ingtkn makcik yasmin aku ni urban x kesah... lain lah makcik aku heliza helmi.. lain cite..

so, yasmin malu dan sedih gambar dia disebarkan...

gituh lah alkisahnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 06:18 PM | Show all posts
laki dia masih mantap
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 06:59 PM | Show all posts
buat2 cam xrela je retis ni..pdhal bangga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 07:18 PM | Show all posts
teringat wartawan zubir pernah kata..artis tu sendiri yang buka ruang utk digossip/dilahar....tinggal utk mengaku atau tidak je....so kesimpulan nye...pandai2 la jaga privacy masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot yer pun perlu ker nk tayang perut..biarlah org nak kata aku kekampungan Last edited by jejarihalus on 19-9-2013 07:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ejans posted on 19-9-2013 06:07 PM
betul lah kot..

dia teraniaya.. teraniaya oleh anak sedara sendiri

Gigih awak tulisan report ye ... Hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Exited baru naik pangkat ke adventurer rini. Kui3
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde sapa leh letak gmbr tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 09:17 PM | Show all posts
Tkmo sebar jgn buat.  
Pastu nk emo2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je lagi gambar tu kt google image. Gi la google!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 01:10 AM | Show all posts

Cian baby kt dlm pewot dia tu, mummy conteng2 bagai..

esok kuar Baby tu beristifar non-stop baghu Ko tau Yasmin Hani..

Budaya kokesen le Kunun...sorang lg retis ikut Fahaman Kokesen bagai..

yg Laki nyer tu diam jew jd Pak Turut..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 01:35 AM | Show all posts
patut die privatekan ajela gambar tu kalau xnak di kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 08:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 08:18 AM | Show all posts
anak sedara dia ni non muslim ke? tatau ke dia aurat makcik dia tu x patut dia pamerkan ke public?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 09:05 AM | Show all posts
gambar poghut pn jd hal?? kakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 09:10 AM | Show all posts
Soseh Soseh: Yasmin Hani perlu berhati-hati
Bagaimana foto peribadi boleh menjadi tidak peribadi? Itu persoalannya apabila gambar yang boleh mengundang kontroversi dan aib seseorang tersebar untuk tatapan umum.

SS percaya jika tidak pemilik foto yang memuat naik di Internet, pasti orang terdekat atau sekeliling mereka yang turut mempunyai koleksi gambar sama.
SS sangat yakin, sifat kurang sensitif dan kecuaian membuatkan ramai selebriti tempatan terperangkap dalam perbuatan diri sendiri.


Namun, SS percaya hal begini dapat dielakkan dari awal jika selebriti terbabit tidak menyerah diri dan membiarkan diri mereka dalam keadaan aib dirakamkan.




Bercakap mengenai kes Yasmin Hani yang membuat ‘kejutan’ apabila gambar yang menampakkan bahagian perutnya sedang hamil 32 minggu itu tersebar di Internet.
Yasmin yang membuatkan penjelasan berhubung perkara itu dalam portal hiburan mendakwa gambar itu hak milik peribadinya dan menafikan dia yang memuat naik gambar itu. Malah, SS perhatikan Yasmin seolah-olah menyalahkan pihak media pula yang didakwa mengaibkan dirinya apabila memperbesar-besarkan isu itu.

Saat gambar itu dimuat naik, yang memberikan komen terdiri daripada pengikut laman sosial Sebagai orang media, menilai komen sedemikian tentunya wartawan merasakan hal sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Justeru itu, menjadi petugas media dari meja hiburan membuat ‘follow up’ berhubung isu berkenaan.

Kalau hendak mengaibkan, wartawan tidak akan dapatkan kenyataan susulan. Biar perkara itu menjadi tanda tanya dan dia dikecam tanpa dibela.

Bagi SS, kalau dikira dari logik akal, perlukah Yasmin atau sesiapa saja yang rapat dengannya memuat naik gambar itu di Internet sedangkan mereka sendiri tahu kesannya jika ia tersebar. Sudahlah memaparkan sebahagian perutnya, bahagian dada juga terdedah.

Terfikir juga SS, kenapa gambar seperti itu mahu ditayang? Simpan sajalah untuk simpanan peribadi yang lebih selamat.

SS difahamkan, ketika di awal kehamilan dulu, Yasmin tidak mengaku dia sudah mengandung, malah pernah menuduh seorang wartawan mereka cerita apabila wartawan itu bertanya sama ada dia mengandung atau tidak.

Kini perutnya sudah besar, dia pula ghairah hendak tayang pada semua. Apapun, SS doakan semoga dia tabah dan melahirkan anak dengan selamat kelak. Semoga dia memperoleh anak yang sempurna, soleh dan solehah.


SS: Lebih berhati-hati dengan penggunaan laman sosial.


sumber= metro online
Last edited by miawpink on 20-9-2013 09:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2013 09:29 AM | Show all posts
Yasmin Hani teringin buat fotografi dalam air



BEBERAPA hari lalu di blog-blog dan laman sosial tersebar beberapa keping gambar pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris, Yasmin Hani yang mendedahkan lukisan pokok pada perutnya.

Akibat daripada penyebaran gambar tersebut, pelakon berusia 34 tahun yang kini sedang mengandung 32 minggu itu dikritik hebat oleh orang ramai.

Ada yang memberi komen geli melihat perut Hani dilukis sedemikian rupa.

Ada juga komen mengatakan dunia di akhir zaman apabila Hani berani bergambar dalam keadaan seperti itu dan yang paling teruk, ada yang menyifatkan perbuatan bakal ibu itu sebagai sesuatu yang menjijikkan.

Kesan daripada penyebaran dan komen-komen negatif itu, pelakon dan juga pengacara itu berasa sedih. Perasaan sedih dan terkilannya itu dikongsikannya bersama Kosmo!.

Kosmo!: Boleh Hani komen mengenai penyebaran gambar perut anda yang tertera lukisan pokok?

HANI: Sebenarnya ia adalah gambar fotografi mengandung yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi saya. Sejujurnya, bukan saya yang memuat naik gambar tersebut di Instagram.

Jadi, bagaimana gambar tersebut boleh tersebar?

Kalau boleh, saya tidak mahu soal ini diperbesar-besarkan lagi. Sebenarnya, anak saudara saya yang muat naik gambar itu di Instagramnya tetapi dia tidak berniat menyebarnya. Dia seorang pelukis yang telah melukis gambar tersebut di perut saya. Selepas menyedari gambar tersebut, saya telah menegurnya dan dia sudah memadamkan kesemua gambar-gambar itu. Namun, ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri gambar tersebut di Instagramnya lalu menyebarkannya di alam maya.

Apakah perasaan Hani selepas mendapat tahu mengenai penyebaran gambar tersebut?

Saya berasa sangat sedih dengan sikap orang yang cuba membuka aib orang lain. Barang siapa yang membuka aib orang lain nescaya Allah akan membalasnya. Orang yang tiada akal sahaja yang melakukan perbuatan tersebut.



Ada yang beranggapan untuk apa Hani melakukan fotografi seperti itu?

Sebagai seorang yang bakal menjadi ibu buat pertama kalinya, saya sangat gembira dan teruja untuk melakukan fotografi seperti itu. Ia adalah hak saya dan tiada kena-mengena dengan hidup orang lain. Kalau boleh, saya teringin hendak buat fotografi dalam air atau letakkan tanah liat di atas perut. Namun, saya tidak mahu terlalu teruja dan akhirnya cuma melakukan lukisan pokok di atas perut sahaja.

Apakah kata-kata yang boleh Hani sampaikan kepada pihak yang dapat akses gambar-gambar anda itu?

Sesiapa yang sudah berkongsi atau menyebarkan gambar tersebut tindakan mereka adalah salah. Saya akan mengambil tindakan. Bagi mereka yang dapat gambar tersebut, saya mohon agar tidak menyebarkannya lagi di laman sosial masing-masing. Begitu juga pihak media, saya berharap sangat supaya tidak memperbesar-besarkan isu ini.

Bagaimanakah penerimaan keluarga mengenai gambar tersebut?

Keluarga saya tiada masalah kerana ia adalah untuk simpanan peribadi sahaja.

Beralih pada soalan lain, bilakah Hani dijangka bersalin?

Sekarang kandungan saya sudah mencecah 32 minggu. Saya dijangka bersalin pada bulan November nanti.

Sudah tahu apakah jantina bayi tersebut dan sudah buat sebarang persiapan?

Kalau boleh, saya tidak mahu beritahu lebih lanjut mengenai kandungan saya. Mengenai persiapan, adalah sikit-sikit buat masa ini.

Apakah projek anda buat masa ini?

Buat masa ini saya berhenti berlakon seketika. Siapa mahu ambil ibu mengandung berlakon? Bagaimanapun, dalam masa terdekat ini saya akan terlibat dalam satu dokumentari khas tentang kehamilan. Ia adalah terbitan syarikat Blublack Production milik suami saya, Sha’arin Razali.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz2fONLtMR8
Hakcipta terpelihara



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 09:50 AM | Show all posts
salahkan anak sdara ko yg mmuatnaik kat IG.......prevention is better than cure!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:33 AM | Show all posts
cantik lukisan tu..perut dia pun tak pecah lagi..cuma nampak kat situ mcm bertindik ke??
apa pun benda da jadi..hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:52 AM | Show all posts
Yelah ..ko sorang je mengandung..org len xpenah ngandung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.065433 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list