CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haizaiza

[Penerbit] ** KAKI NOVEL **

  [Copy link]
Post time 1-1-2013 04:32 PM | Show all posts
sellie003 posted on 28-12-2012 09:35 AM
Saya baru2 ni beli novel ni...kebetulan ada jualan dekt pejabt saya sempena bulan bahasa... mmg ta ...

Bila beli novel sekali banyak...
pasti yang tidak berapa tebal menjadi pilihan dahulu;
yang tebal akan menjadi pilihan terakhir
kecuali ceritanya memang menarik dengan olahan yang baik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2013 10:36 PM | Show all posts
adalia posted on 27-12-2012 09:20 PM
Selesai baca lelaki versi dia-aireen aryanna..
Nk bg 3 setengah bintang...
Suka dgn penulisan di ...

kiter pung dah terbeli nobel nie dada....dgn cinta itu milikku
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 06:27 PM | Show all posts
ciksurie posted on 1-1-2013 10:36 PM
kiter pung dah terbeli nobel nie dada....dgn cinta itu milikku

Riri dh baca ke?bg dada novel tu best..kena ngan jiwa la..baca santai gitu
Cinta itu milikku dada x beli..sinopsis sepesen jer..yg lg sebuah tu tajuk andainya bukan untukku dada beli...tp malas nk komen..x masuk langsung dlm kepala..nyesal beli
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 09:24 AM | Show all posts
missdahlia posted on 12-12-2012 03:22 PM
bru lps bca cite sya dan syah
bg 3/5 je
lg ska novel dia yg 1 biarlah berlalu

aku lebih suka baca novel dia yg kedua dialah segalanya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 09:33 AM | Show all posts
adalia posted on 27-12-2012 09:20 PM
Selesai baca lelaki versi dia-aireen aryanna..
Nk bg 3 setengah bintang...
Suka dgn penulisan di ...

Yup...suka gak dgn garapan penulis ni, tak meleret yg penting tak tebal sangat, jalan cerita yg biasa tapi seronok membacanya.. tak guna kalu tebal tp isi entah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 08:25 PM | Show all posts
Nak tanya,
ada tak sesiapa yang tau pasal novel Kasih Vila Cinta-Haiza Najwa?
Novel ni ending dia tergantung kan? Ada sambungannya tak? Dah lama cari tapi tak jumpa2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
adalia posted on 27-12-2012 09:20 PM
Selesai baca lelaki versi dia-aireen aryanna..
Nk bg 3 setengah bintang...
Suka dgn penulisan di ...

Aku agak pening dgn buku ni
Selalu beli buku mmg takkan letak selagi habis baca
Tapi buku ni mcm takde tarikan sgt
Cerita dia okay tapi mungkin terasa semak dengan karekter si Win tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:40 AM | Show all posts


BUKAN BISIKAN - SHARINA ELISA
No. ISBN:- 978-967-5067-73-0
Jumlah muka surat:- 376
Harga Runcit:- S/M: RM18, S/S: RM21
Harga Ahli:- S/M: RM14, S/S: RM17

Sinopsis:-

Wujudkah cinta itu sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah fantasi dan imaginasi semata? Cinta buat dirinya merana tapi benarkah cinta itu hanya dusta? Benarkah cinta itu landasan bahagia andainya selimut cinta yang mengulit lena menjadi kelam bila diri dinodai kejam? Cinta dan sayang bertukar dendam? Kerana tiada lagi aset berharga, dirinya dipakai buang!

Mia Adyla terpenjara dalam ikatan sebuah perkahwinan yang bertunjangkan amarah mula lemas dan
hampir kalah.

“Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biar padan muka kau! Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri! Tapi ada satu pekerjaan untuk orang macam kau, p.e.l.a.c.u.r . Kau tahu, kan taraf kau sama?”

Dengan keberanian bersisa, dia tekad mahu melepaskan diri daripada kekejaman suami yang tidak tahu mengkaji situasi. Biarpun suami sendiri membenci, tingkah normalnya menyingkap tirai hati Aiman Haikal tanpa disedari.

Nekadnya Mia Adyla membawa diri ke luar negara dengan perut berisi nyawa manusia. Di sana, keselamatan dan kebajikannya dijaga oleh insan bernama Ikram Hafiz, seorang doktor yang dalam diam menaruh hati dengannya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Setelah lima tahun berada di Australia, dia bersama anak kembarnya kembali ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu. Aiman Haikal dan Ikram Hakimi bertemu secara tidak sengaja di pejabat Mia Adyla sekali gus memulakan titik perkenalan antara mereka. Persaingan secara sihat membawa kedua-dua jejaka itu kepada istilah persahabatan sebenar tanpa memungkiri janji mereka.

“Bagaimana mungkin kita memiliki perempuan yang sama?” – Aiman Haikal.

“Best man wins.” – Ikram Hafiz.

“Maksud kau?” – Aiman Haikal.

“Yelah, kau suka dia. Aku suka dia. Kau beri aku peluang. Aku bagi kau peluang. Kau berjaya dapatkan hati dia, dia milik kau. Aku berjaya, aku miliki dia.” – Ikram Hafiz.

Masih wujudkah istilah cinta sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah suatu bisikan?

“Bisikan cintamu menggetar nadiku, lalu kutitipkan kata cinta buatmu.”


KHILAF SEMALAM - FARRAH HANNA
No. ISBN:- 978-967-5067-99-0
Jumlah muka surat:- 616
Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24
Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20

Sinopsis:-

Demi menjaga maruah kedua-dua buah keluarga mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Mereka percaya itu bukan khilaf mereka tetapi sesuatu telah menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini, cuma mereka sendiri tidak pasti kenapa dan bagaimana ianya berlaku.

Liyana Balqis menjadi pesalah dan rela dihukum walaupun terpaksa. Hasbul Warits, sejak menjadi pesalah secara tidak sengaja dia terikat dengan Liyana Balqis dan berkongsi ibu dan ayah dengan gadis ini. Kehadiran sepasang kembar, Irfan dan Aulia menceriakan hidupnya. Liyana Balqis menjadi ibu muda yang terpaksa bersusah payah menjaga anak-anaknya sementara sang suami sibuk dengan pengajiannya. Mujurlah dengan bantuan ibu mertuanya, dia berjaya menjaga kedua-duanya.

Sehinggalah suatu masa, dia juga terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya demi cita-cita yang belum terlaksana. Dia juga mahu menjadi insan yang berjaya, walaupun berat hati meninggalkan si kecil dia tetap melangkah pergi.

Kemunculan Liyana Balqis sebagai salah seorang pelajar baru di tempat yang sama memberi ruang kepada dia dan suaminya bersatu kembali. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk bertemu. Ketika hari pendaftaran, Ziky yang merupakan sahabat Hasbul Warits sedang terpukau dengan gadis yang menyapa mereka. Diperkenalkan sebagai anak kepada guru sekolah Hasbul Warits, Liyana Balqis selesa begitu. Tidak seorang pun tahu apakah hubungan mereka berdua. Rahsia dijaga dengan rapi tanpa seorang pun menyedarinya, waima insan paling rapat dengan mereka sekalipun. Ziky juga selesa dengan pengakuan itu. Peluangnya cerah.

Selepas Salwa menyepi muncul pula pesaing baru, Ruby teman sekampus mereka menambahkan derita. Sejak hari pertama bertemu mata dengan gadis dari keluarga berada itu, Liyana Balqis tidak pernah senang dengannya.

Apakah yang menghidupkan api cemburunya? Mungkin keakraban Ruby dengan Hasbul Warits yang menjadikan dia seorang yang cemburu.

Walaupun dia tidak pernah mengaku gadis itu kekasihnya, tetapi kebanyakan masa dia habiskan bersama Ruby. Pada dia, Liyana Balqis mungkin tak tahu tetapi dia silap. Rupa-rupanya si isteri terlebih dahulu dapat menghidu perbuatan itu. Diam tak bermakna dia langsung tidak mengambil tahu aktiviti lelaki itu di belakangnya. Hasbul Warits tahu itu khilafnya, dia cuba untuk memenangi semula hati Liyana Balqis. Bagaimana?

Kecewa dengan apa yang sedang berlaku, Liyana Balqis menjadi keras hati namun hati perempuan seperti kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi, apabila dituangkan air lembut jua akhirnya. Demi anak-anak yang memerlukannya, dia perlu melakukan sesuatu. Berdegil tidak mendatangkan kebaikan langsung kepada dia dan anak-anak yang semakin membesar.

“Peluang tak diberi tapi dicari. Andai sangkar emas ini bukan lagi untukku, lepaskan aku. Aku ingin terbang. Aku ingin bebas.”

KASIHKU YANG SATU - SYANIA SHAA
No. ISBN:- 978-967-5067-75-4
Jumlah muka surat:- 1,128
Harga Runcit:- S/M: RM37, S/S: RM40
Harga Ahli:- S/M: RM33, S/S: RM36

Sinopsis:-

Perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga amat menyeksakan. Daniel Harith terpaksa kerana harta danDannia pula terpaksa kerana budi pada keluarga. Berat matamemandang, berat lagi bahu memikul. Namun, di sebalik perkahwinan yang disangka bahagia sebenarnya membawa duka kepada Dannia. Semua itu hanya dipendamkeseorangan. Semakin hari perangai Harith semakin melampau. Kerana satu kejadian yang melukakan hati, Dannia tega membawa diri membiarkan Harith terkapaikapai sendirian. Ketiadaan Dannia membuatkan dirinya digamit rindu yang mencengkam hati lelakinya.

Setelah bertahun Dannia kembali, dirinya ditemukan kembali dengan lelaki yang pernah menggores luka di hatinya. Sedaya upaya Dannia melarikan diri semakin dekat lelaki itu menghampiri. Sejauh mana pun dia melarikan diri namun ikatan antara mereka tersimpul mati. Setelah beberapa lama mencuba, gadis mana tidak cair dengan ayat-ayat manis, begitu juga dengan Dannia. Dirinya akur turut sama mencintai suaminya. Hubungan mereka kembali rapat.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan mereka kembali bergolak angkara orang ketiga yang begitu mendendami Dannia sejak dahulu.

Sekali lagi Dannia membawa diri kerana kecewa dengan perkahwinan kedua Daniel Harith. Kehamilannya dirahsiakan daripada suami, Harith pula tercari cari si isteri kerana ia hanyalah salah faham dan perangkap semata-mata.

Setelah hampir dua tahun menghilang Dannia pulang ke pangkuan keluarga dengan anak kecil. Daniel Harith yang berjaya menjejaki Dannia cuba mengadakan sebuah pertemuan dengan wanita kesayangannya. Berjayakah

Harith bertemu Dannia apabila orang ketiga mengadakan pelbagai fitnah demi menghalang mereka berdua bersatu kembali? Kuatkah Harith dan Dannia melawan dugaan yang kian mencabar mereka? Tabahkah Dannia mengharunginya?

“Sekali aku melafazkan cinta, selama itulah hatiku milikmu kerana kaulah Kasihku Yang Satu.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 12:48 PM | Show all posts
bilalah fasa citer kawin paksa ni nak habes?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:29 PM | Show all posts
Tiga2 buah kisah kawen ala2 paksa nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 11:41 PM | Show all posts
baru selesai lelaki versi dia.
boleh tahan karya penulis ni. karya pertama penuliskan.
cuma bosan dan slow sikit part aakif dan arwin asik bergaduh selepai kawen.

untuk, boleh dikatakan sweet. permulaan digambarkan masa zaman kanak2 dimana arwin asik mengejar aakif dan aakif sgt benci kt aakif. bab seterusnya cerita masa dewasa dimana aakif pulang ke mesia dan hilangan ingatan. dipaksa balik oleh mak dia dgn mengatakan dia ada tunang. jadi si arwin yg terpaksa jadi tunang olok2 aaktif. masa ni kisah mereka terbalik pula, dimana arwin yg rimas apabila aakif asik mengendeng arwin. apa permintaan arwin seperti potong rambut, buang tatu, tidak merokok semuanya aakif ikut. siap ajak kawin awal lg.

kemuncak cerita ni apabila diorg nak kawen. aakif telah dapat semula memori lama dia. jadi aakif nak batalkan dan arwin merayu supaya jgn batalkan. diorg kawen. pada permulaan diorg bahagia tapi lepas tu asik bergolak jer sebab salah faham. kt sini daku rasa slow sikit penceritaannya. penat sggh nak layan perangai si win tu. hehe.

pengakhiran yg baik. segala rahsia terbongkar. rupanya aakif memang suka kt arwin dr dulu lg. suka dgn ending dia, comel ku rasakan dimasa imbas kembali zaman kanak2. ditunjukkan ada juga respon baik aakif terhadap  arwin
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 04:41 PM | Show all posts
hijau88 posted on 22-12-2012 10:41 AM
aiks.engko ni penulis novel usd tu ke? kuikuikui.

hijau88 ... ayoo .. saya bukan penulis USD le ....
sy pembace biasa mcm u - eh sama ke?
ni cuma pendapat sy je - x de niat nk burukkn name penulis!
sy suke bace citer suraya, Fauziah ashari, Hlovate, Karya lepak, sarah marissa dn novel keluaran js!
sori to penulis usd! ape pon i dh beli usd & khatam 2 kali.
mase ni kawan-kawan pinjam.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 06:38 PM | Show all posts
mijot posted on 22-11-2012 11:04 PM
untuk aku senang cerita.
selera masing2. ada yang suka ada yg tak suka.
jadi sila terima pandangan ...

✌👍setuju dgn mijot! Thread ini utk sharing tentang novel yg kita bce..
Sharing is caring kan...↔💋💋💋💋
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 04:26 PM | Show all posts


JANGAN MERAJUK SAYANG - LYNN ALLYNA
No. ISBN:- 978-967-0448-21-3
Jumlah muka surat:- 592
Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24
Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20

Sinopsis:-
Siti Fatimah Adrianna. Namanya cantik. Orangnya
pun cantik tapi satu saja yang tak cantik. Panas baran. Kuat
merajuk pun ya juga. Sebab itu dia susah nak dapat jodoh.
Ada saja yang tak kena di matanya. Ramai yang mencuba
nasib. Semuanya ditolak mentah-mentah.

Ryzal Syahmi, si pencinta sejati. Hatinya pernah
kecewa. Disebabkan egonya, dia memerangkap Siti Fatimah
Adrianna menyebabkan wanita itu terpaksa bersetuju untuk
menjadi isterinya. Siti Fatimah tak mudah mengalah. Dia
akan buat Ryzal Syahmi menyesal dengan keputusannya.

Singa betina jumpa harimau jantan. Elok sangatlah.
Huru-hara rumah tangga mereka. Tapi demi menjaga hati
keluarga, mereka terpaksa bertahan. Ryzal sering buat Siti
Fatimah merajuk dan menangis. Tapi kemudian, dia sendiri
yang akan pujuk.

Membina rumah tangga tanpa rasa cinta bukan
semudah yang disangka. Hati Siti Fatimah pantas dicuri oleh
Khairul Anwar. Buat pertama kalinya, seorang lelaki berjaya
meleburkan hati batunya. Siti Fatimah terleka dengan cinta
pertamanya dan dalam masa yang sama, Ryzal sudah
merasakan ada cinta di hatinya buat Siti Fatimah.

Adakah Ryzal Syahmi berjaya mempertahankan
gelarannya sebagai suami Siti Fatimah Adrianna ataupun
wanita itu tetap memilih Khairul Anwar yang semakin dekat
di hatinya?

“Jangan pernah cuba untuk lepaskan... kerana aku
juga akan mengikat hatimu sekuatnya.”


SEGALANYA MUNGKIN - NIEYA JALIES
No. ISBN:- 978-967-0448-22-0
Jumlah muka surat:- 856
Harga Runcit:- S/M: RM28, S/S: RM31
Harga Ahli:- S/M: RM24, S/S: RM27

Sinopsis:-
Kerana kasihkan ayahnya, Mia sanggup mengorbankan perasaannya sendiri kerana ayahnya seorang yang telah membesarkannya. Bermula saat itu ‘pengembaraan’ Nur Mia dipenuhi liku-liku yang berduri.

Muaz Hasbi yang disangka dapat menumpang kasih, nyata tidak sudi menerima kehadirannya. Segala tohmahan dan cacian diterima dengan hati yang lara sehingga menjadikan dia seorang wanita yang cekal hati.

Apabila dua hati sudah mula bersatu, Nur Mia dihidangkan pula dengan babak kecurangan suaminya. Dengan langkah penuh kecewa, Nur Mia nekad meninggalkan suaminya.

Muaz Hasbi sedar yang dia amat memerlukan Nur Mia. Egonya dibuang jauh, pujuk rayu mulai mewarnai kehidupan dua insan ini.

Bahtera bahagia yang baru dilayari kembali dilanda angin kencang dengan hadirnya insan yang tidak pernah diharapkan lagi. Nur Mia semakin lena dengan janji-janji seorang ‘ibu fantasi’. Warith Fahmi pula semakin rancak membuai jiwa dengan angan-angan kosong rekaannya semata-mata.

Muaz Hasbi nekad mempertahankan rumah tangganya. Dia yakin masih ada sinar bahagia untuk rumah tangganya. Nur Mia juga mempunyai jiwa yang sama. Sejauh mana usaha Muaz Hasbi? Sedalam mana harapan Nur Mia?

“Kerana rindu itu aku setia... kerana kasih ini aku di sini... kerana sayang itu aku terluka... kerana cinta ini aku terus menanti.”
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 04:28 PM | Show all posts
xtau nape boring baca sinopsis dari kaki novel.xrasa nak beli pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 07:26 PM | Show all posts
kawin paksa lagi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 03:16 PM | Show all posts
latest novel fr KN Kau Yang Satu.

buku bole tahan tebal tp somehow i bagi 3.5 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 04:25 PM | Show all posts
nightwinkle posted on 19-2-2013 03:16 PM
latest novel fr KN Kau Yang Satu.

buku bole tahan tebal tp somehow i bagi 3.5 jer..

semalam sempat bace buku ni sat...
hanya baca part belakang jer..
tu pon dah hangin rasanya dengan watak hero tu..
sebabnya...

1.konon2 diperangkap kawin dengan athirah..tapi boleh pulak bertahan perkahwinan tu sampai setahun lebih...kalo dah x cinta dan mmg x pernah sentuh kan..ceraikan ajer..lgpon dah sah2 harith tahu athirah curang kat belakang dia...
tetap jugak nak pikul dosa, dah tahu athirah mengandung anak lelaki lain pon, macam tak heran je dan kalo x silap sampai ke akhirnya harith x ceraikan athirah. bahkan masa mak si harith halau athirah dan x benarkan athirah jejakkan kaki ke rumah dia, tetap harith merayu kat mak dia....

2. masa kat umah mak bapak si harith, masa athirah kenakan dania, si harith suami tercinta yg konon2 cinta gila & sayang sgt2 kat dania boleh pulak sebelahkan athirah..kalo betul sayang & cinta bukan itu caranya....

** kesimpulannya...iols x kan beli buku ni....dah ler mahal RM37...sib baik semalam pinjam hosmet punya. kalo beli sendiri mau meraung 3 hari 2 malam

** sekian, ulasan yang sedikit emo dari iols



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 09:16 AM | Show all posts
sape dh bc USD? best x?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:58 PM | Show all posts
tifa_leo posted on 21-2-2013 09:16 AM
sape dh bc USD? best x?

USD tu apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.070733 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list