CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JulietTheOrange

penyanyi wann..

[Copy link]
Post time 10-4-2009 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by robotech at 6-4-2009 17:22
Wan Rashidah bte Meor Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Wann merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Wann dilahirkan pada tahun 1970 di Kuala Kangsar, Perakdan dikurniakan dua orang anak i ...




suka lg lamunan hati n terlerai kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 08:55 AM | Show all posts
Ingat dia ni menyanyi suka meneran
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by danna09 at 18-1-2009 00:17
sapa2 yg lahir thn 80-an susah sket nk kenai wann..

dia nie mula pemes kalo x silap thn 1989...

masa mula2 nyanyi, dia di interview dlm rancangan Selamat Pagi Mesia thn yg sama kot..

na ...


irish pun lahir tahun 80 tp kenal jerk wann tu..teringat ms g umah org kawen org psg lagu wann ni... tp yg paling xleh lupa irish pernah  bercinta monyet dgn adik saudara dia.. .hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 09:40 AM | Show all posts
mybe dia dpt skill nyanyi meneran mcm tu ms dia  kena semelit kot... tu yg jd trademark dia..hehehehe..memang bilik termenung byk menolong kita dpt sumber inspirasi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:31 AM | Show all posts
Ingat dia ni menyanyi suka meneran
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:53 AM | Show all posts
AKU KALU G KARAOKE.. MESTI NYANYI LAGU DIA... BOSANOVA...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2009 11:21 AM | Show all posts
tempek ar gambar baru dia ni..
bleh gak kita tgk2
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:41 AM | Show all posts
lagu dia not bad... teringat ere 80ssssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 11:42 AM | Show all posts
veteren dah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 06:18 PM | Show all posts
suke dgn suara dia yg serak2 tak basah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:46 PM | Show all posts
check this out; berlambak lambak video wann

http://www.youtube.com/profile?user=stabillo28&view=videos
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 09:16 PM | Show all posts
SEKSI dan suka 'meneran'. Kalau ditanya siapakah empunya identiti itu - peminat seni suara pada era 1980-an sure tahu.

Hmm kira halal lah shin tepek cite Wann kat sini ek almaklum lah.. dia ni dah x aktif sangat dalam area seni suara tanah air kita.. Shin minat sangat kat Wann.. lain dari yang lain.. album dia ada gak shin beli.. huhuhu minat punya pasal la kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 09:26 PM | Show all posts
ya shin... i pun peminat wann dulu2. masa dia tgh top, i baru masuk sekolah menengah.... dia memang seksi... tp superb!!! sampai sekarang pun i masih minat kat dia....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 09:42 PM | Show all posts
hakeeya : iyo.. betul betul betul.. seksi x ingat 'tut'... huhuhu sib baik lawa orangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 10:09 AM | Show all posts
Wann bangga besarkan anak sendiri

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my


KELUARGA Bahagia... Wann (kanan) bersama suaminya, Thazah (dua dari kiri) dan anak-anak mereka (dari kiri) Mohd. Israfael dan Nastasha.

DI awal kemunculannya dalam bidang seni suara pada pertengahan 1989, ternyata dia mempunyai imej dan gaya yang tersendiri. Jika penyanyi lain muncul dengan suara lunak merdunya, tetapi kehadiran Wann dengan gaya seksinya dan suara 'meneran' mencetuskan kelainan dalam bidang seni suara era itu.

Masakan tidak, kerana suara 'keramatnya' itu, bukan sahaja album pertamanya Lamunan Terhenti mendapat sambutan hangat, sebaliknya, ke mana sahaja dia pergi, ada suara-suara nakal mengusiknya dengan panggilan 'Wan Teran'.

Bagi Wann, apa saja teguran atau label yangdiberikan padanya tidak langsung mengguris perasaan penyanyi yang memiliki nama sebenar Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 39.

Ini kerana keunikan suara itulah yang menjadikan Wan lain daripada penyanyi lain di Malaysia.

Ironinya, suara meneran Wann bukan sebarangan! Suara menerannya itulah yang dianggap para peminatnya amat seksi dan sedap didengar.

Dengan bakat yang dikurniakan oleh Ilahi itu juga, Wann sudah merakamkan lebih 10 buah album solo bersama syarikat rakaman Suara Cipta Sempurna (SCS). Bahkan, di zaman kegemilangannya, Wan Wann disenaraikan sebagai artis yang paling banyak mengadakan persembahan pentas.

Rezeki murah yang diperoleh Wann ketika itu juga sekali gus menjadikan dia mampu memandu kereta Mazda Eunos berharga lebih RM100,000 pada awal 1990-an.

Di sebalik imej seksinya juga, Wann sebetulnya boleh disifatkan sebagai satu-satunya artis wanita yang tidak pernah menjadi mangsa gosip liar khususnya berhubung atau skandal dengan VIP atau rakan artis!

Bagi Wan, kehadirannya dalam bidang seni suara bukan untuk mencari suami atau berskandal sana sini. Namun, yang penting dia mahu menyara keluarganya.

"Bukan saja Miss June (panggilan untuk ibunya, Junaidah Shaari) mengawal pergerakan Wann dengan ketat, Wann juga secara peribadi tidak gemar dengan cerita-cerita remeh-temeh itu.

"Wann menjadi penyanyi untuk menyara keluarga dan Alhamdulillah, hasrat Wann diberkati dan Wann bangga dapat menyara keluarga dan adik-adik," cerita anak sulung daripada tujuh beradik yang kini mnetap di Singapura di negara kelahiran suaminya.

Menyusuri kejayaan Wann dalam bidang seni, tidak boleh tidak nama ibunya, Miss June dipinggirkan.

Hubungan Wann dan Miss June bukan saja terikat dengan darah daging, sebaliknya, mereka berdua sudah seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.

Miss June bertanggungjawab terhadap jadual persembahan pentas dan yang tak pasti setiap undangan yang diterima tidak pernah dihampakan mereka.

Sementara itu, Miss June, 56, ketika ditemui tidak menafikan anaknya itu memang 'laris' ketika zaman kegemilangan dengan mendapat banyak undangan menyanyi.

"Dalam sebulan, Wann mendapat undangan menyanyi antara 20 hingga 25 show dengan kadar bayaran antara RM2,000 dan RM3,000 setiap satu show.

"Masa itu teman (panggilan ganti diri Miss June) tidak kisah. Bagi teman semua itu rezeki dan Wann juga tidak pernah mempersoalkannya kerana semua jadualnya dalam tangan teman.

"Ke mana sahaja show, teman terima dan yang penting teman sentiasa menemani Wan demi keselamatannya.

"Wann tak kisah masa itu kalau ada cakap-cakap belakang, teman kuat mengekor ke apa ke, yang penting Wann mahu keselamatannya terjamin dan tidak ada gosip tentangnya.

"Sebagai emak, teman bangga punya anak seperti Wann dan teman memang mahu pastikan anak teman selamat. Apa yang pasti setiap kali dinner show atau show yang eksklusif, Wann tidak pernah join makan dengan VIP setelah selesai buat show," kata Miss June pula yang ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Disebabkan terlalu banyak mengadakan persembahan pentas, pernah satu ketika Wann kehilangan ketika mahu menjayakan persembahan di Sarawak pada tahun 1990-an.

"Bayangkan dari satu show ke satu show, Wann tak cukup rehat. Semua show Miss June terima. Walaupun kadang-kadang Wan penat tap Wann mesti jaga nama baik Wann dan Miss June.

"Nak dijadikan cerita pada awal 1990-an, Wann diundang menyanyi di Sarawak dan sehari sebelum itu Wann ada show lain. Penatnya waktu itu, Tuhan saja yang tahu.

"Selepas naik kapal terbang, kami naik bot, kemudian naik sampan untuk ke tempat show. Akibatnya pada malam persembahan, Wann tak boleh menyanyi, suara hilang...mungkin terlalu letih," cerita Wann sambil ketawa apabila mengingatkan kisah yang perit dan melucukan itu.

Bagi Wann, walaupun peristiwa itu meninggalkan suatu kenangan pahit buatnya, tetapi kadangkala apabila dia duduk sendirian ia menimbulkan kelucuan di hatinya.

"Apabila ingat-ingatkan zaman dulu, Wann rasa rindu sangat nak menyanyi. Malah sampai saat ini sebenarnya Wann masih diundang menyanyi untuk dinner show (makan malam).

"Tetapi semua itu akan dipenuhi jika tidak mengganggu masa Wan dan anak-anak. Bagi Wann, dalam apa juga keadaan, suami dan anak-anak adalah keutamaan," cerita Wann.

Wann berkahwin dengan seorang kakitangan di bahagian satelit MediaCorp di Singapura, Thazah Hamzah, 46, pada tahun 1993.

Ketika menamatkan zaman bujangnya, nama Wann berada di puncak kegemilangan, namun Wan tidak pernah memikirkan itu semua.

Bagi Wann, dia sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan hidup berumah tangga yang telah dibinanya itu.

Kini setelah 16 tahun melayari hidup berumah tangga, pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohd. Israfael, 14, dan Natasha, 12.

Menurut Wann, selepas berkahwin dia masih memenuhi undangan menyanyi di Malaysia tetapi setelah melahirkan anak pertama penyanyi popular itu terus berhenti menyanyi.

"Wann tak mahu anak Wann dibesarkan oleh orang lain. Sebab itu, Wann sanggup berhenti menyanyi, apatah lagi apabila dapat anak kedua, semua undangan Wann tolak.

"Cuma selepas mereka besar, barulah Wann memenuhi undangan yang kebanyakannya di Johor Baharu dan Singapura," cerita Wann yang kini memegang sijil pemastautin tetap di negara jiran itu selepas melahirkan anak sulung.

Wann, yang pernah berlakon dalam filem Jaket Biru dan sebagai penyanyi dalam Pelumba Malam, selepas berkahwin pernah muncul dengan album Aku Dalam Teka-Teki. Album tersebut diedarkan oleh Rock Record.

"Itulah album terakhir Wann, selepas itu Wann tiada lagi sebab susah nak ikut promosi. Bagi Wann, sebagai artis kita harus memberi komitmen dengan jadual promosi yang ditetapkan kerana Wann tidak mahu mengecewakan mereka. Selepas itu, Wann terus lupakan bidang rakaman," kata Wann.

Biarpun kini hidup Wann jauh dari dunia glamor dan rakan-rakan artis, tetapi dia cukup bahagia dikeliling suami dan anak-anaknya.

"Bagi seorang wanita, kebahagiaan rumah tangga dan kasih sayang suami serta anak-anak adalah kebahagiaan total yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

"Wann tidak kisah tidak popular lagi. Tapi Wann cukup bangga dapat menghantar anak-anak ke sekolah dan melihat sendiri mereka membesar depan mata Wann," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.277930 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list