CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

All about Mat Rempit and Minah Rempit -

 Close [Copy link]
Post time 3-4-2007 03:39 PM | Show all posts

Reply #90 Anak_Nogori's post

alahai AN.... kenapa org politik nih mmg pandai betul nak cari alasan2 half-baked...salah syabu lar pulak..

apa salahnya just cakap jer "mmg patut kene hempuk ajer beruk2 nih"? i am sure the whole dewan akan bergegar dgn thumping standing ovation that the bapak minister will be tackling the issue effectively..

lagi mau pendekatan ihsan sana-sini approach....apsal tak di upah jerk datuk mahaguru pawang sedonia buat air penawar utk melembutkan hati rempit2 nih?;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


keptenmarbel This user has been deleted
Post time 3-4-2007 03:47 PM | Show all posts

Reply #90 Anak_Nogori's post

apa punya bangang ler jo 5 milion rggt man ni...x payah pekena syabu pun dh ganas dh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 05:23 PM | Show all posts
cuba kalo orang awam yang kena pukoi

dengan mat2 rempit nie .  tentu takda kecohkan .

paling2 tidak ponn depa polis2 akan gelak dekat balai .

-  aku rasa peristiwa ini ada hikmah sebaliknya ..    :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by kabukiman at 3-4-2007 03:39 PM
alahai AN.... kenapa org politik nih mmg pandai betul nak cari alasan2 half-baked...salah syabu lar pulak..

apa salahnya just cakap jer "mmg patut kene hempuk ajer beruk2 nih"? i am  ...


Ala kabu..kan dia kata mungkin..berlapik la tu.

Bukan tak boleh nak kata hempuk aje beruk2 ni..kang ada plak bangun hempuk2 meja kang..lain sakit lain plak yg menanah kang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 06:29 PM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 2-4-2007 05:43 PM
tahniah aku pada umno ..  


putera ameno ada mat rempit mereka, pemuda ameno ada pasukan gerak gempur mereka...kesemuanya penyangak-penyangak mengacau ketenteraman awam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 3-4-2007 05:23 PM
cuba kalo orang awam yang kena pukoi

dengan mat2 rempit nie .  tentu takda kecohkan .

paling2 tidak ponn depa polis2 akan gelak dekat balai .

-  aku rasa peristiwa ini ada hikmah seba ...


Kecoh gak dess..masuk tv 3..cari kat harakah tak jumpa la..harakah jual ubat tegang je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2007 04:46 PM | Show all posts
Mat rempit pukul polis ditahan
07-04-2007

BUKIT MERTAJAM:  Mat Rempit yang dipercayai memukul seorang anggota polis trafik hingga parah Ahad lepas ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Mohd Anil Shah Abdullah berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di Tasek Gelugor di sini pada 3.30 pagi tadi.

"Kita telah memerhatikan pergerakannya selama beberapa hari dan hasil siasatan ke atas beberapa Mat Rempit yang ditahan dalam Operasi Sapu semalam, kita berjaya menahan lelaki terbabit dalam rumahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad itu, korporal Othman Ismail, 45, cedera di kepala, muka dan tangan selepas dibaling dengan batu oleh kira-kira 200 orang Mat Rempit ketika membuat rondaan di Lebuh Raya Butterworth-Kulim dekat bulatan Seberang Jaya.

Othman bersama seorang lagi rakan yang menaiki kenderaan pacuan empat roda cuba menahan kumpulan lelaki terbabit dan salah seorang daripada mereka terjatuh dari motosikal.

Lelaki yang terjatuh itu kemudiannya menghentak kepala Othman dengan batu dari jarak dekat hingga menyebabkan anggota trafik tersebut rebah.

Mohd Anil Shah berkata, setelah ditahan lelaki menganggur itu mengakui perbuatannya memukul anggota polis berkenaan.

"Kita akan menahan reman lelaki itu dan dia akan didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh," kata beliau.

Katanya, dalam Operasi Sapu tersebut, polis juga menahan 15 lelaki dan dua daripada mereka akan ditahan reman untuk membantu siasatan mengenai pengedaran dadah.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya setelah polis menemui dadah jenis pil khayal dan heroin pada mereka.

"Dalam Ops itu juga, polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikehendaki dan dipercayai menjadi Ah Long setelah terdapat aduan bahawa dia mengutip hutang dengan menggunakan kekerasan," kata Mohd Anil Shah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 07:53 PM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 3-4-2007 05:23 PM
cuba kalo orang awam yang kena pukoi

dengan mat2 rempit nie .  tentu takda kecohkan .

paling2 tidak ponn depa polis2 akan gelak dekat balai .

-  aku rasa peristiwa ini ada hikmah seba ...


lor..

mat rempit gasak polis pun polis gak yang salah?

agak-agak ler wey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 08:48 PM | Show all posts
...heheh...Ipoh pnya mat rempit pun bleh tahan ganaz...suka ati makbapak deme jer....lelagi kat Pdg Polo(port hinggap deme wat prangai baboon) ...takat polis....letih dah. Penadapat paling bangang teman ler...kasi turun 3-4 trak bbudak [email=Renjer..@Askar]Renjer..@Askar[/email] Melayu ...rentap 1 kali....kalu tidak,...memang deme x tau apa itu [email=sopan...adab...@...undang2]sopan...adab...@...undang2[/email].
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 07:09 PM | Show all posts
Polis patah kaki dirempuh siswa Mat Rempit
21-04-2007
  
KUALA TERENGGANU:  Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) patah kaki kirinya setelah dirempuh oleh seorang mat rempit yang dipercayai cuba melarikan diri dalam operasi cegah lumba haram di Jalan Sultan Mahmud berhampiran pintu gerbang Istana Nur Nadhiran di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 malam itu, mangsa Konstabel Mohd Rizal Manan, 24, dari Batalion ke-9 (PGA), Kubang Badak, dekat sini, turut mengalami kecederaan di muka termasuk dan lebam mata kanan serta mengalami darah beku di bahagian belakang kepala akibat terhantuk di pembahagi jalan.

Mohd Rizal ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, semasa kejadian beliau bersama 15 anggota PGA lain sedang membantu sepasukan enam anggota polis trafik termasuk dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu menjalankan operasi itu apabila dirempuh oleh sebuah motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan.

"Ketika itu saya berada 100 meter dari sekatan jalan raya dan diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menahan mana-mana motosikal yang cuba melarikan diri dari sekatan tersebut.

"Tibatiba saya ternampak sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berpatah balik dan meluru melawan arus," katanya.

Mohd Rizal berkata, penunggang itu cuba mengelak daripada melanggar rakan setugasnya dan sebaliknya merempuhnya di tepi jalan menyebabkan beliau terjatuh dan kepalanya terhentak di pembahagi jalan.

Beliau yang pengsan serta penunggang yang turut cedera dikejarkan ke HSNZ yang tidak jauh dari tempat kejadian.

Mangsa yang telah bertugas lebih tiga tahun sebagai anggota PGA di Kubang Badak itu dijadualkan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di kepalanya minggu depan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Manan Alwi berkata, penunggang motosikal berusia 19 tahun itu adalah pelajar sebuah institusi pengajian awam di Dungun.

Katanya, remaja itu yang hanya mempunyai lesen L dan motosikalnya tanpa cukai jalan yang sah telah dilepaskan sebaik saja diambil keterangan untuk tujuan siasatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 08:07 PM | Show all posts
selagi polis tak di beri kuasa dan kelengkapan yand sesuai tuk tangkap mat rempit selagi itu mat rempit pijak2 kepala diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 12:38 AM | Show all posts
Originally posted by Periuk_api1209 at 21-4-2007 08:07 PM
selagi polis tak di beri kuasa dan kelengkapan yand sesuai tuk tangkap mat rempit selagi itu mat rempit pijak2 kepala diorang...


.....ada,FRU ngam2 fitt dgn sgala aksesori utk tempur & bantai mat2 rempit kuang ajor.....tp mesti jd isu plak...maklum ler...mat2 rempit majoritii under 21.  Heheheheh....so,manja&brtambah manja le deme. Malaysia Manja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by kuda-liar at 22-4-2007 12:38 AM


.....ada,FRU ngam2 fitt dgn sgala aksesori utk tempur & bantai mat2 rempit kuang ajor.....tp mesti jd isu plak...maklum ler...mat2 rempit majoritii under 21.  Heheheheh....so,manja&br ...


ko jangan usik ..

-   marah umno nanti ..   




Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 05:46 PM | Show all posts
aku pun nak tgk sampai mane KPN boleh bersabar dgn mat rempit ni..
nak tunggu sampai kejadian yg mcm mane baru boleh polis bertindak tegas dgn species celaka ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 11:55 AM | Show all posts
Deruman Minah Rempit
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: Segelintir gadis sanggup memperjudikan nyawa untuk bergelar Minah Rempit semata-mata mahu membuktikan kehebatan masing-masing memecut motosikal sambil melakukan pelbagai aksi berani mati.


Semakin ramai gadis seperti itu, terutama lepasan sekolah berani menempah maut dengan melakukan aksi 憌heelie
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 12:18 PM | Show all posts

Reply #106 dexa's post

hehehe....
idup putera umno....

:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2007 12:44 PM | Show all posts
Lelaki bole kenapa pompuan tak boleh?

...ahak...

Maju setapak lagi

Orang Melayu


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 12:49 PM | Show all posts
minah rempit?kasik sunat sekali lagi diam lah tu!
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #13 tyrande_81's post

aku x rasa camtu la...
x semua pun...
aku yg dr lahir sampai tua duk penang pung x penah buat n jarang jumpa kes camtu....
slalu yg aku dgr suma settle elok2....
kalu x leh settle suma balai crita.....
yg ko dgr tu kes terpencil je la....
ko x leh anggap org penang je camtu......
kat negeri lain pun sama gak......
harap maklum....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 10:07 AM | Show all posts
satu soalan cepu emas. Kenapa golongan mat rempit dan minah rempit nie boleh dikatakan 99.99% Melayu? heran ...bangsa lain kat malaysia nie tak ada motor ke? semua naik LRT, bas ,  ka apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.439034 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list