CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadrizman

About budget 2008 - [merged: everyone] - P10

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2007 04:39 PM | Show all posts
update la sikit wehhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 04:40 PM | Show all posts
yang tak berkaitan ngan sy idak le sy rajin nak update..ihiksss
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:40 PM | Show all posts
nak tengok online tak leh ke...semua website aku bukak tak leh...selain website di bawah ni...ada tak yg lain...

www.wwitv.com
www.sopcast.com
www.um.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:41 PM | Show all posts
guru guru pencen boleh digunakan khidmat mereka untuk mengajar guru pelatih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:42 PM | Show all posts
Betul ke yuran sekolah dimansuhkan.  Kalau betul alhamdullilah:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:42 PM | Show all posts
studen oversea dpat kenaikan sarahidup 97%.. US, UK .. yang lain tu dah naik dah dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2007 04:42 PM | Show all posts
elaun saraan hidup pelajar di luar negara dinaikkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:43 PM | Show all posts
betul..la ni kiranya semua free la yuran peksa pun dimansuhkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 04:44 PM | Show all posts
aku risau betul la dengar paklah batukk.. takut rebah jerr..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by kabukiman at 7-9-2007 09:08 AM


got arrr? for sure arr ini economist yg terpelajar?

basic econs: the property sector is the most unproductive sector.

some more buat claim kata property sector has the highest multiplie ...



betui la kot kabu....member sebelah ni benti jadi remisier sbb buat jual beli hartanah.....dia kata byk masyukkkkkk........

rasanyer bidang property ni byk di'konker' dek kaum cina....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:46 PM | Show all posts
Intipati Bajet (Am)


* Tempoh pembayaran balik cukai pendapatan dipendekkan dari enam bulan ke 14 hingga 30 hari bagi penghantaran menerusi sistem e-filing.

* Pendaftaran perniagaan baru diluluskan dengan serta merta berbanding tiga hari sebelum ini.

* Tempoh kelulusan Laporan Penilian Impak Alam Sekitar dipercepatkan dari tiga bulan ke lima minggu.

* Mulai 1 Jan 2008, taksiran duti setem urusan pindah milik hartanah boleh dibuat berdasarkan penilaian pihak swasta bagi memastikan proses pindah milik boleh diteruskan sementara menunggu penilian muktamad Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

* Mulai 1 Jan 2008 Jabatan Kastam akan menggabungkan 16 borang kastam kepada empat borang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:48 PM | Show all posts
Abdullah Umum Bajet Pemurah Untuk Semua Golongan


KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bajet 2008 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dianggap bajet yang pemurah kerana menawarkan pelbagai "habuan" kepada semua golongan rakyat Malaysia, daripada kanak-kanak tadika, kakitangan awam dan ahli perniagaan hinggalah ke warga emas.

Sejumlah RM176.9 bilion yang diperuntukkan bagi Bajet 2008, iaitu 10.9 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan tahun 2007, disifatkan sebagai antara bajet paling pemurah dengan tumpuan diberi kepada tiga strategi utama -- mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Bajet 2008, yang dibentangkan hanya seminggu selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50, turut menangani soal kenaikan kos sara hidup rakyat menerusi penambahan pendapatan boleh guna rakyat.

"Dalam kita menyusun langkah untuk 50 tahun seterusnya, adalah penting untuk kita memanfaatkan sepenuhnya kepelbagaian yang wujud di negara kita untuk terus dibina satu kekuatan agar kita teguh bersatu bergerak mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2008 di Dewan Rakyat di sini.

Bertemakan "Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran", bajet itu juga turut memberikan penekanan penting kepada pembangunan infrastruktur terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Bajet 2008 turut menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif untuk sektor swasta bagi memastikan cukai korporat terus kompetitif.

Untuk menjadikan pentadbiran cukai korporat lebih cekap dan mudah, Kerajaan akan melaksanakan sistem cukai "single-tier", berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2008, di mana keuntungan hanya dikenakan cukai di peringkat syarikat, manakala dividen yang diterima dikecualikan daripada cukai.

"Pengurangan dalam cukai korporat (kerajaan dalam Bajet 2007 mengumumkan pengurangan cukai korporat daripada 28 peratus kepada 27 peratus pada 2007, 26 peratus pada 2008 dan 25 peratus pada 2009) dan dengan pengenalan sistem 'single-tier', lebih banyak dividen dapat diagihkan kepada pemegang saham," kata Abdullah.

Perdana Menteri turut mengumumkan pelbagai langkah yang akan dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dalam usaha untuk memastikan persekitaran yang kondusif bagi menarik pelaburan swasta.

Untuk menarik modal insan yang berkualiti, terutamanya golongan profesional dan berkemahiran, kerajaan akan menggalak dan memudahkan kemasukan pekerja asing berkemahiran yang akan menambah nilai kepada ekonomi negara.

-- LAGI
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:49 PM | Show all posts
paklah ni terbatuk2....alamat lama la nk abis bajet....mau sampai mahgrib nih......

kang tetinggai solat Asar.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:50 PM | Show all posts
rumah kos rendah dan sederhana akan diperbanyakkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:51 PM | Show all posts
dia mesti break jap untuk solat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:52 PM | Show all posts
pencarum kwsp boleh keluar duit setiap bulan untuk kurangkan baki pinjaman perumahan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 04:53 PM | Show all posts
llaaa.. paklah asyik batuk jer... sian pulak...

tgh musim batuk sekarang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:53 PM | Show all posts

Reply #54 maRgeRin's post

uiiii, bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:54 PM | Show all posts
pencarum kwsp dibenarkan mengeluar wang akaun II setiap bulan untuk byr rumah
berkuat kuasa 1hb jan 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 04:54 PM | Show all posts
Intipati Bajet 2008
07-09-2007 04:39:18 PM  
Intipati Bajet 2008

* Sistem cukai pendapatan satu peringkat dicadang diperkenalkan mulai 2008 bagi meningkatkan kecekapan dan memudahkan pentadbiran cukai korporat.

* Menerusi sistem cukai satu peringkat, keuntungan hanya dikenakan cukai di peringkat syarikat dan dividen yang diterima dikecualikan cukai.

* Tempoh peralihan enam tahun akan diberikan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem cukai satu peringkat.

* Penguragan lanjut cukai korporat sebanyak 25 peratus akan dilaksanakan pada 2009. Cukai Korporat pada 2008 ialah 26 peratus.

* Pengecualian cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan syarikat senarai awam (PLC) akan dilanjutkan hingga 31 Disember, 2010.

* Lebih 1,000 vendor Petronas diminta bergabung supaya lebih kompetitif di peringkat global. Pengecualian duti setem akan diberi atas semua instrumen berkaitan penggabungan vendor-vendor yang dilaksanakankan sebelum 31 Disember, 2010.

* Pemilikan syarikat pengurusan dana dan syarikat pengurusan REIT dibenarkan sehingga 70 peratus, dengan baki pemilikan minimum 30 peratus di kalangan Bumiputera kekal.

* Kadar komisyen bagi dagangan Internet dan transaksi tunai pendahuluan boleh dirundingkan sepenuhnya bagi mengurangkan kos transaksi dalam perkongsian pelaburan oleh pelabur runcit.

* Yuran penjelasan akan dikurangkan kepada 0.03 peratus daripada 0.04 peratus, dengan yuran maksimum RM1,000.

* Caj minima bagi transaksi pembrokeran ditetapkan pada kadar RM40.

* Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh syarikat syarikat pengurusan dana Islam.

* Membenarkan keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar negara

* Pengecualian cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiyai syarikat pengurusan dana atas semua yuran yang diterima berhubung aktiviti pengurusan dana Islam.

* Bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.

* Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di Timur tengah.

* Bagi mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan, termasuk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.

* Syarikat Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

* Pengecualian duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.

* Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

* Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan di WPI. ---LAGI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199963 Replies : 4698
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11291 Replies : 185
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11889 Replies : 12
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074926 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list