CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

Syanie & Nadi Putera bertunang

[Copy link]
Post time 26-8-2013 11:14 PM | Show all posts
Moga ke jinjang plamin la yer..and after kawin kekal ke akhir hayat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2013 11:31 PM | Show all posts
semoga jodoh berkekalan hingga ke jinjang pelamin....amin!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:04 AM | Show all posts
moga cepat2 kawen...dn berbahagia la hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:11 AM | Show all posts
cicicumel posted on 26-8-2013 11:39 AM
Muat ke sheols nak duduk seat kapal terbang?

xbaiknya ayat uols nih...mayb uols xpnh naik flight kot...iols pn lg beso dr syanie...muat jer...stakat nih xtercabut la lg seat dlm flight tuh iols naik


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:33 AM | Show all posts
SEMOGA BERBAHAGIA DAN CPT2 NAIK PELAMIN SYANIE...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
not bad taste syanie hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2013 01:10 AM | Show all posts
stok paan ke ni, keje dgn syanie
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 01:15 AM | Show all posts
tunang dia tengok syanie nampak wang besar tengah bergerak2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
selamat bertunang syanie

my my .. tunangnye 20an.. wow.. good catch gurl
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 07:12 AM | Show all posts
kakakmanis posted on 26-8-2013 10:47 PM
dia pun nk merasa jugak. asek pompuan je yg dpt cincin mana aci.

syanie ni mak ayah org kelantan, so dia ikut adat kelantan tu. kami orang kelantan bertunang, lelaki akan dapat cincin tunang dan biasanya disarungkan oleh ayah pihak perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 07:30 AM | Show all posts
311gurl posted on 26-8-2013 10:07 PM
syanie yg chubby dan bambam ni pun dh bertunang..
linda onn bila lagi?

statement uols tak menahan, tumpah kuah asam pedas linda onn okeh hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 08:57 AM | Show all posts

KEGAGALAN dalam perkahwinan pertama tidak bermakna pelakon Syanie Hisham enggan lagi mendirikan rumah tangga. Ternyata, kehadiran lelaki yang bernama Nadi Putera Mohd. Zainol berhasil mengisi kekosongan hatinya.

Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Syanie, sebelum kata putus dibuat untuk menerima lamaran Nadi, dia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan.

“Pertama sekali, saya membuat perbincangan dengan ibu serta adik perempuan mengenai hasrat kami ini. Banyak perkara yang kami bincangkan seperti pertimbangan terhadap keputusan yang akan dibuat.

“Lagipun, perkahwinan bukanlah suatu perkara suka-suka dan kami sekeluarga memang mengambil serius mengenainya.

“Sekiranya saya dan Nadi ditakdirkan berkahwin, sudah tentu saya mengharapkan sebuah hubungan yang kekal sehingga akhir hayat,” ujarnya.

Apabila ditanya tentang hasratnya yang mahu kembali mendirikan rumah tangga setelah 11 tahun bergelar janda, pelakon tersebut meluahkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia memiliki teman hidup.

“Setiap wanita pastinya mempunyai keinginan memiliki seorang suami yang sentiasa berada di sisi. Lagipun, keputusan yang dibuat ini merupakan gerak hati dan yakin Nadi merupakan pilihan yang tepat,” luahnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka berdua sehinggalah mengikat tali pertunangan, Syanie menyatakan bahawa semuanya terjadi secara kebetulan.

Ujarnya, mereka sebenarnya sudah lama mengenali diri masing-masing apabila Nadi bekerja dengan syarikat milik keluarganya kira-kira tujuh tahun lalu.

Setelah berhenti kerja, saya dapat tahu Nadi telah mendirikan rumah tangga tetapi hubungan kami masih lagi kekal sebagai teman biasa sehinggalah dia bercerai dengan bekas isterinya itu.

“Walaupun sudah jarang bersua muka kami tetap lagi bertanya khabar.

“Kemudian, hubungan kami mula menjadi rapat apabila sama-sama pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan,” jelasnya.

Cerita Syanie lagi, sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah, mereka berbual pelbagai perkara sehinggalah membabitkan hala tuju dan perhubungan bersama.

“Setelah masing-masing meluahkan perasaan dari hati ke hati, sebulan kemudian kami mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih,” ujarnya.

Berkenaan dengan pemilihan 1 Mac 2014 sebagai hari perkahwinan mereka, Syanie memberitahu bahawa tiada sebarang yang istimewa berkenaan tarikh tersebut.

Menurutnya, tarikh berkenaan dipilih kerana dia dan Nadi sepakat untuk tidak mahu mengadakan upacara perkahwinan ketika musim cuti persekolahan.

“Selain itu, kami memang enggan bertunang dalam tempoh yang lama dan ia merupakan kehendak bapa Nadi sendiri yang mahu ia diadakan secepat mungkin.

“Saya fikir elok juga kalau kami tidak bertunang lama-lama. Lagipun, kalau sudah bertunang ini memang banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi nanti.

Mama Syanie

Berbanding Syanie yang tidak dikurniakan cahaya mata ketika perkahwinan terdahulu, Nadi pula mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4.

Menurut Syanie, setakat ini hubungannya dengan kedua-dua anak tunangnya itu cukup baik terutama sekali dengan Dafiq yang menetap dengan bapanya.

“Anak sulung Nadi iaitu Danish kini tinggal bersama bekas isterinya dan kami cuma sempat berjumpa sekali sahaja manakala Dafiq pula menetap bersama ayahnya.

“Jadi, saya dan Dafiq memang selalu berjumpa, terutamanya kalau saya dan Nadi keluar bersama. Malah, dia juga memanggil saya dengan panggilan Mama Syanie,” ujarnya.

Mengenai harapannya selepas selamat bergelar isteri Nadi kelak, Syanie memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat.




sesuai lah berdua. sama2 pernah berkahwin sebelum ni.




Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:07 AM | Show all posts
tahniah syanie....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:24 AM | Show all posts
kakakmanis posted on 26-8-2013 10:45 PM
chef zam ke mksud uols? kalo chef zam tu, dia jaga mkn jugak kan. dia ngaku dia tak mkn ns lngsung ...

Mmg kena diet gak ey...bkn bypass tu buatkan diaorg mmg xleh mkn byk. Syanie mmg kena kurang skit...bkn sbb nak kawen semata tp kesihatan tu...aku ada gak kwn dulu, kuat sgt mkn...mmg beso la..dok ckp ok je xde penyakit, sbb time checkup kebetulan dia xde apa2..yg kurus lak ada penyakit tup2 baru umur 30...kaki dah bengkak teruk smp kena operate. Ish seksa dgn badan camtu..jln x bole
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 10:01 AM | Show all posts
congrats Syanie!
suke tgk Syanie dlm masterchef
untung la tunang die dpt bakal isteri pandai masak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 10:09 AM | Show all posts
rajoli posted on 27-8-2013 01:15 AM
tunang dia tengok syanie nampak wang besar tengah bergerak2...

tak baik uols cakap camtu...moga dia btul2 iklas n moga syanie bahagia..aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 10:32 AM | Show all posts
semoga berhubungan ini diberkati dah dirahmati... Aminnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 10:41 AM | Show all posts
Selamat bertunang...tahniah Syanie!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:45 PM | Show all posts
untung la dpt kawen lg..

tahniah syanie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.072902 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list