CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15842|Reply: 249

[Tempatan] 'Bukan tak mahu, tapi tak mampu'

[Copy link]
Post time 22-11-2016 08:57 AM | Show all posts |Read mode
'Bukan tak mahu, tapi tak mampu'










BAYI yang ditemui di dalam kotak yang ditinggalkan bersama nota. FOTO ihsan AJK Masjid Al-Hidayah










Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]



Kuala Lumpur: Bayi lelaki baru dilahirkan yang diletakkan di dalam kotak ditemui di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, kira-kira 7 malam tadi.
Difahamkan, bayi yang ditemui berselimut di dalam kotak itu ditinggalkan bersama sekeping nota dipercayai daripada ibunya.

Selain itu, satu anak patung turut ditinggalkan bersama bayi itu.
Menurut nota yang ditinggalkan, si ibu berkata, tindakannya itu bukanlah disebabkan tidak mahu bayi berkenaan namun dia tidak mampu untuk menjaganya.
"Assalamualaikum, jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. InsyaAllah jika punya jodoh kita akan berjumpa. I love you," katanya dalam nota tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan.
Penemuan bayi terbabit tersebar meluas di laman sosial sejak beberapa jam lalu.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 1:01 AM

harian metro

rase2 anak indon kot........




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 09:01 AM | Show all posts
I tengok pic baby ni yang tak blur. Comel sangat2! Semoga membesar dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya lahai budak tu. Baju pun tak ada. Semoga dilindungi. Sedihnya tengok. Dah buang nak jumpa pulak. Ayoyoyo
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun ko tak mampu,  belikan la baju untuk anak ko. Banyak je baju baby murah2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
comeiiii....iol dh lama teringin nak baby boy,tapi iol sendiri pun tak mampu nak besarkan budak

semoga budak ni dibesarkan dengan penuh kasih sayang hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak mampu kenapa buat anak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2016 09:07 AM | Show all posts
Ya Allah. Semoga bayi ni ditemukan dengan keluarga yg memerlukan dan mampu memberikan kasih sayang kepadanya seumur hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2016 09:10 AM | Show all posts
gagakbiru replied at 22-11-2016 09:06 AM
Dah tak mampu kenapa buat anak?

ni kes terbabas lh xsempat nk angkat handbrek bang oii.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 09:10 AM | Show all posts
hanya mampu mengangkang sj ..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:12 AM | Show all posts
gagakbiru replied at 22-11-2016 09:06 AM
Dah tak mampu kenapa buat anak?

buat anak free je....semua dah ada dlm badan cuma perlukan cantuman je....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:13 AM | Show all posts
chazey replied at 22-11-2016 09:03 AM
Kot ye pun ko tak mampu,  belikan la baju untuk anak ko. Banyak je baju baby murah2.

mmg x mampu sgtlah tu. baju baby pun x mampu nak beli.

ish !!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:14 AM | Show all posts
krustykrab replied at 22-11-2016 09:12 AM
buat anak free je....semua dah ada dlm badan cuma perlukan cantuman je....

x pernah rasa. maksud aku....kalolah lepas nie dia dah mampu. tp x boleh beranak2 lagi. aaa....nak wat camna tu?

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:15 AM | Show all posts
gagakbiru replied at 22-11-2016 09:06 AM
Dah tak mampu kenapa buat anak?

dah tuhan nak bagi. nak wat camna?
haha...kalo dia jawab mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:17 AM | Show all posts
siapa suruh buat anak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:18 AM | Show all posts
kesiannya baby tu..
maybe da terpaksa sgt si ibu bertindak mcam ni
tp apa2 tindakan prempuan jugak yg org nak salahkan....
org lelaki...aman2 jerk jd lelaki x berguna



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpela,mujur dia letak dlm kotak kat tmpt org senang jumpa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 09:20 AM | Show all posts
Sedihnyaaa. Menitik juga air mata ku pagi2 selasa ni. Semoga keluarga yang menjaga baby ni akan memeberi kasih sayang unutuk si comel.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:26 AM | Show all posts
mujur dia tak pam anak tu dlm toilet..campak kat tong sampah atau dibenam dlm air..
kesian baby tu.. hrp2 dipelihara oleh org yg baik2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:34 AM | Show all posts
kesian.... moga ade yang pelihara anak ni sebaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:35 AM | Show all posts
bagi aku, dia letak anak dia dalam kotak kat masjid instead of dalam tong sampah atau dalam sungai, dah syukur sangat la. maksudnya memang dia nak orang jumpa baby dia. entah2 pas dia letak tu, dia dok tunggu kat sekitar tu sampailah ada orang jumpa baby, baru dia blah. soal nape dia mampu buat anak, nak beli baju bagai, soal tanggungjawab ke pe, tu dia yg jawab sendiri nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.479209 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list