CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3437|Reply: 1

Makan Abu Mayat, Ini Adalah Tradisi Pengebumian Suku Yanomami

[Copy link]
Post time 2-6-2021 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Makan Abu Mayat, Ini Adalah Tradisi Pengebumian Suku Yanomami



Suku Yanomami merupakan kumpulan etnik orang Asli seramai 35,000 orang yang menetap di perhutanan Amazon di sempadan antara Venezuela dan Brazil.

Perhutanan itu merupakan lokasi utama suku kaum ini untuk menetap, berkumpul dan juga mencari makanan.

Bagi mengelakkan sumber-sumber makanan di tempat tersebut kehabisan, mereka hidup secara nomad dan sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Suku Yanomami ini juga tidak mempercayai bahawa kematian adalah sesuatu kejadian semulajadi atau perkara yang normal.

Mereka mempercayai bahawa kematian itu adalah salah satu bala atau terdapat kuasa jahat yang dihantar daripada suku yang lain.

Mereka merasakan penting untuk melindungi roh-roh setelah mereka mati dan membantu mereka mencapai ketenangan di dunia roh.

Suku Yanomami ini juga dilarang untuk memburu sesetengah jenis burung kerana roh dipercayai akan terperangkap dalam jasad dan tidak akan memperoleh ketenangan selepas mereka mati.

Mereka juga mengamalkan ritual pengebumian yang tertentu kerana mereka menganggap roh si mati tidak akan sampai ke dunia roh lain sehingga mereka hilang sepenuhnya dari dunia.

Orang yang telah mati tidak akan ditanam kerana proses pengebumian dan juga penguraian mayat mengambil jangka masa yang panjang dan memilih untuk melakukan ritual pembakaran mayat.

Apabila seseorang meninggal dunia, mereka akan menutup badan mayat dengan dedaunan dan meninggalkan mayat tersebut di dalam hutan selama 30 hingga 45 hari.

Kemudian, mereka akan mengambil semua rangka tulang mayat tersebut untuk dibakar. Ketika proses pembakaran mayat, penduduk kampung akan meraung dan menyanyi.

Selepas mayat dibakar, sisa abu mayat akan dikumpul dan dimasak sup.

Suku Yanomami mengamalkan endokanibalisme yang bermaksud mereka mempraktikkan kanibalisme dalam kalangan suku kaum mereka yang tersendiri sahaja.

Mereka menganggap bahawa dengan memakan abu si mati, ianya akan menghidupkan roh sehingga ke generasi akan datang.

Sup tersebut akan dicampurkan dengan pisang yang telah ditapai dan kemudiannya dimakan bersama seluruh komuniti suku tersebut.

Jika pihak musuh suku lain membunuh salah satu ahli suku mereka, mayat tersebut akan disimpan sehingga mereka dapat membalas dendam kepada pihak lawan.

Mereka enggan memakan sup tersebut sehingga mereka berjaya membalas dendam dan apabila tibanya malam pembalasan dendam, hanya para wanita sahaja yang akan memakan sup tersebut.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2021 11:05 AM | Show all posts
gelinya makan sup sisa abu mayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.103672 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list