CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26282|Reply: 83

Ngah Ibrahim Bin Long Jaafar

[Copy link]
Post time 21-8-2006 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Jenazah 2 wira Melayu tentang British dibawa pulang 9 Sept.
Oleh ABDUL RAZAK DIN dan HASHIM P. MAMAT

KUALA KANGSAR 20 Ogos Last edited by winamp05 on 16-10-2013 11:12 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 22-12-2008 09:51 AM
Ngah Ibrahim pejuang pemikir Melayu
Oleh Mohd Azis Ngah


Nah yg asli punya pic .. Iols berlegar2 kat Ig terjumpa Ku Reza letak pic ne.  Pic Ngah Ibrahim yg ori.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 12:56 AM | Show all posts
Selamat pulang,wira bangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 01:44 AM | Show all posts
Kenapa tak bawa pulang sekali jenazah Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke pulau Seychelles?
Apakah keturunan baginda di sana akan menuntut takhta negeri Perak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by earthfault at 22-8-2006 01:44
Kenapa tak bawa pulang sekali jenazah Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke pulau Seychelles?
Apakah keturunan baginda di sana akan menuntut takhta negeri Perak?


Errr bukan Sultan Abdullah kembali semula ke Tanah Melayu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 05:41 PM | Show all posts
Tak silap Sultan Abdullah mati dalam buangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2006 06:33 PM | Show all posts
ada lagi ke jenazah depa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 08:09 PM | Show all posts
moga roh mereka diberkati Allah..amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by earthfault at 22-8-2006 17:41
Tak silap Sultan Abdullah mati dalam buangan.


Tak...baginda mangkat di Kuala Kangsar. Ini petikan dari laman web kerajaan negeri Perak:

"Sultan Abdullah berada dalam buangan di Pulau Seychelles kira-kira 17 tahun. Pada tahun 1894 Kerajaan British telah membenarkan Baginda balik ke Tanah Melayu dan bersemayam di Singapura bersama Orang-orang Besar Orang Kaya Menteri, Orang Kaya-kaya Laksamana dan Shahbandar. Kemudian Baginda sahaja pindah ke Pulau Pinang dan pada tahun 1922, Baginda telah dibenarkan balik ke Kuala Kangsar. Tidak berapa lama kemudian, Baginda mangkat dan dimakamkan di Makam di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan di gelar "Marhum Habibullah"."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 12:04 AM | Show all posts
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 12:49 AM | Show all posts
kepulangan para wirawan negara sentiasa di alu2 kan.
   selamat pulang yob....ke tanah tumpah kome sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 12:49 AM | Show all posts

Reply #8 alphawolf's post

betui tuh sultan abdullah meninggal kt perak ler.
  time die kt sana tuh ler die cipta lagu terang bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:22 AM | Show all posts
elok rasanya kubur2 pahlawan2 negara ni ditempatkan di satu kawasan.. (ataupun dibuat replika)

boleh gak jadi tumpuan pelancong.. bahan sejarah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 10:04 PM | Show all posts
Ok dia mangkat kat Perak.
Tapi pasal lagu Terang Bulan tu, Tunku Abdul Rahman pilih untuk dijadikan lau negaraku sakarang.
Hari tu kan kecoh lagu tu sama dengan lagu rakyat di pulau Hawaii.
So maknanya lagu bukan lagu Terang Bulan yang Sultan Abdullah cipta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 11:00 PM | Show all posts
btol ke ngah ibrahim mati dihukum gantung? serasa aku tak...aku ada baca novel bibliografi tengku menteri, dari awal sampai abis citer pasal ngah ibrahim, pasal pak mentua dia laksamana mohamad amin pun ada gak...dari pembacaan aku la, ngah ibrahim ni memang kaya, lagi kaya dari sultan perak, sampai hutang sultan perak pun dia langsaikan...tapi kurang ketegasan...dia nak tunjuk tak puas hati kat inggeris pun sorok2la...dan masalah yg timbul, gaduh2 kongsi, inggeris masuk semua tu, berpunca dari kelemahan sultan, dia yg terpaksa masuk campur & last dia yg terjerat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 06:01 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 10:58 AM | Show all posts
masuk sokkabar melayu spore hari ni pasal ni story


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:59 AM | Show all posts
lagik, sorry aku scan senget ekekeke


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:59 AM | Show all posts
last kopek , gambo


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 04:28 PM | Show all posts
bukan ka...ada orang claim yang dia anak tengku nih..dia kata tengku ni dah balik perak dan meninggal kat sini..
tak tahu betui ka tak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 04:57 PM | Show all posts
Pahlawan Melayu dibawa pulang


TAIPING: Jasad dua pahlawan Melayu yang disemadikan di dua tanah perkuburan berasingan di Singapura, sejak lebih seabad lalu, dibawa pulang ke tanah air bagi memastikan jasa dan pengorbanan mereka tidak terus dilupakan.

Jasad Orang Besar Jajahan (OBJ) Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan bapa mentuanya, Laksamana Mohamad Amin Alang, dijangka dibawa pulang dengan penuh adat istiadat ketenteraan, Khamis ini, menaiki kapal KD Laksamana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


PUSARA PAHLAWAN: Kumpulan penyelidik menemui kubur
Ngah Ibrahim di Singapura pada Ogos 2004.


Gambar bawah: Batu nisan milik Ngah Ibrahim.



Hasrat memindahkan jasad itu sejak Ogos 2004 lalu, kini direalisasikan Jabatan Warisan Negara serta Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama Kerajaan Perak selepas mendapati jasa dan pengorbanan kedua-dua pahlawan itu semakin dilupakan.

Kedua-dua jasad dijangka tiba di Pangkalan TLDM Lumut, Sabtu ini disambut dengan penuh adat istiadat kepahlawanan oleh pegawai dari ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Difahamkan, jasad Ngah Ibrahim akan ditempatkan di Kompleks Muzium Matang, manakala jasad mentuanya di Makam Diraja Perak, Kuala Kangsar, bersebelahan makam seorang lagi pembesar yang pernah dibuang negeri bersama mereka, Almarhum Sultan Abdullah.

Walaupun jasad Mohamad Amin berjaya dikesan sekitar 1980-an oleh warisnya yang menetap di Singapura, usaha mengenal pasti jasad Ngah Ibrahim menghadapi kesukaran.

Usaha awal OBJ Larut, Matang dan Selama, Datuk Wan Ahmad Wan Rashid, sekitar awal 1990-an yang menemui kegagalan bagaimanapun diteruskan anaknya, Datuk Dr Wan Mohd Isa, berpandukan tesis seorang pelajar Universiti Malaya (UM) pada 1952.

Tesis bertajuk Ngah Ibrahim in Larut hasil tulisan Wee Choon Siang itu mencatatkan Ngah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di Singapura dan disemadikan di Makam Al-Junid.

Pada Ogos 2004, Dr Wan Mohd Isa memulakan pencariannya bersama tiga lagi rakan ke Singapura sebelum menemui makam berkenaan dan berusaha membawa pulang jasad berkenaan dengan bantuan Kerajaan Perak.

Ngah Ibrahim adalah pembesar Melayu terkaya abad ke-13 hasil perlombongan bijih timah di Larut dan dibuang negeri bersama Almarhum Sultan Abdullah, Mohamad Amin dan Datuk Syahbandar selepas terbabit dengan pembunuhan Residen Inggeris di Perak, JWW Brich pada 1875. Bagaimanapun, Sultan Abdullah diampun 16 tahun kemudian dan kembali ke Perak.

INFO: Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin Alang

Ngah Ibrahim adalah pembesar Melayu terkaya pada abad ke-13 hasil perlombongan bijih timah di Larut.

Ngah Ibrahim dibuang negeri bersama Almarhum Sultan Abdullah, Mohamad Amin dan Datuk Syahbandar selepas terbabit dengan pembunuhan pembunuhan Residen Inggeris di Perak, JWW Brich pada 1875.

Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin gagal dalam permohonan mendapatkan pengampunan kerana dianggap mengancam pentadbiran Inggeris di Perak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.082287 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list