|
Kes 1 : kisah Tok Ti pakai bikini...
Soseh-soseh:Jaja aksi isteri
BUKAN cerita baru kalau ada artis atau selebriti terkenal melepaskan geram ketika berada di luar negara. Jika dalam negara mereka kelihatan begitu bersopan santun bak kata pepatah, pijak semut pun tak mati tetapi apabila berada di luar negara, masing-masing mula tunjuk belang.
Mereka lupa nilai murni yang diamalkan selama ini. Agaknya mereka ingat, perlakuan mereka di luar negara tiada siapa yang tahu. Jadi mereka beranilah buat apa saja di tempat orang.
Bagaimanapun kisah yang SS hendak paparkan ini agak berlainan sedikit jalan ceritanya. SS difahamkan, artis ini pergi bercuti di luar negara bersama suami tercinta. Tetapi SS tak berapa pasti pula bila mereka ke sana.
Menurut tukang bawa cerita itu, pasangan itu begitu menikmati percutian mereka, maklumlah terlepas dari bebanan kerja. Selain itu, tiada siapa mengganggu percutian mereka yang indah itu.
Kononnya antara agenda percutian itu termasuklah belayar menggunakan kapal mewah. Apabila mendengar cerita itu, SS pun boleh bayangkan betapa seronoknya percutian mereka. Kalau sudah belayar atas kapal mewah, takkan hendak pakai baju kurung pulak, tentu tak kena langsung.
Maka hendak disesuaikan dengan suasana ketika itu, khabarnya artis itu pun memakai bikini. Tup tup, suaminya sudah mengambil gambarnya menggunakan telefon bimbit. Memanglah tak salah, suami ambil isteri sendiri tetapi yang tak 憇edapnya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|