CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86183|Reply: 415

Artis mewah jual ganja

[Copy link]
Post time 28-1-2010 09:04 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis. Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis. Difahamkan, jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Sumber polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang artis di sekitar Damansara di sini. Susulan itu, sepasukan anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu. “Beberapa anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit. “Pada masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya. Menurutnya, selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan tujuan kedatangan polis ke rumah itu. “Bagaimanapun, anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni hadapan sambil membawa satu kotak. “Artis itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di tingkat bawah.

Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya, Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik. “Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.

Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram. “Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu mengenainya. “Artis terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.

Malah, dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31 Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas. “Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya. Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.

“Artis itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

credit: metro
* Rasa cam boleh teka aja..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 28-1-2010 09:06 AM | Show all posts
alahaiiiiiii pepagi nih nak men teka teka fail lerrrrrrrr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2010 09:07 AM | Show all posts
alahaiiiiiii pepagi nih nak men teka teka fail lerrrrrrrr....
iszahraa Post at 28-1-2010 09:06

belum court case teka ajalah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:08 AM | Show all posts
ye..
sila meneka...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:10 AM | Show all posts
ganja je kaa??..silap negara laa artis ni mau wat biz...kalo dia duk kt belanda takat ganja ni selamba je isap kt cafe...heroin,morfin,ice yg tuh baru berat punya dadah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:11 AM | Show all posts
Popular ke??? masuk Top 5 ABPBH keww??
who's that?? Sam Bunkface?
noh Hujan? ada show 31/01/2010????
saper ek???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2010 09:12 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya sel ...
crossfire Post at 28-1-2010 09:04

aku tak boleh nak teka
boleh ko kasi sikit lagi clue?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:14 AM | Show all posts
hmmm.... sape ni ...?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 28-1-2010 09:15 AM | Show all posts
age early 20? popular? band group? hmm....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:16 AM | Show all posts
penyanyi..??
naik keter sepot..???
saper lah ni..??
tak tercapai akal ku...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:17 AM | Show all posts
apasal aku rasa cam bunkface..dunno la beb....

dah kata teka,,kalau salah..ampunnn..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:19 AM | Show all posts
kumpulan fofular..ade kete sepot..clue cipot sgt la dol
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:19 AM | Show all posts
dr mane dia dpt ganja tu? byk tu beb!
siap leh jd dealer...

bunkface? noh hujan? MUH?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:20 AM | Show all posts
aiyooo,sape neh????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2010 09:24 AM | Show all posts
Sabit salah gantung sampai MATI......)
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:30 AM | Show all posts
penyanyi awal 20an bunkface or hujan..kalo ckp asal kan senang skit teka..klang konfom bunkface..sarawak konfom hujan
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 28-1-2010 09:32 AM | Show all posts
aku tgk sam bunkface tu kering semcm jer..ada possibility
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:32 AM | Show all posts
xtau la..sape tau share la ek
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:32 AM | Show all posts
tak mungkin noh kut.. kan ada org cakap dia nih sengkek.. nak makan pun mintak duit RM5 ngan pemenat eh peminat...

kalo bunkface lak.. rasanya dorang memang anak orang kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 09:34 AM | Show all posts
tak reti la nak teka sape, tak cukup clue :kant:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.087014 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list