CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Tempatan] Suami isteri parah motosikal langgar kereta

[Copy link]
Post time 28-1-2022 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri parah motosikal langgar kereta


Bomba sedang memadam motosikal pasangan yang terbakar. - Foto ihsan pembaca

KUALA KANGSAR: Pasangan suami isteri parah selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka merempuh sebuah kereta di kilometer 234, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perak), berkata mangsa dikenali sebagai Mohamed Akbar Mohamed Zakaria, 50, dan isterinya, Bakiah Mohamad, 38, didapati tercampak daripada motosikal ketika mengikuti konvoi.

Katanya, motosikal pasangan berkenaan terbakar.

"Bomba memadam api bersumberkan air tangki jentera, selain mangsa diberikan rawatan awalm sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, panggilan diterima jam 1.34 tengah hari tadi dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi kejadian.



Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ikal-langgar-kereta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list