PAS merupakan parti politik paling banyak membuat fitnah dan terkait dengan saman di mahkamah, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohammad Agus Yusoff.
Menulis di Facebook, Mohammad Agus menyenaraikan permohonan maaf dibuat pemimpin PAS selepas melakukan sesuatu dakwaan kepada musuh politik mereka.
Antaranya, permohonan maaf oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kepada Anwar Ibrahim kerana mendakwa perdana menteri itu membawa agenda songsang LGBT dan menyokong agenda komunis.
Menurutnya pada 22 Jun lalu, Adun Kubu Gajah, Khalil Yahaya memohon maaf kerana mendakwa perdana menteri melantik ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai pengerusi Felda.
Terbaru pada 25 Jun lalu, katanya, akhbar Harakah Daily pula memohon maaf kerana mendakwa bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abd Rahman pernah menjadi penasihat khas Lim Guan Eng.
"Jika hendak disebutkan, senarai fitnah PAS paling banyak," kata Mohamad Agus yang turut menyenaraikan kes saman fitnah terhadap pemimpin PAS sejak 2017.
Agus berkata sebagai sebuah parti Islam, PAS sepatutnya membawa akhlak yang baik dan bukannya membuat persepsi serta tanggapan tanpa bukti.
"Tidak setuju, kritiklah. Jangan berkempen berunsur fitnah, perkauman, penghinaan dan unsur-unsur yang bercanggah dengan nilai Islam," katanya.
Menurutnya, perbuatan itu menjadi semakin berleluasa setiap kali menjelang pilihan raya.
Tambahnya, PH dan BN merupakan parti paling kerap difitnah dengan tujuan menakutkan rakyat supaya tidak menyokong kerajaan perpaduan sekarang.
Misalnya, katanya, DAP didakwa mengancam kedudukan Melayu-Islam, dituduh mahu menukar Malaysia menjadi republik serta menghapuskan raja berperlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pemimpin PAS, Mohammad Agus berkata tugas ulama sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada bukan Islam.
"Kerja ulama menyeru orang supaya beriman, jauh dari mungkar, buat kebaikan. Tunjukkan contoh kepada bangsa lain dengan akhlak yang baik supaya Islam dipuji dan dihormati.
"Demi generasi masa depan, hentikan politik fitnah. Ia budaya politik kotor dan keji.
“Fokus kepada usaha membina Malaysia yang lebih baik," katanya yang menyeru golongan muda menolak politik fitnah.
tiberrr.. skang jadi KP Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom). bawah JPM. Awal2 dulu tolak job dari BMX . sekarang dah jadi chai.. wajib la kan.....keluarkan statement bantai PAS, . Ini lah salah satu contoh pendana yang di cerita kan lobakman masa wacana sinar itu hari. cuba bandingkan zaman si agus ni jadi penganalisa politik bebas mcam dulu.
kesian parti Bule, dah la kena label pelacur politik, itu hari perasuah (terengganu -Ahmad Amzad), sekarang pemfitnah. prfftt~!~~~ lebai2 pegi masuk kursus dgn piji.. fitnah secara moden. terma baru "persepsi."
Post time 7-7-2023 07:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
PH suci murni daripada memfitnah ke hehehhee..
Pas kena belajar memfitnah cara PH. Baru tak nampak macam fitnah. Lagi satu Pas kena rajin saman orang kalau kena tuduh. Bab ni Pas sangat lemah. Mungkin sebab dalam Pas tak ramai lawyer yg boleh membantu aspek tindakan undang2. Berbeza dengan PH ramai peguam terutama India yg terkenal pandai pusing.
Post time 7-7-2023 07:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Firenzza replied at 6-7-2023 11:48 PM
Mat agus ni la yg interbiu tnya yes or no kes liwat.....sampai ke sudah xde jwpn
Elok2 dah bersara hidup bahagia kat pulau gorontalo ke rogoltelo ke apa tah di Indon tu.. Dia pilih pulak jadi pelacur politik upahan Nuar.. Bodo jugak manusia yg pernah jadi Prof ni... Apabila memihak, semua kata2 dia otomatik jadi bangang level2 macai PH kat forum ni je . Semasa neutral (kononnya) dulu ada la juga nampak bijak sekali sekala.