CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4478|Reply: 14

[Tempatan] 'Menantu Muhyiddin tak perlu lari jika tak bersalah dakwaan rasuah'

[Copy link]
Post time 8-8-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
'Menantu Muhyiddin tak perlu lari jika tak bersalah dakwaan rasuah'

Diterbitkan:  Aug 8, 2023 5:19 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengulas tindakan SPRM yang sedang mengesan dua individu, termasuk menantu kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Beberapa media tempatan memetik Anwar berkata tiada sebab untuk seseorang melarikan diri daripada siasatan, jika dia yakin dirinya tidak bersalah.

“(Slogan pentadbiran) bersih itu dah tak ada, sebab hari ni kenyataan SPRM bahawa menantu calon PM (Muhyiddin) dah lari … mana boleh.

"Kalau ada bukti, siasat, dia (SPRM) dakwa, kalau rasa tak salah pertahanlah (diri). Lari bukan contoh yang baik.

“Jadi kamu (PN) kena jaga hal ini. Kerana jumlah (wang) yang dikaitkan dengan rasuah itu banyak.

"Jadi soal (guna slogan pentadbiran) bersih itu, PAS, Bersatu dan PN tak boleh guna kerana terlalu terpalit dengan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan penduduk di Perda, Nibong Tebal, hari ini.

Semalam, SPRM mengeluarkan kenyataan sedang mengesan dua lelaki, termasuk Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu kepada Muhyiddin dan seorang lagi individu Mansoor Saat, 69 tahun.

SPRM berkata ini bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Kontrak sistem imigresen

Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia, kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023 serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Muhyiddin pada Feb lalu menafikan sebarang penglibatan ketika dia menjadi perdana menteri dalam pemberian kontrak yang didakwa ada kaitan dengan menantunya Adlan.

Ini selepas SPRM dilaporkan sedang menyiasat penganugerahan kontrak itu atas alasan kemungkinan salah guna kuasa dalam Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).



"Saya sebagai perdana menteri pada masa itu sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka," kata Muhyiddin pada 9 Feb.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata tiada ahli keluarganya mempunyai hubungan dalam IRIS Corporation Berhad, sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham.

Pada 2020, pentadbiran Muhyiddin mengumumkan NIISe sebagai "sistem yang lebih baik" bagi menangani kelemahan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang dikatakan tidak dapat mengesahkan pergerakan warga asing.

NIISe kemudiannya dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada April 2021, diketuai oleh menterinya ketika itu Hamzah Zainudin.

Dia berkata sistem imigresen sedia ada, MyIMMs, perlu diganti dengan sistem imigresen yang lebih canggih, bersepadu dan holistik yang dilengkapi teknologi terkini seperti Kepintaran Buatan, Internet Semua Perkara (IOT) dan Analisis Data Raya.

Hamzah berkata IRIS Information Technology Systems Sdn Bhd akan membangunkan NIISe bersama KDN dan badan bebas lain menjelang 2024.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Adlan ialah pemain utama dalam konsesi NIISe bernilai RM1.2 bilion melalui pautan dalam salah satu pendahulu projek itu, penyedia penyelesaian keselamatan S5 Holdings Inc.

Bagaimanapun, pengarah urusan kumpulan S5 Syed Mohammad Hafiz Jamalullail menafikan pada 2021 bahawa tiada rakannya dalam politik, termasuk Adlan, yang terlibat dalam syarikat itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah sebab knp PN kmaruk sgt nk jadi kjaan by hook or by crook..senang nak menyakau mgkayakan anak beranak..

Elok lahh..dah boleh geng dgn anak Hamzah zainuddin yg sakau duit minyak masak sabsidi tuh


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tak menghairankan jika adlan berhan dan mansoor saat ni lari kerana, berdasarkan berita ni, kedua2 mereka adalah org jahat.. perangai org jahat gitu la.. melarikan diri drpd pihak berkuasa

yg peliknya, berdasarkan rekod imigresen, diorg keluar masing2 pada 17 mei dan 21 mei 2023.. kenapa pihak berkuasa cuai sangai sampai penjahat2 ni boleh lepas keluar negara?

sedangkan diorg ni dikatakan buat rasuah kaw2.. tapi boleh lepas senang2 gitu je.. bulan mei pulak tu... apasal lambat sangat buat kerja?.. cekup la diorg ni awal2.. cepat2 la buat pendakwaan awal2.. lembab sangat buat siasatan

sekarang ni diorg dah ada di luar negara.. so nak buat camne?.. nak kena minta tolong dgn interpol ke?... kalau ya then cepat2 la buat contact interpol dan aturkan strategi macam mana nak tangkap diorg ni

pasal nadir al-nuri pun boleh minta tolong dgn interpol.. dah tentu nak tangkap dua org ni yg dikatakan rasuah kaw2 boleh minta tolong interpol.. jgn berlengah lagi.. hal lari keluar negara pada bulan mei tu pun dah boleh dianggap sbg kelemahan yg memalukan

berdasarkan berita ni, kesalahan rasuah ni dikatakan berlaku semasa pentadbiran kerajaan yg lepas.. so, maknanya, dah la kerajaan dulu bodoh sampai boleh berlaku salah guna kuasa ni, kerajaan sekarang pun bodoh sampai boleh lepas dua org ni.. keluar negara bulan mei pulak tu .. pastu keluar berita masa nak prn

sekarang ni apa yg perlu dikejarkan oleh ph-bn ialah cepat2 usahakan supaya sprm dijadikan bebas pentadbirannya yg benar2 terpisah dgn badan eksekutif.. kerana, kalau lambat2 nanti, takut2 pn buat rancangan merampas pentadbiran kerajaan melalui 'pintu belakang'.. nanti diganggu pula kes2 berkait dgn org2 pn... pastu ph-bn juga yg akan meroyan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 11:50 PM | Show all posts
Takut kerana salah!


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 03:14 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata tak terlibat tapi menantu dah cabut lari, abahkow  hanya mampu buat tak dekk je ....., apa kata malaun plk tolong jawap..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 10:59 PM | Show all posts
akusukaq replied at 24-9-2023 11:05 PM
Kata tak terlibat tapi menantu dah cabut lari, abahkow  hanya mampu buat tak dekk je ....., apa kata ...

walaun buat2 tertidor.. @Perwira2022


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 10:14 AM | Show all posts
gitu lah.....menyorok kerana salah
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila nak melarikan diri? Apa akan jadi bila passport tamat tempoh, macamana nak perbarui?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 11:50 AM | Show all posts
klu dah menantu lelaki melarikan diri siapa nak bagi nafkah batin pada anak perempuan Yidin? sama2 larikan diri juga ke? kesiannnnn. nak tggu yidin jadi PM baru nak pulang?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ini walaun boleh sokong plk...double standard sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa kerajaan malaysia macam tak bersungguh2 je nak tangkap menantu muhyiddin ni?.. nama jho low pun senyap je sah sekarang ni?.. takkan la pasal nak tangkap jho low pun kerajaan tak bersungguh2??

setakat sekarang ni aku check interpol red list, takde pun nama menantu muhyiddin dan jho low

tu yg jauh, yg dekat dalam malaysia ni, mahathir, hadi awang, tuan man tuan ibrahim, hamzah zainuddin, zahid hamidi, azam baki, dll... bila nak tangkap??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.241893 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list