CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6304|Reply: 65

[Politik] 'Kejar 500 undi DAP, UMNO hilang 5,000 undi Melayu'

  [Copy link]
Post time 13-8-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode
'Kejar 500 undi DAP, UMNO hilang 5,000 undi Melayu'


Isham Jalil


KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mendakwa UMNO akan terus kalah dan pupus menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika parti itu tidak berbuat sesuatu susulan kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Katanya, kepemimpinan parti perlu membuat pertimbangan semula dan berusaha memperbetulkan keadaan termasuk melakukan sesuatu yang drastik, kerana parti kini berada di keadaan yang getir dan kritikal.

"UMNO telah kalah lagi semalam. Kali ini kalah teruk, hanya menang 19 kerusi dari 108. Kita menang satu kerusi di Kelantan, dua di Pulau Pinang, dua di Selangor, dan 14 di Negeri Sembilan. Di 89 kerusi lain semua kita kalah.

"Kita perlu berbuat sesuatu. Jika tidak UMNO akan terus kalah dan akan pupus terus menjelang PRU-16. Kita perlu melakukan sesuatu yang drastik, kerana kita kini berada di keadaan yang getir dan kritikal.

"Saya dan akar umbi sudah berusaha sedaya upaya di bawah. Kini kepimpinan perlu membuat pertimbangan semula dan membuat keputusan.

"Jika kita tidak berbuat apa-apa, kita dan perjuangan UMNO akan lenyap di bumi Allah ini. Kita perlu bangun," katanya dalam kenyataan di media sosialnya, hari ini.

Tanpa menyatakan perkara yang perlu dilakukan UMNO, Isham bagaimanapun menegaskan ada tiga isu yang selalu dikemukakan akar umbi dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.

Pertama, katanya berkenaan kerjasama UMNO dengan DAP melalui Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan, kedua mengenai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ketiga berkenaan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menjelaskan, dalam isu berkenaan DAP, beliau sudah banyak kali menyatakan perkara itu amat sensitif kepada akar umbi.

"Jika kita paksa akar umbi kita undi DAP, mereka akan bantah dan besar kemungkinan tidak akan keluar mengundi, atau lebih teruk mereka protes dan undi Perikatan Nasional (PN). Ini yang berlaku di enam negeri ini.

"Di Selangor, undi yang calon PN bertanding menentang calon kita, calon PN telah mendapat undi lebih banyak berbanding ketika mereka bertanding di bawah tiket PKR dulu.

"Ini bermaksud, bukan sahaja penyokong lama PKR menyokong mereka, namun orang UMNO pun mengundi mereka juga. Ini adalah satu tamparan hebat kepada UMNO," katanya.

Justeru, beliau menegaskan bagi menyelesaikan isu DAP, UMNO mempunyai dua pilihan sama ada terus bekerjasama dengan mereka dalam kerajaan dan pilihan raya, atau bekerjasama hanya dalam kerajaan dan bukan pilihan raya.

"Dengan pilihan kedua itu, kita mungkin boleh membina semula parti kita dengan mengekalkan ideologi dan perjuangan kita, walaupun mula-mula mungkin kita kalah atau tidak menang besar, namun demikian dengan ini kita dapat kekalkan akar umbi kita dan sedikit demi sedikit memenangi semula hati rakyat.

"Jika tidak, akar umbi kita akan lari ke parti lain, dan nasib kita akan jadi seperti pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Untuk mengejar 500 undi DAP, kita hilang 5,000 undi Melayu dan hilang akar umbi. Jika kita hilang akar umbi parti kita akan mati. Ini tidak bijak malahan bahaya," katanya.

Isham juga menjelaskan bagi menangani isu berkenaan Presiden beliau mengakui bukan orang Presiden, namun menghormati institusi itu.

"Saya mohon supaya presiden dapat berjumpa akar umbi sendiri sehingga ke peringkat bawah di akar umbi dan berdialog dengan mereka untuk menjernihkan yang keruh dan memperbaiki keadaan," katanya.

Mengenai Najib, beliau berkata sudah beberapa kali membangkitkan pentingnya kehadiran bekas Presiden UMNO untuk membantu kempen pilihan raya UMNO-Barisan Nasional (BN) yang mana parti mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang.

"Namun Datuk Seri Najib masih di dalam penjara sudah setahun kini, dan walaupun kita dalam kerajaan, belum lagi nampak keadilan untuknya,

"Datuk Seri Najib kerap kata kepada saya, dia bukan mahu kesnya digugurkan, dia hanya mahu mendapat perbicaraan yang adil.

"Sehingga kini dia tidak dapat perbicaraan yang adil kerana hakim-hakim yang mengadili dan mensabitkan kesalahan kepadanya adalah berat sebelah dan ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes yang diadili," katanya.

Justeru, katanya beliau sudah mencadangkan supaya kerajaan membenarkan tahanan di rumah untuk sementara beliau menjalani proses pengampunan atau perbicaraan semula atau sebagainya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ng-5000-undi-melayu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ramai yang meramalkan kekalahan teruk umno ni dan dijangka makin teruk masa PRU 16 nanti. Semoga dijadikan pengajaran dan buat la sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh dpt rasa bn akan kalah teruk
Depa lebih rela undi pn dari bn
Sbb tau bn tu pakej dgn dap
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup UMNO masuk PKR
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MKT ni berfungsi mcmn eh? takleh ke jatuhkan wak jait? umngok ni ibarat dah nyawa2 ikan nak mampos tapi rela duk atas darat dr masuk balik dlm air. vodow.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Beruban habis isham.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah ckp khenss haritu ramai melayu dan penyokong umnooo lani pakat kalih undi PN belake, tapi ada acik2 forum tak purcayaaaaa
Org Melayu dah sedar umno kini bukan lagi jaga kepentingan orang melayuu tp jaga kepentingan jubo jahid jah
Kalau tak sedar lagi referendum prn6, aku x tau lah...semoga bungkuih madanon kakistokrasi yachh
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bodow mkt & perwakilan pau la....isham pun sama bodow sbb undi ramai2 x tanding kerusi presiden & timb.....wak & mat hasan ckp dlm hati....senang betul nk kencing perwakilan sbb tu bila wak comolot dgn dapig pun korang ikut sbb ketagih kencing wak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha paling terkesan mesti pee H. Hahahaha kalau aritu tak mengada2 xmau bubar dun n buat prn sekali pru mesti tak terciduk sampai camni sekali
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 13-8-2023 05:01 PM
MKT ni berfungsi mcmn eh? takleh ke jatuhkan wak jait? umngok ni ibarat dah nyawa2 ikan nak mampos t ...

Kan aritu utk pemilihan ahli mkt ka apa deme ni, jawatan wakjahat dgn tokmat dikekalkan.. sbb kalau ikut pemahaman deme now, kena ikut ckp presiden..

Sbb tu la sanggup mati teruih, kuburkan parti sendiri..

Iols nak tgk camne deme identify siapa yg undi selain ph, pastu gugurkan keahlian org2 tu.. sbb maknanya mmg undi bkn rahsia. Dan deme ilang akarumbi teruih kalau wat cenggitu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 13-8-2023 05:01 PM
MKT ni berfungsi mcmn eh? takleh ke jatuhkan wak jait? umngok ni ibarat dah nyawa2 ikan nak mampos t ...

Macam mana nak jatuhkan? Majoriti perwakilan setuju jawatan pres & timb xdipertandingkan tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:27 PM | Show all posts
janganlh kalah nanti kemaruk rashiman xde dalam forum
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jfq at 13-8-2023 05:36 PM

Ni bersuara bersuara ni
Kejap lagi kena tindakan tatatertib macam h20 dan   rakan2
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:31 PM | Show all posts
nikaido replied at 13-8-2023 05:19 PM
Macam mana nak jatuhkan? Majoriti perwakilan setuju jawatan pres & timb xdipertandingkan tahun lep ...

dia orang berani jatuhkan gosip dalam group whatsapp je. depan2 cium tangan kaka xde whatsapp .. rashiman ada
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la kalah pun
Janji bersekongkol dengan pihak tertentu dan dijanjikan jawatan dan gaji lumayan
Selebihnya jaga la kepentingan majikan yg offer jawatan dan gaji lumayan tu.

Rakyat who?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 13-8-2023 05:19 PM
Macam mana nak jatuhkan? Majoriti perwakilan setuju jawatan pres & timb xdipertandingkan tahun lep ...

Perwakilan mana yg mencadangkan kerusi Presiden dan Timb. Presiden tidak bolih dipertandingkan dlm PAU UMNO hari tu?
Awat bodoh benar perwakilan makan taik tu? Yg pelik majoriti perwakilan lain pun bersetuju dengan idea bengap tersebut. Maka UMNO akan dikuburkan dlm PRU 16.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Secara rasminya Umno dh terkubur di Terengganu dan Kedah... nasib baik org Kelantan baik hati sedekah satu kerusi kepada Umno buat raso2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 13-8-2023 05:04 PM
Aku dah ckp khenss haritu ramai melayu dan penyokong umnooo lani pakat kalih undi PN belake, tapi ad ...

Betul...dgn sanusi tunjukkan dia orang PAS tp bukan lebai PAS, mmg ramai ahli umno senang nak terima PAS skrg...apatah lagi bila  Hj Hadi dan Lebai2 yg lain bersara kelak.

Umno is seen as Old News nanti. Org muda oulak tak ada sentimental feeling dgn umno mcm kita2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 13-8-2023 05:49 PM
Perwakilan mana yg mencadangkan kerusi Presiden dan Timb. Presiden tidak bolih dipertandingkan dlm ...

You tengok perwakilan tu ada tak keluarga dia dapat apa2 biasiswa walhal keputusan exam tak tera mana..tanya jer
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang lantang disenyapkan atau dibuang. Itulah natijahnya. Terimalah hakikat yang orang tak suka kamu, wak. Orang sayangkan umno, nak selamatkan umno dari terkubur. Tapi kau ego. Kau nak selamatkan diri kau je sebenarnya. Sebab tu yang tak sealiran dengan kau, kau pecat la, kau gantung la. Umno tu bukan parti kau, wak. Tolong sedar diri.

Wak, silalah berundur secara terhormat. Bagi la orang lain menerajui umno. Demi bangsa & negara.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.462383 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list