View: 19949|Reply: 78
|
Jom sambung cerita ni...
[Copy link]
|
|
boleh ke buka thread cam ni?aku nak kawan2 yg minat mengarang tolong sambung cerita ni... sengaja dibiarkan tanpa tajuk kerana aku pon tak tau apa yg akan jadi ngan cerita ni... aku nak tau apa yg jadi dengan "aku" dalam cite ni.. Siapa aku (laki ke perempuan), apa terjadi seterusnya, menarik o tak cerita ni...blablabla... harap theread cam ni diterima masuk dn dapat sambutan....
Dentuman mercun dan bunga api begitu menggangu perasaanku. Telefon bimbit sengaja aku matikan kerana enggan membaca ribuan ucapan tahun baru yang bakal dikirim rakan rakan (berlagaknya aku). Akulah insan yang gagal. Setahun yang lalu langsung tidak memberi apa-apa makna bagiku. Aku kehilangan pekerjaan, kehilangan kekasih, dan kehilangan anak ayam kesayanganku. inilah yang meyebabkan aku begitu sayu dengan tahun baru. Azam tahun lepas hanyalah penghias muka depan jurnal harianku. sikitpun tidak aku usahakan untuk menjadikannya realiti. akulah insan yang gagal. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Merah_Lulu at 3-1-2011 07:25
Namun kali ini aku bangun dengan azam yang baru. Entah mengapa hati aku berdetik untuk mencuba, mencuba untuk melupakan dia dan juga semua kenangan silam. Baru aku sedar yang aku terlalu lama membuang masa dengan sejarah. Oh Tuhan, terima kasih beri aku peluang untuk berubah. Benar kata orang, jangan hidup dengan sejarah. Sejarah itu hanya untuk dijadikan pedoman hidup, bak kata ibuku setiap yang terjadi itu kerana Dia menyayangi aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kring!!.. Kring!!.. ahhh telefon rumahku pula yang berbunyi di pagi-pagi hari. Entah siapalah agaknya gerangan si pemanggil dan atas alasan apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menerima panggilan dari pejabat lama tempat kerja lamaku... Mereka meminta aku dtg ke pejabat pada hari itu.
Aku datang dengan hati yang tertanya-tanya. Apa yang menantiku di sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menerima panggilan dari pejabat lama tempat kerja lamaku... Mereka meminta aku dtg ke pejabat pada hari itu.
Aku datang dengan hati yang tertanya-tanya. Apa yang menantiku di sana? | Kia_picanto Post at 3-1-2011 09:48 AM
Lau aku cepat2 mandi bersabunkan lifebuoy dan mensyampu rambutku dengan syampu urang aring supaya rambut putihku hitam kembali. Sesudah mandi tentulah aku mengelap badanku supaya aku boleh memakai pakaian dengan selesa. Kalau tidak lenjun la baju yang baru kubeli dari kedai bundle semalam.
Henpon 3310 ku berbunyi lagi .... |
|
|
|
|
|
|
|
panggilan kekasih lamaku menggangu gegendang telingaku.. Apa dia tidak serik melihat aku curang dulu? bukan aku tak sayang dia.. tapi bau ketiaknya membuatkan aku taubat tak nak dia dah.... terus aku matikan talian...
ku terus bergegas ke pejabat. rakan2 memandangku dengan pandangan mengancam. agaknya bos aku ni nyesal giler sebab pecat aku dulu.. aku diarahkan untuk terus ke bertenntang mata ngan bekas bos aku yang gemuk pendek tu |
|
|
|
|
|
|
|
Malangnya jangkaanku meleset sama sekali. Bos ku si gemuk pendek buat pengakuan bahawa dia akan dipindahkan ke cawangan lain selepas kes mahkamah berikutan ditangkap berkhalwat dengan artis dangdut malam tadi dan aku pula dilantik menggantikan tempatnya. Adakah aku bermimpi? getus hati kecil. |
|
|
|
|
|
|
|
Gembira!! Tidak ku tahu perasaan aku ketika ini. Tetapi mengapa aku yang dipilih. Mengapa tidak Kak Rosmah yang "super aircond" mengipas bos aku tidak dipilih. Arghhh!!! semua ini berlegar-legar dibenakku. Peluh jantanku mula menitik. Bosku inginkan kepastian ku, mahu atau tidak mahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mestilah mahu!!!!! .. dah lama aku memegang jawatan lama yang tak berapa nak glamor tu. Tapi aku masih pelik kenapa aku yang dipilih.
Selang beberapa hari.
Aku masih lagi tertanya dengan pegawai-pegawai lain yang ada di syarikat berkenaan pelantikan jawatan ku itu tapi tiada jawapan jua.
Kring !! kring !! telefon pejabat berbunyi dan aku pun menjawab. Kedengaran satu suara yang sangat merdu ku dengar meminta aku menemuinya di pantry belakang sekarang. Belum sempat ku bertanya siapa dan mengapa, dia telah pun meletakkan ganggang. "Iks, kurang asam lak aweks ni, tp yeker aweks?" kata hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai aku dibelakang pantry....Oh no no !!!!....Kak Rosmah dgn senyuman manjanya menyapa ku. Hampir pitam aku dibuatnya. Aku cuma berkata ..." Hi...." Belum sempat aku memulakan bicara lain. " Aduh....senak perut aku!!!!" Ku lihat Kak Rosmah yang selama ini ku benci, memberikan senyuman nakalnya kepadaku. TIDAK!!!.....Apakah ini ??? Adakah Kak Rosmah merancang "sexual harassment" terhadap diriku yg tak begitu nak teruna ini..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ahh!!! tiba-tiba aku tersedar dari lamunan pagi.. apa kes Kak Rosmah boleh perlakukan aku begitu. Tersenyum kambing aku seketika.
Aku berjalan lenggang kangkung ke pantry sambil membawa mug kosong.
Nampak kelibat seorang aweks bertudung dan berbaju kurung serba putih. Ahh!!!!! hantu... terkejut aku. Aweks itu memandang aku dalam terpinga-pinga kehairanan melihat aku yang lemah semangat.
Aweks itu kulihat tidak lah seperti Miss World yang cantik bertepung.. berbody bak tiang letrik ... bagi aku dia sangat cumil dengan pipinya yg gebu, body yang bulat-bulat ala-ala kuih bom... geram pulak dibuatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh....berderau darah teruna aku memandangnya dengan penuh minat. Siapalah empunya badan ini. Bertuah rasanya hidup ini sekiranya mempunyai teman sepertinya. Adakah aweks ini yang menelefon ku tadi ???
Melihatkan aku yg berdiri teguh bak tiang gol, sigadis tadi menyapa aku. " Hi, saya zurin...." Oh, lembutnya suara bak buluh perindu. Erm.....dengan gaya penuh macho aku memperkenalkan diri ..."Saya Razman.....Razman Hassan" ( ala-ala gaya James Bon). Belum sempat aku memulakan bicara. Handphone ku berbunyi. Tidak !!! Ex gelfren ku menelefonku kembali. Kaco daun betul!! bentak hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by iphone3gs at 4-1-2011 18:18
Aku serba salah di depan gadis putih gebu itu membiarkan telefonku berbunyi tanpa berjawab,eh apa namanya tadi? Zurin. Ok aku mula menenangkan diri mengambil telefon lalu mematikan talian. Ah padan muka kau. Tak kuasa aku nak layan. Tepat aku memandang wajah zurin, Alahai ayunya dia ni. Anak sapo la ni. Bisik hati kecilku.
" Pak, saya tukang anta pau pak, ini pau yang pak pesan tadi..saya perlu pulan ke kedai sekarang ni...bos udah panggil,pergi dulu ya pak." Zurin meletakkan bakul yang berisi pau kacang di atas meja.
"Adus, minah indon la pulak...kalau bukan minah indon tadi nak je aku buat bini..." Bisik ku sambil memerhatikan Zurin melangkah pergi.
"Em..dah jadi bos pon awek takde lagi...nasib nasib..." Sambil menyuap pau ke dalam mulut aku mula mengenangkan nasib diri. |
|
|
|
|
|
|
|
tiba-tiba aku rasa ada seseorang yang berjalan di belakang ku. aku dalam mamai-mamai endah tak endah dgn orang itu. aku hanya terus merenung ke dalam mug yg berisi air yg dah nak habis. tiba2 aku dgr suara di blakang ku itu menyapa ku. awak tak sedar ke skrang ni dah lepas waktu rehat dan tak leh duduk kat pantry ni termenung mengenang nasib. bila ku toleh rupa2nya kawan lama aku yg bernama kalidas a/l talindas yg sllu menjadi sahabat ku bercerita pasal bola sepak mahupun bebola ikan... |
|
|
|
|
|
|
|
"Aku boss, suka hati aku lah! yang kau ni bukan boss, buat apa datang kat pantry?" pantas ku mengherdik jenaka Kalidas.
Kalidas tersipu-sipu. "Ala man, aku gurau pun marah ke. Tak cool lah boss."
"Cool tak cool. Apa hal kau pergi makan bebola ikan malam tadi tak roger aku?" Bulat mataku jegilkan pada Kalidas. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kk_o at 4-1-2011 20:02
"sebenarnya bos... aku nak gtau nun ada awek tunggu bos dalam opis"
pantang aku mendengar perkataan awek.. ku terus bergegas ke ruangan pejabatku..
"boleh tahan... cun" bisik hati kecilku yg mula membesar. aku dengan berlagak macho terus duduk (stail orang kayer) mengadap si cun itu.
si cun memperkenalkan diri.. terkedu aku mendengar suaranya yang garau... rupa2nya sibapok... silap tempat ker.. aku tertanya2... rupa2nya si cun bapok itu adalah peguam bekas bos aku dulu.. dia menyerahkan sekeping kertas yang telah aku tandatanan dulu ...
apakah isi kandungan surat ini? ada apa2 yang aku terlupakah?
"Tidak........... " |
|
|
|
|
|
|
|
Perlahan-lahan aku membaca isi kandungan surat tersebut. Terkebil-kebil mata aku melihat tulisan cakar ayam di surat itu. "Hishh tulisan sape lah ni, sakit mata aku nak baca hampes betul.. "
Aku terus menjangkau membaca di bahagian bawah surat itu ."Ehem..saya.... bersetuju untuk mengahwini ...peguam bapok ni, sekiranya bos saya meletakkan jawatan. Hahhh??? Ok tipu. Tu ape yang aku bayangkan je. Yang Sebenarnya surat itu menyatakan yang aku layak untuk memiliki sebahagian aset bos aku terdahulu. Tetapi aku perlu memilih sama ada mahu memiliki rumah idaman penthouse di damansara atau kereta Ferrari F430 ! What The FIsh!"
" wehoooo! Aku kayaaaaa!!!!!!!!!!" jeritan ku menggegar bumi kota malaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam nada sengih yang teramat. Habis semua kemachoanku teburai disebabkan gumbira dgn surat ini. Hampir2 aku terpeluk peguam bapok didepanku ini. Sibapok pula seperti menyerah diri untuk dipeluk.
Ermmmm...Aku memilih untuk memiliki rumah idaman (penthouse) di Damansaara. Fikirku mesti ramai aweks-aweks gebu yg tinggal disana. Mana tahu ada rezeki aku dapat aweks Morrocco yang suci murni. Mengikut kata peguam tersebut ,esok aku mesti hadir di office nya dekat Kota Damansara untuk menandatanangi dokumen berkaitan. Sempat juga laaa peguam bapok tue offer diri nak menemankan aku dirumah baru. Kalo takut katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun hanya penthouse, hiasan bak istana. Aku terpegun. Gila la tak suka dengan semua yang aku dapat. Aku khayal dengan rezeki terpijak ini. Telefon aku sudah pun bertukar, tiada lagi 3310, sekarang iPhone. 3310 aku simpan buat kenangan.
Telefon baru aku berbunyi, panggilan dari kampong. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|