CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10761|Reply: 0

[Politik] Harap Zahid kekal pimpin UMNO hingga PRU-16 – kata Ahmad Fadhli

[Copy link]
Post time 6-12-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari secara sinis berharap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal memimpin UMNO sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengajak penyokong Pas berdoa agar Ahmad Zahid terus menjadi Presiden UMNO.

Beliau menyatakan perkara itu susulan kenyataan Ahmad Zahid yang mendakwa sokongan terhadap Pas tidak bertambah di sebalik kemenangan besar parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Sabtu lepas.

“Bila membaca komen Presiden UMNO tentang keputusan PRK Kemaman ini, saya ingin mengajak semua agar marilah kita sama-sama berdoa supaya Zahid Hamidi terus kekal memimpin UMNO sehingga PRU akan datang.

“Kawan-kawan dalam UMNO tentu setuju dengan saya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ahmad Fadhli turut memuat naik tangkap layar tajuk laporan kenyataan yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu.

Kelmarin, Ahmad Zahid menegaskan tidak ada peningkatan sokongan kepada calon Pas pada PRK Kemaman yang lalu.

Sebaliknya, beliau berkata, terdapat kekurangan pengundi putih UMNO sebanyak 10,000.

“Oleh sebab itu apabila hanya 68.3 peratus sahaja pengundi putih UMNO yang keluar mengundi, maka ia telah menyumbang kepada majoriti yang bertambah kerana pengundi kita tidak keluar,” katanya seperti dilaporkan.

Ahmad Samsuri atau dikenali sebagai Dr Sam menewaskan pencabarnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerusi pertembungan satu lawan satu.

Naib Presiden Pas itu memperoleh 64,998 undi, manakala, Raja Mohamed Affandi yang mewakili BN mendapat 27,778 undi. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048170 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list