CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11814|Reply: 0

[Dunia] Pelari sertai maraton sambil hisap rokok

[Copy link]
Post time 19-1-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Pelari sertai maraton sambil hisap rokok

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... sambil-hisap-rokok/

Oleh KOSMO!
19 Januari 2024, 9:46 am


CHEN menyalakan api untuk merokok ketika berlari di Xiamen awal bulan ini. - Foto Weibo.

BEIJING  –  Seorang pelari China menghisap rokok sepanjang dia berlari dalam satu acara maraton di bandar Xiamen, wilayah Fujian,  lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Pelari dikenali sebagai Uncle Chen itu menduduki tempat ke-574 daripada 1,500 peserta. Dia menamatkan larian dengan catatan masa  tiga jam dan 35 minit pada 7 Januari lepas.

Pihak penganjur membatalkan penyertaan Uncle Chen, 52, kerana dia merokok semasa berlari dalam pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, berlari sambil menghisap rokok bukan sesuatu yang ganjil bagi dirinya.

Pada 2002, Uncle Chen menduduki tempat ke-574 dalam pertandingan maraton Xinanjiang walaupun dia merokok sambil  berlari.

Gambar  dia menghisap rokok ketika berlari menjadi tular di media sosial sehinggakan pihak penganjur menyiarkannya bagi mengelak sebarang keraguan.

Namun, pada tahun ini, Jawatankuasa Maraton Xiamen mengumumkan bahawa Chen tidak layak  berada dalam senarai pemenang pertandingan tersebut.

Ini kerana terdapat peraturan yang melarang pelari menghisap merokok ketika berlari. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.069607 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list