CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3277|Reply: 1

[Dunia] Pengubahan wang haram: Bekas menteri kewangan Qatar dijel 20 tahun, didenda RM26 bilion

[Copy link]
Post time 19-1-2024 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Bekas menteri kewangan Qatar dijel 20 tahun, didenda RM26 bilion

https://www.hmetro.com.my/global ... didenda-rm26-bilion

Reuters

Disiarkan pada: Januari 19, 2024 @ 12:10pm


ALI Sherif al-Emadi. FOTO Reuters

Doha: Mahkamah jenayah di Qatar menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun kepada bekas menteri kewangan negara itu kerana melakukan pengubahan wang haram lebih AS$5.6 bilion (kira-kira RM26.4 bilion).

Berdasarkan dokumen yang dikongsikan, mahkamah memerintahkan Ali Sherif al-Emadi membayar denda melebihi AS$16.7 bilion (kira-kira RM78.7 bilion).

Ia meliputi 40.9 bilion riyal (kira-kira RM51.41 bilion) atau dua kali ganda jumlah wang yang diubahnya itu, dan ditambah dengan denda tambahan berjumlah lebih daripada 21 bilion riyal (kira-kira RM26.3 bilion).

Hakim turut mendapati Sheikh Nawaf Jassim Jabor Al Thani, ahli keluarga pemerintah Qatar yang juga abang kepada bekas perdana menteri Qatar, bersalah kerana menyalahgunakan dana awam, dan dihukum penjara enam tahun dan didenda 825 juta riyal (kira-kira RM1036.9 juta).

Emadi dan Sheikh Nawaf, yang menghadapi perbicaraan bersama 14 yang lain, boleh merayu terhadap sabitan, yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 10 Januari.

Namun, tidak jelas sama ada kedua-duanya sudah membuat pengakuan sebagai jawapan kepada pertuduhan semasa perbicaraan.

Peguam Emadi tidak menjawab permintaan media untuk mengulas mengenai sabitan itu dan Emadi, sejak ditangkap, tidak pernah memberikan ulasan.

Katara Hospitality, syarikat yang dipengerusikan Sheikh Nawaf sebelum ini, enggan memberikan butiran hubungannya dengan individu berkenaan.

Malah, sebuah yayasan kebajikan yang dikendalikan oleh cawangannya dalam keluarga pemerintah, yang sebelum ini dipengerusikannya berkata, ia tidak lagi mempunyai kaitan dengan individu itu .

Menurut dokumen itu juga, Emadi disabitkan bersalah termasuk atas tuduhan rasuah, salah guna jawatan dan pengubahan wang haram.

Seorang peguam yang mewakili seorang lagi defendan dan sumber yang mengetahui kes itu mengesahkan kandungan dokumen mahkamah setebal lima muka surat.

Emadi ditangkap pada Mei 2021 dan dipecat sebagai menteri kewangan.

Perdana Menteri Qatar dan Menteri Luar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani berkata, siasatan ke atas Emadi adalah berkaitan kapasitinya sebagai menteri kewangan, dan bukan jawatan lain yang dipegangnya dalam komuniti perniagaan semasa menjadi menteri.

Siasatan antirasuah berprofil tinggi sedemikian adalah luar biasa di negara teluk itu, di mana tokoh awam berpangkat tinggi jarang menghadapi penelitian atau pendakwaan awam.

Sehari sebelum penahanan Emadi pada 2021, emir Qatar memansuhkan peruntukan yang memberikan menteri dengan kekebalan daripada pendakwaan, menurut warta rasmi.

Sheikh Nawaf, abang kepada bekas perdana menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim Al Thani, adalah pengerusi Katara Hospitality sehingga 2021, cabang hotel QIA, yang memiliki Savoy di London dan Plaza New York dan membangunkan projek hotel Katara Towers bernilai AS$600 juta (kira-kira RM2828.6 juta) di Qatar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 08:18 PM | Show all posts
Kat malaysia bila lagi?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.080002 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list