CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6109|Reply: 40

[Tempatan] Lebih baik bersedekah daripada sambut hari lahir di kubur – Dr. Zulkifli

[Copy link]
Post time 26-2-2024 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Lebih baik bersedekah daripada sambut hari lahir di kubur – Dr. Zulkifli

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -kubur-dr-zulkifli/

Oleh KOSMO!
26 Februari 2024, 6:09 pm


Dr. Zulkifli.

PETALING JAYA – Orang ramai digalakkan untuk menukar perbuatan menyambut hari jadi di kubur kepada bersedekah sama ada dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim atau memberi makan kepada fakir miskin.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, manfaat amalan tersebut jauh lebih besar buat si mati di samping turut memohon keampunan buatnya.

Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan ibu bapa berkenaan hukum mengadakan sambutan hari lahir anak yang sudah meninggal dunia di kubur dengan membawa kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi.

“Tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.

“Kami telah bahaskan berkenaan pahala yang sampai kepada si mati, walaupun dia sudah berada di alam barzakh.

“Mudah-mudahan tindakan yang kita lakukan ini dipandu oleh syarak dan seterusnya kita menjadi orang yang benar-benar mengikuti ajaran Islam,” ulasnya.

Dr Zulkifli berkata, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.

“Terdapat pelbagai cara yang diajar Rasullah SAW untuk berinteraksi dengan alam barzakh atau mereka yang ada dalam alam kubur.

“Antara perkara itu ialah mendoakan si mati serta bersedekah dengan bacaan ayat al-Quran seperti diharuskan oleh sebahagian ulama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 08:54 PM | Show all posts
ha ? sambut harijadi kt kubur as if ada potong2 kek makan2 atas kubur ka ? ke setakat ziarah ke kubur pd tarikh kelahiran si mati ???
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Trend baru ke sambut besday arwah kt kubur...sejak manusia blh pertontonkan segala benda kat satu dunia ni otak pun dah biol.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 26-2-2024 08:54 PM
ha ? sambut harijadi kt kubur as if ada potong2 kek makan2 atas kubur ka ? ke setakat ziarah ke kubu ...

Ade.. baru baru ni mak bapak arwah zayn rayyan bawak kek tiup lilin kat kubur arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedikit2 manusia menjauh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat mcm citer Coco, ada sambutan el Día de los Muertos.. Ahli kuarga yg hidup bwk makanan kat kubur utk si mati..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
xtinkerbellx replied at 26-2-2024 09:07 PM
Ade.. baru baru ni mak bapak arwah zayn rayyan bawak kek tiup lilin kat kubur arwah.

Semoga family arwah zayn dpt cpt move on. Hilang anak ni sgt sakit ya
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Org sekarang semakin merapu,gila dan bodoh semata2 nakkan perhatian masyarakat. Lapar likes lapar viral. Ada 1 trend budak tiktok ziarah kubur siap buat mcm drama. Rekod dr masuk pagar kubur pastu berbual dgn si mati dlm kubur, nangis2 sedih2.
Serius la kau sedih sgt katanya tp masih sempat pacak kamera atau suruh org rekodkan. Utk apa? Attention seeker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xtinkerbellx replied at 26-2-2024 09:07 PM
Ade.. baru baru ni mak bapak arwah zayn rayyan bawak kek tiup lilin kat kubur arwah.

Sedih tapi tulah nape ditunjuk buat benda mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 26-2-2024 09:58 PM

tp mujur lah reti tanya ustaz dulu, dari nonong je pastu naik bidio kt tt, potong kek kat kubo.. baca komen2 kat atas rupenye ade yg dh buat, tak dapek nk nolong
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pung jangan lah smpai buat benda bodoh. Nih semua sbb nak rakam nak naikkan view... Ehhhh makin parah manusia2 sekarang nih main langgar ikut suka hati kau
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembah kubur? Puja kubur?

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambut besday kat kubur? Nak kasi sape mkn
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nih mesti sbb mak pak arwah zayn bawak kek kat kubur tu tp dorang bukan letak kek terus kat situ. Bawak balik semula kek tu, masa nmpk bideo tu terpikir gak mst akan jd isu nnt ni
Sblm ni pun ada yg prnah berbuka puasa kat kubur ramai2
Tp kan ni lebih kpd fitnah kpd agama la, org akan salah phm igt depa letak dan tinggalkan mknn kat atas kubur mcm sembahan tu.
Harap dgn teguran ni pasnih elakkan la buat gini.
Iols selalu nampak org buat tahlil kat kawasan kubur pastu ada jamu2 mkn gak kat situ jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga kita terhindar dari fitnah akhir zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 26-2-2024 11:27 PM
Sambut besday kat kubur? Nak kasi sape mkn

Hungry Ghost...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah rakam demi view...orang kalau betul2 bersedih takde masa dah nak set up camera bagai kat kubur
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-2-2024 10:56 AM
Sembah kubur? Puja kubur?

  
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 27-2-2024 01:06 AM


Aku mmg tau pasal zayn. Tgk kat ig.
Jadi mcm cina bawak buah oren, nenas.
Dah diingatkan sejak zmn wujudnya manusia, bila utusan Allah meninggal, syaitan bisik ke dalam hati manusia utk buat patung untuk hilangkan rasa rindu. Last2 patung tu dipuja disembah. Takde beza pun dengan zaman moden. Sekian #modesetazah



Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 04:01 AM | Show all posts
Semakin pelik org Malaysia. Lagi byk ceramah2 agama di masjid2 dan You tube yg mengajar kepada ajaran Quran dan Sunnah, semakin ramai tersasar umat Islam Malaysia. Hairan sungguh...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188601 Replies : 4293
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 8992 Replies : 177
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29384 Replies : 211
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3662 Replies : 20
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90417 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248
"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susah sekarang"-Wanita berang DBKL Minta Selesaikan Bil Sewa RM124 Tertunggak Selama 8 Bulan
YgBenar"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susa
Views : 2564 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070522 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list