CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8181|Reply: 45

[Tempatan] Pesakit terkejut hospital swasta caj RM11.60 untuk menunggu di bilik kecemasan

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit terkejut hospital swasta caj RM11.60 untuk menunggu di bilik kecemasan

https://www.freemalaysiatoday.co ... di-bilik-kecemasan/

FMT Reporters - 29 Feb 2024, 12:28pm


Gambar bil yang diberikan kepada pesakit oleh sebuah hospital swasta di Seremban.

Pesakit itu mendakwa dicaj RM11.60 untuk menunggu selama 30 minit dan RM34 untuk “pengangkutan alat pemantau pesakit”.

SEREMBAN: Seorang pesakit yang menerima rawatan ringan di sebuah hospital swasta terkejut selepas dikenakan caj menunggu di bilik kemalangan dan kecemasan (A&E) dan juga pengangkutan untuk alat pemantau tanpa dinyatakan sebab.

Bil yang dilihat FMT, menunjukkan pesakit itu dicaj RM11.60 untuk tempoh 30 minit menunggu di bilik (A&E) dan RM34 untuk “pengangkutan alat pemantau pesakit”.

“Saya hanya mahu mendapatkan suntikan,” kata pesakit itu yang enggan dikenali kepada FMT.

“Saya ingat caj itu untuk pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan lain yang mereka lakukan ketika di dalam bilik, tetapi pihak hospital mengenakan caj RM10.60 untuk pemantauan tanda-tanda penting.

“Jika saya tahu hospital mengenakan caj untuk menunggu di dalam bilik A&E, saya akan tunggu di luar hingga nama dipanggil. Tetapi mereka yang meminta saya tunggu. Saya tidak memilih untuk tunggu di dalam bilik,” katanya.

Katanya, beliau akan membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan, dan berharap dapat penjelasan daripada pihak hospital.

Semakan FMT di beberapa hospital swasta mendapati tiada caj untuk pesakit yang menunggu atau pengangkutan untuk peralatan perubatan.

FMT cuba menghubungi pihak hospital tersebut untuk mendapatkan komen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau pegi sana sbb kau tak nak tunggu 4 jam kat a+e gomen kan?

Bayar je lah.

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Muroh doh.. masuk ER ko dok atas katil check darah tunggu MO je dah RM600
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kita ni... berbelanja ukur kemampuan bajet la. ko nk amik suntikan apa tu.. pergi bhgn kecemasan hospital awam sudah ler.
lain ler kot guna panel tempat kerja atau bulih guna medical kad tu..
zmn ekonomi slow cam gini. kena lah ubah cara hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cawan plastic measuring cup pun kena bayar dik.. tisu lap hahahahahaha

Takkan ko expect free
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 03:27 PM | Show all posts
green~tea replied at 29-2-2024 03:12 PM
Cawan plastic measuring cup pun kena bayar dik.. tisu lap hahahahahaha

Takkan ko expect free

Ye bener, berapa kali dia guna apron ke bagai and also gloves tu semua dia charge.  Kenapa tak gi je clinic for the shots.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba la bgtau spital mana??
benda mmg dah jadi kan bknnya buat cerita so nape susah sgt nak reveal.
org p spital private ni mmg kaya raya so depa charge je la segala benda mujur setiap langkah kaki menapak kat lantai spital tu depa tak caj
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 03:43 PM | Show all posts
ujung2 ko ngadu  gak kat KKM satu keje lak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 04:26 PM | Show all posts
tak pelik la....
mak aku kna operate...
aku nk teman tdoq x boleh..sebabnya class 3...
tp aku mntk ihsan... sbb mama aku x boleh bgun pegi toilet sndiri...
so aku tdoq la atas lntai lapik kain batik

nurse siap pesan kna bngun awal..klau x sister akan marah depa...

selang 2 bulan..... my mom company pggil kena byr rm30...sbb tdoq dekat ward...

insurance company x tanggung....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepital swasta sebaris ayat doctor pun dah kena caj itu baru sebaris ayat yaaa
Belum dia sentuh ko lagi,walau cuma cek suhu je pun.
Senang cite semua dorang caj tak FOC yaaaa nak bayor singgit tp semua pree sila la ke sepital kerajaan.
Tp jgnla merungut plak kalau ramai org ke apa nama juga muroh kan mesti la ramai org.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon penjelasan spital swasta..oksigen dlm spital korang 'hakmilik' korang ke..yg perlu dibayor kalo menyedutnya???
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:16 PM | Show all posts
Satu lagi, kalau warded,  berapa kali kita tekan butang panggil nurse untuk bantu tu pun dikira dan dicaj. Ada orang yg tak tahu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerusi aircon lampu tv toilet tukang kutip sampah tukang mop security guard ingat free ka
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:34 PM | Show all posts
Hospital swasta bukan untuk rakyat marhaen.. orang kaya sahaja atau siapa pun yang sangup bayar mahal.

kalau dah bayar banyak tapi merungut pulak tu tandanya tak layak.

buat konten setakat nak bagi tau harga mungkin oklah tapi janganlah pura-pura jadi victim pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:41 PM | Show all posts
FlexyFox replied at 29-2-2024 09:16 PM
Satu lagi, kalau warded,  berapa kali kita tekan butang panggil nurse untuk bantu tu pun dikira dan  ...

Kalau kat labor room, kena charged berapa kali sedut gas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada org pernah habaq, setiap gauze yg dipakai tu pun kena caj.. setiap kali doktor cuba amik darah dan gagal pun kena caj.. bayaran utk MO ato pakar amik darah pun berbeza.. dlm ertikata lain, jgn la pi spital swasta melainkan ada GL, kaya atopon insurans kaver..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la Wei gi swasta
Iols Hari tu kat kaunter admission..Ada pakcik Ni nak bayo untuk discharge Bini dia...
Dia bawak cash plak tu..takajut iols..
Dalam2 iols buat tak tau tu..iols jeling2 juga kaunter pakcik tu...
Dalam rm35k sebab bininya operation lutut ke apa tah....huk3...
Pakcik tu cakap Ni duit cash dia simpan...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 09:04 AM | Show all posts
aku kan festaim dalam sejarah hidup masuk spital kpj masa nuyer
bila discaj tgk breakdown bill baru tau rupanya setiap kali doc visit dia cas eh
padahal masuk pun takat tanya kaba ok ke tidak
haiyooo scammer
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 10:13 AM | Show all posts
Hosp swasta kat Bangi tu pun melampau chargenya. Lagi2 kalau libatkan ENT.  Kes ada  jangkitan(abcess) dlm hidung suruh pi buat CT Scan sebelum  buang abcess tu. Duduk 3 hari charge 10k++ . Gilalah. Insurance pun question apasal mahal sgt. Normal dlm 5-6k shj.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Every gauze..every titik ubat counts kt prebet...dok tunggu dlm aircond kan..kena byr aircond la tu...hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.066184 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list