CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10503|Reply: 22

[Tempatan] PMX Anwar Ibrahim: Aneh, pembangkang membisu SPRM siasat 'maha kaya'

[Copy link]
Post time 29-2-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Anwar: Aneh, pembangkang membisu SPRM siasat 'maha kaya'

https://www.malaysiakini.com/news/697726

Shakira Buang
Diterbitkan:  Feb 29, 2024 2:32 PM⋅
Dikemaskini: 3:37 PM


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyelar tindakan pembangkang yang didakwa membisu dan tidak menyatakan sokongan terhadap usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat golongan ‘maha kaya’ yang dikaitkan dengan isu rasuah.

Malah, Anwar mendakwa ada kalangan pemimpin pembangkang membela tokoh besar 'maha kaya' yang berdepan siasatan oleh agensi rasuah berkenaan.

Kata Anwar, lebih malang lagi apabila pendakwaan dibuat pihak berkenaan bertindak menyalahkannya dengan menuduh ia kerana ‘dendam kesumatnya’.

“Saya lihat di parlimen, pembangkang mengelupur seolah-olah marah, benci dan tak ada suara pembangkang yang sokong langkah membanteras rasuah. Bagi saya aneh.



“Saya semasa menjadi pembangkang, bila ada cadangan pemerintah (berkenaan) usul SPRM, saya dukung. Malah saya kata belum cukup berani (tindakan diambil kerajaan).

“Baru-baru ini ada tindakan SPRM terhadap salah satu tokoh besar yang dianggap paling maha kaya. Belum ada suara daripada pembangkang,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Anwar dipercayai merujuk kepada bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan isterinya Na'imah Abdul Khalid yang menuduh perdana menteri menyimpan dendam lama apabila SPRM melancarkan siasatan ke atas kekayaan mereka.



Daim dan Naimah masing-masing didakwa pada 29 dan 23 Jan kerana gagal mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM.

Suruhanjaya anti rasuah itu juga sebelum ini mengarahkan anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad - Mirzan dan Mokhzani - untuk mengisytiharkan harta mereka.

Sementara itu, Anwar menegaskan kerajaan memberi jaminan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pimpinan kerajaan yang didakwa terlibat salah guna kuasa atau rasuah.

Tegasnya, pihak berkuasa berkaitan termasuk SPRM bebas menyiasat mana-mana pemimpin kerajaan.



Jika benar ada dakwaan dan dibuktikan terlibat rasuah, Anwar berkata dia sendiri tidak teragak-agak untuk menggugurkan individu berkenaan daripada barisan kabinet.

“Tetapi peringatan itu jelas, SPRM takkan mungkin mengecualikan siasatan ke atas pimpinan yang ada sekarang atau memantau setiap tender atau keputusan yang dibuat.

“Kalau ada saya katakan jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang-orang berkenaan wajib digugurkan, baru boleh negara ini selamat,” katanya.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata setakat ini dia bangga imej bersih kepimpinannya apabila tiada mana-mana pemimpin yang terbukti terlibat dengan aktiviti rasuah.

Perdana menteri juga menggesa mana-mana pihak untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mempunyai bukti mengenai rasuah dalam kalangan pemimpin kerajaan.

“Sudah setahun lebih kita perintah, banyak diserang tetapi saya tanya di Parlimen dan luar Parlimen, beri satu bukti menteri atau Perdana Menteri sekarang, kalau ada yang rasuah.

“Tanya Tan Sri Azam Baki, kalau ada siasat, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman (untuk) hukum,” tambah beliau.



Kerajaan Anwar mengundang bidasan daripada pelbagai pihak tahun lalu susulan tindakan Peguam Negara memohon pembebasan tanpa pembebasan (DNAA) ke atas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan rasuah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
orng duk dendiam pon ko resah gelisah...payah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 04:57 PM | Show all posts
percayalah, politik balas dendam x pernah pudar. mungkin2 anak2 mereka akan balas dendam atas keturunan kau. kami rakyat makan pop corn.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 05:50 PM | Show all posts
masa jadi pembangkang dia cari salah kerajaan. skrg da jadi kerajaan dia cari salah pembangkang. dia ni siapa sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila bersama pmx semuanya terus putih suci...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui palui lah. Mende aku baca ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 29-2-2024 05:50 PM
masa jadi pembangkang dia cari salah kerajaan. skrg da jadi kerajaan dia cari salah pembangkang. dia ...

haha memang yee
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangnon cakap serupa taik je...tangkap dululah azam Baki tu.. sembanggg serupa taik bangnon ajee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Alih isu kelemahan pentadbiran dia

Ringgit jadi rahmah pun belum jawab lagi

#salam4.8
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertuduhan atas dakwaan gagal istihar harta. Nampak sangat manipulasi undang2 terhadap musuh politik. Anak murid yang dah diputuskan mahkamah untuk bela diri boleh pulak AGC tarik balik pendakwaan. AGC report to Jabatan Perdana Menteri. Tang mana reformasi institusi? Lepas tu acah2 terpaling tatakelola. Pergi meninggal lah dasar munafikun
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 29-2-2024 05:50 PM
masa jadi pembangkang dia cari salah kerajaan. skrg da jadi kerajaan dia cari salah pembangkang. dia ...

Dia ni PESALAH

Selain sebagai pesalah liwat dan rasuah yg pernah dipenjarakan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tangkap penyakau pun, nak kena ada sokongan dulu ke.. apa punya bingai la nuart ni...senang cite, kau ekceli takde bukti kukuh pun nk dakwa tun m/daim tp nak sorok kelemahan sdiri ko pun cipta la naratif bahawa ko x dpt sokongan blablabla so misi nak tangkap jerung menemui kegagalan sambil diapit dgn wak47dnaa yg tersenyum simpul sbelah dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 29-2-2024 05:50 PM
masa jadi pembangkang dia cari salah kerajaan. skrg da jadi kerajaan dia cari salah pembangkang. dia ...

Nampak sangat kecelaruannya
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Smua benda nampak aneh bagi kau. Yang tak aneh 47kes rasuah dpt dnaa siap jadi tpm khenss
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:01 PM | Show all posts
xy_daen replied at 29-2-2024 08:13 PM
Pertuduhan atas dakwaan gagal istihar harta. Nampak sangat manipulasi undang2 terhadap musuh politik ...

khuensttttttt... acah2 betul dia ni... ada mental disorder kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:02 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 29-2-2024 04:57 PM
percayalah, politik balas dendam x pernah pudar. mungkin2 anak2 mereka akan balas dendam atas keturu ...

yesza. bayangkan anak Tun + anak Daim + anak abahcow bergabung hentam bangnon in future.. I loikeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 12:13 AM | Show all posts
Wooow... apakah PMX X sedar bahwa Rasuah adalah perilaku asli warisan bangsa melayu yang sudah menjadi budaya sejak era empayar melaka ...

Di era masa kini ...Perilaku rasuah bahkan telah dipermoden dan comply dengan hukum syariah islam sehingga bukan lagi menjadi perbuatan Haram jika dilakukan dengan niat nak beribadah dan menolong kaum fakir miskin ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
berita berkaitan...

Tiada pilih kasih dalam siasatan Kertas Pandora - Azalina

adakah kenyataan azalina othman ini merujuk juga kepada william leong, zahid hamidi dan zafrul aziz?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:31 AM | Show all posts
Orix replied at 29-2-2024 09:02 PM
yesza. bayangkan anak Tun + anak Daim + anak abahcow bergabung hentam bangnon in future.. I loikee ...

mana mungkin anak2 mereka berdiam diri bapak mereka dihina dan diperludahkan. elok ajak anak2 najib sekali bergambung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:49 AM | Show all posts
sekarang ni pembangkang senyap, ko nak suh pembangkang guling2 kat jalan support daim ke apa?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.076248 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list