CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12965|Reply: 25

[Tempatan] Syarikat Australia minat melabur RM24.5 bilion di Malaysia, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 6-3-2024 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat Australia minat melabur RM24.5 bilion di Malaysia - Anwar

https://www.malaysiakini.com/news/698344

Leslean Arshad & Bernama
Diterbitkan:  Mar 5, 2024 9:14 PM⋅
Dikemaskini: 9:14 PM



Syarikat-syarikat terkemuka Australia berminat untuk melabur dan mengembangkan pelaburan sedia ada berjumlah RM24.5 bilion di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata hasrat tersebut telah dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan lebih 20 syarikat Australia di Melbourne pada Selasa.

Perdana Menteri sedang mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Australia yang memasuki hari kedua hari ini.

Beliau berkata antara syarikat Australia yang akan membawa potensi pelaburan tersebut ialah syarikat pengendali pusat data iaitu AirTrunk sebanyak RM11 bilion dan NextDC kira-kira RM3 bilion.

“Lynas pula berminat menambah pelaburan kira-kira RM1 bilion manakala syarikat lain yang juga akan membawa potensi pelaburan tersebut adalah Fortescue, Macquarie Group dan Arnott’s Group.

“Ini satu kemajuan yang membanggakan serta menunjukkan minat Australia dan keyakinan mereka terhadap dasar yang telah kita umumkan selama ini,” kata beliau pada sidang media bersama media Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata pelaburan tersebut akan memberi peluang kepada kira-kira 1,200 tenaga mahir di Malaysia.

Anwar berkata jumlah potensi pelaburan yang akan memasuki Malaysia juga melebihi jangkaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Dari segi perdagangan, beliau berkata potensi jualan eksport Malaysia ke Australia bernilai lebih RM900 juta melibatkan produk seperti urea, kayu, makanan dan komponen elektrik yang dijangka diraih sempena lawatan tersebut.

Beliau berkata usaha kerajaan memberi penjelasan untuk menjawab sebarang kegusaran dan kemusykilan memberi keyakinan kepada pelabur dan ahli perniagaan Australia terhadap prospek Malaysia.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang cirit dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang deraih sunggoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:20 AM | Show all posts
Dah start dah.... berminat.. biliyun biliyun.... sembaaaannggg
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis habis sembang babi terbang pokcik ni. Kete terbang takde babi terbang bersepah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 6-3-2024 02:10 PM

Kahkahkah... Makin giler si bapok tua sekor ni..pelaburan dari china, america ,eropah, timur tengah yg dicanang hari tu pun sampai skrg tak nampak bayang lagi ..ringgit makin merosot lagi ade lah ,pastu laporan fdi, kdnk pun haukk jah bwh madanon tp bapok tua sembang pelaburan byk masuk tp takde pon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lynas..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat Lawakkkkkkk pulak pmx
Merapus much

MAdanon siok sundiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 12:32 PM | Show all posts
jenuh hancing kena kencing saja neh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak penyembangan bagi kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:38 PM | Show all posts
syarikat nursajat pondan bengkung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:45 PM | Show all posts
dulu kat youtube ada orang gelar bangnon ni penipu bersiri..berdekah i gelak on the spot, dahla kat opis time tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni Zimbabwe plk berminat nk labur 3 trilliun kt sini gamaknya.....haritu yg  pg New York jln kaki  ramai2 dgn wak & japrul mana kilangnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
.......Lynas pula berminat menambah pelaburan kira-kira RM1 bilion manakala syarikat lain yang juga akan membawa potensi pelaburan.



..........Puluhan ribu manusia yang berpakaian hijau kini (26 Febuari 2012) sedang berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia.

Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan.

Mereka yang kebanyakan mewakili NGO dan parti politik pembangkang datang sejak awal pagi lagi. Beberapa pemimpin politik hadir memberi sokongan kepada himpunan berkenaan. Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub, Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang dan lain-lain.



......filem Tamil pun x sehebat madanon punya belit
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya sembang until swine can fly..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
I percaya pmx 200%
Apa sahaja yg keluar Dari mulut heshe skarang ini Adalah benar belaka

Terima kasih, lourvee you poreber pmx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mamakcool replied at 6-3-2024 12:04 PM
Lynas..hahaha

               
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak tu....total ada kat ratus billion kot jumlah yg nak dilaburkan kat msia...lagi bape bulan maybe sampai trillion kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
xhabis2 konon itu ini nak invest biliyon2 kat msia. MANA?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Good to know. Jgn lupa sebarkan lagi ke media bila dh sign MoU nnt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.086020 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list