CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24752|Reply: 15

[Jenayah] Kuala Krai 'lubuk' kemalangan libatkan lembu

  [Copy link]
Post time 30-3-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Krai 'lubuk' kemalangan libatkan lembu
Oleh
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
30 Mac 2024 01:27pm

Sebanyak 23 kes kemalangan melibatkan lembu direkodkan di kawasan Kuala Krai bermula Januari tahun ini.

KUALA KRAI - Kuala Krai menjadi 'lubuk' kemalangan melibatkan lembu apabila sebanyak 23 kes dicatatkan di kawasan ini bagi tahun 2024 bermula Januari hingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, seorang wanita berusia 35 tahun menjadi korban akibat haiwan berkenaan dalam kejadian di kilometer 80 Jalan Gua Musang - Kota Bharu di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berkait kemalangan itu pada jam 7.24 pagi melibatkan motosikal dengan seekor lembu.

Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu yang melintas jalan di kilometer 80 Jalan Gua Musang - Kota Bharu pada Jumaat.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal dalam perjalanan dari RPT Chuchoh Puteri B menghala ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk pergi bekerja.

"Apabila sampai di lokasi mangsa, Norsyamimi Mayedin telah melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan.

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut beliau, jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perkembangan sama, Mazlan memberitahu, daripada 23 kes tersebut 20 kes melibatkan kerosakan kenderaan dan dua kecederaan.

Beliau berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati semasa berada di sekitar kawasan Kuala Krai yang selalu merekodkan kemalangan melibatkan lembu.

Tambah beliau, laluan itu terutamanya di kawasan Telekong, Keroh, Batu Jong, Pahi, Bukit Ahkim dan kawasan Laloh.

"Pemilik lembu juga dinasihatkan agar memastikan haiwan peliharaan mereka tidak dilepaskan sewenang-wenangnya dikhuatiri boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2024 05:56 PM | Show all posts
Pekerja pembersihan maut motosikal rempuh lembu lintas jalan
Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Mac 30, 2024 @ 1:57pm
bhnews@bh.com.my

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya merempuh lembu melintas jalan di Kilometer 80 Jalan Gua Musang - Kota Bharu pagi semalam. - Foto ihsan Polis

KUALA KRAI: Seorang pekerja pembersihan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 80 Jalan Gua Musang-Kota Bharu dekat Bukit Ah Kim di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.24 pagi itu, mangsa, Norsyamimi Mayedin, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di HSIP Kuala Krai dari rumahnya yang terletak di RPT Chuchoh Puteri B.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal telah melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan mengalami kecederaan parah di bahagian

kepala serta badan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata, statistik kemalangan membabitkan haiwan peliharaan di Kuala Krai bagi tempoh Januari hingga semalam adalah sebanyak 23.

"Daripada jumlah kes itu, sebanyak 20 kes membabitkan kerosakan kenderaan, dua kes membabitkan kecederaan dan satu kes maut.

"Di kawasan Kuala Krai yang selalu merekodkan kemalangan membabitkan haiwan ternakan terutamanya di kawasan Telekong, Keroh, Batu Jong, Pahi, Bukit Ahkim dan Laloh," katanya.

Beliau menasihatkan pemilik haiwan ternakan supaya tidak membiarkan ternakan mereka dilepaskan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

"Pihak kami turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa melalui kawasan haiwan yang sering kali melintas jalan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sb yg tinggal kt situ pun lembu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu je?
Nasihatkn pemilik lembu jgn lepas lembu merata?
Pemilik pon bodo supo lembu nok oyak wi
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-3-2024 05:56 PM
Pekerja pembersihan maut motosikal rempuh lembu lintas jalan
Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Mac 30, 2024  ...

Miltank tersenyum sinis



Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 30-3-2024 06:52 PM
Gitu je?
Nasihatkn pemilik lembu jgn lepas lembu merata?
Pemilik pon bodo supo lembu nok oyak wi:huf ...

Sama jer bila kes kena scam.' orang ramai dinasihatkan agar berhati hati dengan scammer'.bukan nak tangkap scammer pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 30-3-2024 06:52 PM
Gitu je?
Nasihatkn pemilik lembu jgn lepas lembu merata?
Pemilik pon bodo supo lembu nok oyak wi:huf ...


Patutnya pbt htr staf pantau, ada je nmpk lombu2 & yg sewaktu dgnnya tepi jalan, angkut je. Cukup time sembelih sedekah kat org.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 07:52 PM | Show all posts
Nasihat ke hulu, nasihat ke hilir...

Nak saman pun xboleh sebab level husnuzon sgt tinggi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 30-3-2024 06:59 PM
Miltank tersenyum sinis {:m ...

Wow puting.
Pokemon kesukaan ipan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sek kito jange pecoh palo
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.  Dah ajal tapi soalan serious, motor mmg beli tak de break ye.  Iols tak rasa arwah ni rempit sampai x ssmpat mengelak arau sloe down ke. mesti stardard speed acik2 bawak motor
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya 23 bangkai lembu, kalau blender proses jadi burger BigMac laku tak?

Sebab Lady Gaga pesan dan nasihat, lepas bunuh lembu, musti buat burger

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis la kena tangkap lepas tu sembelih jual. Tak denya haram daging tu. Sebab sape suruh owner lepas bebas.kalau lembu bersepah tepi jalan kena langgor kereta motor kan bahaya. Bahaya lebih daripada dibiorkan terbior. Benda mudah pun tak boleh pikir. Bagi notis awal kat tepi jalan. Saman owner yang claim tu 1k. Gerenti lepas tu dah kurang isu ni. Ini tidak main ambik mudah macam selalu kan, dibior sampah sarap tepi jalan. Ha ini kali kalu orang majlis tak nak kena maki berjemaah sebab membiorkan ternakan orang tak geti bahasa ni, buat tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lembu tu mati tak???
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke matpit atau pencuri kt area Kuala Krai tu...? Curi je la lembu yg berkeliaran tu..pastu jual kt negeri lain...

Kalau kemalangan akibat lembu..mungkin owner lembu buat derk...

Kalo lembu dh hilang sekor2...confirm owner akan jaga lembu2 punya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Myb kena tukar nama dr kuala krai kpd kuala heppi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.072821 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list