CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1362|Reply: 0

[Jenayah] PATI sembunyi di balkoni, menyamar pelanggan elak dicekup Imigresen

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:32 AM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup bersembunyi di balkoni rumah bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor yang melakukan serbuan di sekitar Senai, dekat sini tengah malam semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, seorang lagi PATI dikesan menyamar sebagai seorang pelanggan ketika premis perniagaan itu diserbu pihak berkuasa.

Katanya, mereka merupakan sebahagian daripada 43 PATI yang ditahan JIM Johor menerusi Ops Sapu dan Ops Selera yang dijalankan di 15 kawasan titik panas yang telah dikenalpasti di sekitar Senai.

“Seramai 123 warga asing dan tempatan telah diperiksa dengan 43 orang daripadanya yang berasal dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Nepal ditahan kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Baharuddin memberitahu, dalam satu operasi berasingan di Pasir Gudang semalam, pihaknya menahan seramai 206 warga asing di sebuah tapak pembinaan di kawasan berkenaan.

“Dalam Ops Mahir itu, seramai seramai 530 warga asing dan tempatan diperiksa dan 206 warga asing ditahan, dengan seorang lelaki warga tempatan turut ditahan.

“Mereka yang ditahan melibatkan 132 warga Bangladesh; 53 warga China; 10 warga Myanmar, enam warga Pakistan; tiga warga Indonesia; dua warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 61 tahun,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c); Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), selain turut disiasat mengikut Peraturan 17(b) dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

SEORANG pendatang asing tanpa izin bersembunyi di balkoni sebuah premis untuk mengelak ditahan Imigresen Johor yang menjalankan serbuan di sekitar Senai, Johor Bahru, tengah malam semalam.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.132148 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list