View: 1835|Reply: 8
|
[Dunia]
Lelaki nyaris maut motosikal elektrik tiba-tiba terbakar
[Copy link]
|
|
MOTOSIKAL elektrik milik Wichuthat terbakar di Phuket semalam. - Foto Eakkapop Thongtu
BANGKOK – Seorang lelaki nyaris maut apabila motosikal elektrik yang dia tunggang terbakar di Phuket, petang semalam, lapor portal berita Thaiger.
Bagaimanapun, Wichuthat Chotchuang, 28, tidak mengalami kecederaan dalam kejadian pukul 5.20 petang (waktu tempatan) itu.
Kejadian berlaku ketika Wichuthat dalam perjalanan menuju ke utara apabila dia melihat asap keluar daripada motosikalnya.
Bertindak pantas, dia berhenti dan turun daripada motosikalnya serta beredar untuk menyelamatkan diri.
Walaupun orang ramai berusaha memadamkan api, percubaan mereka sia-sia.
Jentera bomba dari Perbandaran Srisoonthorn telah dipanggil ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran, lapor akhbar The Phuket News.
Wichuthat berkata, motosikalnya yang baru berusia setahun berfungsi seperti biasa sehingga menunjukkan tanda-tanda terlalu panas.
Tidak lama selepas itu, asap mula keluar dari sekeliling motosikalnya, mendorongnya untuk memeriksa sebelum segera beredar. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
overheating disebabkan apa agaknyaj |
|
|
|
|
|
|
|
itu hari bila aku kata EV ni ibarat bom jangka..
ada plak porumer CI ketawa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri..baru terlintas nk beli buat ke sejid bln ramadhan haritu..tp tpikir cam senang je org nk curi ..ni sng terbako lg takot dfr! |
|
|
|
|
|
|
|
Kan lately ada byk kes electric vehicle yg tiba2 terbakar, bas pun ada, puncanya sbb bateri betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dahlah cuaca tengah panas melampau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Di China pun sangat popular dan common motosikal elektrik ni. Banyak juga kes terbakar. Menurut kata Tiktok la... ka whatsapp?
|
|
|
|
|
|
|
|
x leh bayangkan kalo time traffic jam tibe2 kaboom meletop sebuah kt sebelah ko. Naya sesaje |
|
|
|
|
|
|
|
nasib dia tersedar sempat selamatkan diri
kalau tak dgn dia dgn org sekeliling kut terkena |
|
|
|
|
|
|
| |
|