CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18558|Reply: 14

Hampir 90 peratus pekerja Malaysia pilih masuk pejabat 3 hari seminggu

  [Copy link]
Post time 6-5-2024 10:53 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Sebanyak 86 peratus pekerja Malaysia memilih untuk masuk ke pejabat hanya tiga hari seminggu dan selebihnya melakukan tugasan dari rumah.

Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem berkata, peratusan tersebut diperoleh menerusi tinjauan Workmonitor 2024 yang dilakukan pihaknya membabitkan 517 pekerja negara ini bagi tempoh 23 Oktober hingga 11 November tahun lalu.

Katanya, 39 peratus daripada responden memilih berhenti kerja sekiranya majikan meminta untuk menghabiskan lebih banyak masa di pejabat.

Fahad turut memaklumkan, disebabkan perkara tersebut, pencari kerja semakin lantang dalam memilih pekerjaan bahkan menolak jawatan dengan gaji lebih tinggi yang memerlukan catatan kehadiran harian ke pejabat.

“Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.

“Dua daripada lima responden berkata mereka melakukan perubahan hidup seperti berpindah atau mempunyai haiwan peliharaan dan menjangkakan kerja fleksibel diteruskan selepas pandemik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, fleksibiliti perlu merangkumi pelbagai aspek termasuk aturan kerja yang menggalakkan ekuiti meskipun majikan menetapkan peraturan ketat untuk hadir ke pejabat dan pengiktirafan pengalaman pekerja.

Katanya, kaji selidik tersebut juga mendedahkan, satu dalam dua responden berkata, pihak majikan telah memperkenalkan polisi wajib bekerja lima hari di pejabat.

“Malah, satu dalam 10 responden berkata, majikan mereka tidak mempunyai polisi bekerja secara fleksible,” katanya.

Sementara itu, tinjauan berkenaan turut mendapati 52 peratus rakyat Malaysia tidak akan menerima pekerjaan sekiranya syarikat tidak proaktif dalam meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
X agak2 bila semua org mau jadi bos, pagi jogging dan sarap masuk kerja jam 10 keluar ofis jam 3 sebelum jln jem, selama 5 hari
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 06:45 AM | Show all posts
malas nye ko dik, tapi gaji nak full kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:44 AM | Show all posts
Malaysia nie dah boleh mula kerja 4 hari setengah. hari jumaat half day cukuplah. Tak guna berlebih masa di pejabat sbbnya yg kaya dan mendapat manfaat lebih hanya top management.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu aku..aku pilih xmasuk lgsg..boleh???hihih
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 09:32 AM | Show all posts
hahaha, gaji pulak nak full, pastu meronta2 nk kluarkan epf..dasar....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 10:25 AM | Show all posts
Betullah nak gaji besar tapi kerja 3 hari sahaja, seronok kalau jadi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:40 AM | Show all posts
L.U.S.M replied at 7-5-2024 08:24 AM
Klu aku..aku pilih xmasuk lgsg..boleh???hihih

hahah sama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 02:02 PM | Show all posts
x faham apa yg malasnya keja kat opis 3 hari?
2 hari lg tu keja juga di rumah.

so xde konsep "gaji nak penuh keja sikit"
keja kat rumah lagi x menentu masa sbb laptop, system suma boleh akses bila2 masa.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:13 PM | Show all posts
Edited by _blackbird at 7-5-2024 02:14 PM

kerja jadi sales atau lobi tender nokkk, mmg kerja nampak mcm lek lek john jurr mcm kerja tak kerja, semua org wonder ko ni kerja apa sebenarnya rilex jerrr, income masyuk.. masa aku buat salesman biasa2 je comission aku tak pernah kurang dari 3k permonth, permonth on average pon 6-8k dah campur basic + other allowances. pastu lobi project pulak, income aku boleh jejak 5 figure sebulan. waktu kerja flexible, work from everywhere, anytime ahhgituhhhh tapi pressure boleh tahan juga. kerap juga aku kena anxiety last last berenti juga tak boleh tahan. saiyaaaa taaa kuaadddd awaaaaaaa
kerja 9-5 hari2 kat opis lagi aman damai rasa bahagia   


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:28 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 7-5-2024 07:44 AM
Malaysia nie dah boleh mula kerja 4 hari setengah. hari jumaat half day cukuplah. Tak guna berlebih  ...

i sokong sgt idea u.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:21 PM | Show all posts

kerja 4 hari setengah dah cukup dan boleh imbangi tuntuan kenaikan gaji untuk jangka pendek.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:26 PM | Show all posts
aku dr PKP sampailah skang WFH. pegi opis bila perlu saja cth boss nak miting or amek stok. kalau x mmg aku kat rumah sajalah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:07 PM | Show all posts
pakcik aku yg keje driver lori pun setuju idea tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Claudia_Lestat: aku dr PKP sampailah skang WFH ...


Meh la share awk kerja mana. Ada kosong tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059171 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list