View: 4068|Reply: 1
|
[Dunia]
Dua rakyat Malaysia cedera insiden letupan bom di Narathiwat
[Copy link]
|
|
Dua rakyat Malaysia cedera insiden letupan bom di Narathiwat
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -bom-di-narathiwat/
Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
7 Mei 2024, 3:24 pm
Lokasi kejadian letupan bom melibatkan motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, Thailand malam tadi.
KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia cedera ringan dalam insiden letupan bom melibatkan motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, Thailand malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 9.35 malam waktu Thailand itu turut mengakibatkan enam lagi individu mengalami kecederaan.
Kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.
Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Katanya, kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mereka yang terlibat berasal dari Kelantan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Malaysia tu betul ka legit? Berita TV kata lepas insiden masing2 balik rumah keluarga di belah2 situ gak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|