CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3067|Reply: 0

Pemimpin tidak kira agama perlu perjuang keadilan – Anwar

[Copy link]
Post time 7-5-2024 11:56 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin pelbagai agama untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memperjuangkan keadilan.


Beliau berkata, tidak kira sama ada Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan pelbagai lagi agama yang lain adalah bertanggungjawab dalam memastikan keadilan ditegakkan.


“Pemimpin-pemimpin agama ambil tempat anda dan (jadi) lebih efektif. Galakkan pandangan anda kepada pengikut masing-masing. Anda mungkin Muslim, Buddha, Hindu atau Kristian, (namun) keadilan adalah keadilan.


“Tiada dalam mana-mana agama yang membiarkan atau membenarkan timbang tara yang tidak adil,” katanya berucap pada Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 di sini hari ini.


Anwar memberikan contoh yang mana Malaysia sebuah negara majmuk pelbagai agama dengan kira-kira 60 peratus rakyatnya beragama Islam.


Katanya, Islam ialah agama Persekutuan, tetapi dalam masa sama pemimpin negara komited memastikan setiap rakyat Malaysia tidak kira Muslim, Kristian, Buddha dan Hindu mempunyai hak di negara ini.


“Di banyak-banyak negara yang mana (sesuatu) agama itu minoriti, ia ditindas, dilayan seperti rakyat kelas kedua, hak mereka dinafikan, malah diseksa.


“Jadi ini mesej bahawa kita di Malaysia walaupun kami berpegang kepada prinsip Islam, kami mahukan keadilan kepada semua rakyat di negara ini.


“Mesej ini jelas dan terang kepada rakan-rakan di sini, di luar negara serta timur dan barat. Ini mesti dihormati tidak kira orang Islam itu majoriti di Malaysia atau manoriti di negara lain,” katanya.


Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya melibatkan penyertaan hampir 2,000 ulama dan cendekiawan dari 57 negara.


Ia disifatkan sebagai persidangan antarabangsa ketua-ketua agama paling penting dianjurkan oleh benua Asia selain turut dihadiri Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr. Mohammed Abdulkarim Al-Issa.


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049736 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list