CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5130|Reply: 66

[Dunia] 300 jemaah Malaysia di Makkah bingung gagal dapat kebenaran tunai haji guna visa pelancong

  [Copy link]
Post time 11-5-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengumumkan 15 Mei ini adalah hari terakhir bagi tamat tempoh visa umrah untuk jemaah yang datang dari luar Arab Saudi. - Foto Bernama





PUTRAJAYA: Kira-kira 300 bakal jemaah haji yang sudah berada di Makkah, kini dalam kebingungan apabila agensi umrah yang menguruskan perjalanan mereka, gagal menunaikan janji untuk mendapatkan kebenaran mengerjakan haji pada musim ini.

Bakal haji terbabit menyedari diperdaya selepas mendapati pakej haji yang murah ditawarkan agensi terbabit, menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadat itu.

Menerusi hantaran di Facebook Forum Umrah DIY, seorang pengguna dikenali Zhyema Zhyedee, mendakwa dihubungi rakannya yang berada dalam kelompok terbabit dan kini berada di Makkah, bagi mendapatkan bantuan selepas menyedari diperdaya agensi berkenaan.

Zhyema berkata, rakannya dimaklumkan agensi pelancongan terbabit menjanjikan untuk memberi gelang kebenaran mengerjakan haji, namun masih gagal berbuat demikian sehingga hari ini.

Beliau mendakwa, rakan itu juga memberitahu agensi terbabit turut mengarahkan jemaah berkenaan agar tidak keluar dari hotel, dikhuatiri ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

"Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke Makkah sebelum ini, saya juga sudah menasihatinya supaya berhati-hati dengan syarikat yang menawarkan khidmat haji dengan bayaran murah kerana banyak yang dia tidak tahu mengenai selok-belok pengurusan perkhidmatan agensi haji.

"Pihak agensi mengenakan bayaran RM45,000 bagi setiap individu dan ketika di KLIA, baharulah dia perasaan seolah-olah ditipu selepas diberikan visa pelancong untuk mengerjakan haji," katanya dalam hantaran di forum Facebook berkenaan.

Perkongsian yang dimuat naik di laman forum Facebook kira-kira lima jam lalu itu menerima lebih 200 komen daripada netizen yang memberi nasihat serta saranan agar mereka yang terbabit pulang ke Malaysia bagi mengelak tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Seorang pengguna dikenali sebagai Afiz Ayub, menyarankan mereka yang terbabit berjumpa dengan Kedutaan Malaysia dan pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini berada di Tanah Suci Makkah bagi mendapatkan nasihat.

Afiz Ayub turut menyarankan, agar kesemua mereka pulang ke tanah air bagi mengelak ditahan dan dikenakan tindakan pihak berkuasa Arab Saudi.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini mengumumkan 15 Mei ini adalah hari terakhir bagi tamat tempoh visa umrah untuk jemaah yang datang dari luar Arab Saudi.

Kementerian itu berkata, tarikh tamat tempoh visa yang diawalkan dari 29 (7 Jun) ke 15 Zukaedah (24 Mei) itu bertujuan bagi melancarkan perjalanan jemaah haji dari seluruh dunia ke kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadah haji tahun ini.

Menerusi infografik dikongsi di platform X sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi turut mengumumkan pelaksanaan penalti berjumlah 10,000 riyal (RM12,641) jika melanggar peraturan seperti larangan memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji 2024.

Tujuh kawasan ditetapkan itu ialah Makkah, wilayah Tengah, Masayir, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Penalti itu akan dikenakan terhadap kesemua individu termasuk warga tempatan manakala rakyat asing yang ditahan akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Riyadh untuk tempoh yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut.

Difahamkan, pelanggaran peraturan itu boleh membawa kepada hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga 50,000 riyal (RM63,096).

BH akan cuba menghubungi TH dan Kedutaan Malaysia di Riyadh bagi mendapatkan maklum balas mengenai hal ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Agensi apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah, berita from FB umrah dan haji ni. Dah jadi bahan berita. Abislah, pecah lobang. Siap sedia kena deport kalau kerajaan arab saudi dpt tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 06:04 PM | Show all posts
tetiba teringat plak makcik aku bebel aku ni taknak ke pegi haji berbayar mcm ni, aku pegi melancong oversea ada duit plak hahaha.  ntahle aku register je kot kt tabung haji, kalau ada rezeki tu adelah, takde rezeki mintak jelah waris aku bayarkan je badal haji aku nnt.  kalau betul kata iman dah kuat patutnya kena percaya jugak ketentuan Allah swt, kalau Allah lapangkan jalannya adalah tu, takde pun redha jelah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
buat hal lagi..cubalah ikut jer peraturan yg ada..ikut saluran yg betul...dahlah gomen arab saudi ni tegas..sat nanti kita punya kuota kena slash
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 06:51 PM | Show all posts
RM45,000 itu harga haji persendirian/swasta ke.  Kalau dgn TH, skr ni berapa biayanya dn kalau dgn swasta, paling murah berapa ye?  Mahal juga biaya haji. Bagi mereka yg kena tunggu bertahun2, sampai masa dpt pergi, bertambah naik pula tambangnya.  Drp mampu jadi tak mampu pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 11-5-2024 07:23 PM

tapi kira dorg dtg sbgai umrah jelah kan, dh haji tipu. plus tarikh last umrah pun 24hb. knp tak kira sbg umrah je, pastu balik lah sbelum habis tempoh umrah tu.(kot salah idea, maapler) tp mmg kena goreng la smpi 45k. kalau umrah 45k sorg mewah siap ade drebar naik glc gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 11-5-2024 06:51 PM
RM45,000 itu harga haji persendirian/swasta ke.  Kalau dgn TH, skr ni berapa biayanya dn kalau dgn s ...

Rasanya itu paling murah yg swastanoffer skrg ...sbb t20 kalau muassasah kena rm32k..sah2 swasta lg mahal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tiap tahu cerita mcm ni. tak menyabar nak pergi tapi kena tipu . tunggu je lah dari TH. tak payah ambik jalan belakang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita recycle tiap2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut jer lah giliran...kalau tak dapat buat rayuan..kalau ada rezeki ada lah. Ni semua nak shortcut lah...nak potong queue lah. Mungkin ada orang lain yang lebih layak tapi sebab kau nak potong queue nama orang tu kena push ke belakang. Bila selfish camni ingat Haji u mabrur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:44 PM | Show all posts
nolya replied at 11-5-2024 06:51 PM
RM45,000 itu harga haji persendirian/swasta ke.  Kalau dgn TH, skr ni berapa biayanya dn kalau dgn s ...

... pakej swasta ada pakej rahmah <rm50k
senang merayu melalui pakej swasta sebab depa ada quota depa
syarat: dah berdaftar dengan TH sebelum tahun tertentu (2016 tak silap utk tahun ini)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 11-5-2024 06:51 PM
RM45,000 itu harga haji persendirian/swasta ke.  Kalau dgn TH, skr ni berapa biayanya dn kalau dgn s ...

Haji mmg utk golongan yg mampu jahh.. kalau tak mampu tu, maknanya bkn rezeki la
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 11-5-2024 07:15 PM
Rasanya itu paling murah yg swastanoffer skrg ...sbb t20 kalau muassasah kena rm32k..sah2 swasta l ...

Rayuan kena bayar full macam t20
Then plus pakej aper yang nak.........
Nak hotel dekat masjid mahal ler dari hotel 300m....500m dari masjid
Aperpun ikot rezeki masing2
Yang bagi cukup duet pun dari Allah juger
Sesiaper yang sangat berhajat nak selesaikan rukun islam ke5 semasa hidup dan ketika sihat walafiat, doa ler banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap tahun jadi mcm ni ujung2 hadap jugak menyusahkan kerajaan melalui tabung haji.biarkan je diorg.. xleh?sbb diorg bukan buta2 kena tipu.diorg sebenarnya tahu risiko.selfish
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 11-5-2024 07:59 PM
Haji mmg utk golongan yg mampu jahh.. kalau tak mampu tu, maknanya bkn rezeki la

Dekat Indonesia boleh buat pinjaman bank untuk buat haji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 11-5-2024 08:24 PM
Rayuan kena bayar full macam t20
Then plus pakej aper yang nak.........
Nak hotel dekat masjid mah ...

Rayuan tu tak kira b40 pun akan kena caj as t20 kan bila berjaya dpt?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
????????????

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
iols sejak tahu sedara kene sidai kat klia (kes lepas covid thn bila lupa) terus takde hati nak guna private agency camni. byr bukan murah.
tggu je la giliran th kalau ada rezeki dapat pergi waktu muda sihat skrg ni kalau ditakdirkan betul2 ikut giliran iols 2038 baru dpt. kwn2 ramai dah pergi last year, this year lagi ramai dpt.

habis tu yg 300 org ni camne???
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 11-5-2024 10:03 PM
Rayuan tu tak kira b40 pun akan kena caj as t20 kan bila berjaya dpt?

aah...rayuan bila dpt je terus kene bayar mcm t20.
kazen iols laki dpt pergi, sekali wife takdpt join skali. merayu alhamdulillah dpt. 14/5 ni berangkat

***iols baru tahu kalau isteri dpt panggilan, InsyaAllah suami akan dpt tapi kalau suami yg dpt panggilan belum tentu isteri blh join skali
kwn2 iols kebetulan semua isteri yg dpt pggilan, so suami pun dpt jugak. dpt la masing2 hrga m40 byr 19k++
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076474 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list