CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1046|Reply: 0

[Jenayah] 'Kemenangan bukan perkara yang hanya patut dibanggakan' - Amirudin ulas kejayaan PH di KKB

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:24 AM | Show all posts |Read mode
HULU SELANGOR, 11 Mei -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bercakap ketika sidang media selepas pengumuman Ahli Dewan Undangan (ADUN) N.06 Kuala Kubu Bharu yang baharu di Bangunan UMNO Bahagian Hulu Selangor hari ini.





KUALA LUMPUR: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu bukan suatu perkara yang hanya patut dibanggakan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga Pengerusi PH merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, sebaliknya menegaskan kejayaan itu adalah amanah rakyat dan harus menjadi tanggungjawab pemimpin yang diberikan kepercayaan untuk terus memajukan negeri dan memulihkan negara.

Katanya, warga Kuala Kubu Bharu sudah membuat pilihan untuk meneruskan kemajuan di kawasan itu dan Selangor dengan memilih Kerajaan Perpaduan Selangor, sekali gus mengangkat calon PH, Pang Sock Tao sebagai wakil rakyat baharu.

Melihat kepada keputusan di peringkat lokaliti, Amirudin berkata, sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan meningkat secara menyeluruh dan kepercayaan orang Melayu kepada Kerajaan Perpaduan berkembang serta memekar.

"Sokongan masyarakat Cina dan komuniti India serta Orang Asli juga terus mengukuh. Ini adalah tanda bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita menerima bahawa kita saling memerlukan dan Pasukan Perpaduan adalah gabungan tepat yang mampu majukan negara dan membela rakyat secara adil.

"Keputusan rakyat hari ini adalah isyarat bahawa mereka tidak mahu ejen pemecahbelah untuk mewakili mereka. Sebaliknya, rakyat inginkan penyatuan dan kebersamaan sebagai asas untuk membawa kemajuan ekonomi negeri dan negara yang dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup semua.

"Suara warga KKB hari ini juga pengiktirafan kepada khidmat, jasa dan bakti mendiang Lee Kee Hiong yang telah membela penduduk di sini sejak 2013. Keputusan ini juga memberikan tanggungjawab kepada Pang Sock Tao supaya legasi mendiang diteruskan," katanya.

Selaku Menteri Besar Selangor, Amirudin memberi jaminan akan memastikan bahawa ikhtiar dalam tempoh kempen dilaksanakan sebaik mungkin bagi kemaslahatan warga Kuala Kubu Bharu dan Hulu Selangor.

"Saya ingin ucap syabas dan terima kasih kepada seluruh petugas penjawat awam, baik Polis Diraja Malaysia atau petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengawal selia proses kempen sejak 27 April lalu serta pihak berkuasa tempatan di Hulu Selangor yang memastikan proses ini berjalan sebaiknya," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Beliau juga berterima kasih kepada jentera PH, ahli PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) serta rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan, iaitu Barisan Nasional (BN) yang telah menjayakan gerak kerja kempen dengan cuba menyantuni seramai mungkin warga Kuala Kubu Bharu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.080505 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list