CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 0

[Jenayah] Sambutan 25 tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Maghrib dan solat Hajat bersama pemimpin dan ahli parti sempena Sambutan 25 Tahun PKR di Sentul Depot malam ini. - Foto Bernama





KUALA LUMPUR: Kehadiran hampir 10,000 pengunjung memeriahkan acara Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di sini, sejak pagi tadi.

Pengarah acara itu, Wong Chen, berkata majlis pada hari ini yang berkonsepkan mesra rakyat membolehkan pengunjung bertemu pemimpin parti itu dengan lebih dekat.

"Presiden PKR (yang juga Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang meminta program ini dijalankan secara terbuka. Seperti kita tahu rakyat lebih suka program yang ada pasar sementara (pop up market).

"Hari ini juga ada kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun hingga 50 peratus," katanya kepada BERNAMA ketika ditemui pada majlis itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Subang Jaya berkata terdapat dua sesi diadakan pada hari ini iaitu 'Pop Up Market' untuk sesi pagi dan kehadiran kepimpinan tertinggi pada sesi malam.

Sementara itu, pengunjung yang juga ahli PKR, Teoh Geok Chor berkata program hari ini sangat memudahkan rakyat dengan pameran dan gerai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan jualan.

"Saya datang dari Bagan, Pulai Pinang sejak awal pagi tadi. Semuanya sangat baik. Ada gerai makan dan kaunter trafik PDRM dan saya baru sahaja selesai bayar saman," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Dekyah Masmaria Wahab, berkata pendekatan sambutan itu seiring dengan sifat Perdana Menteri yang sentiasa bersatu hati bersama masyarakat.

"PM (Anwar) kita memang dekat dengan rakyat. Sentiasa bersikap sederhana (low profile) dan tidak memburuk-burukkan parti lain," katanya.

Selain Anwar, turut hadir malam ini Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli serta Naib Presiden Amirudin Shari, Chang Lih Kang, Nik Nazmi Nik Ahmad, Aminuddin Harun, Nurul Izzah Anwar, Saraswathy Kandasami dan Awang Husaini Sahari.

Hadir sama Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Penerangan, Fahmi Fadzil; Ketua Wanita, Fadhlina Sidek dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim.

Malam sambutan ulang tahun PKR itu ialah acara kemuncak bagi meraikan ulang tahun ke-25 parti berkenaan dan pada 21 April lalu telah berlangsung Konvensyen Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor.– BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.396911 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list