CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1183|Reply: 1

[Jenayah] PRK KKB: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Proses pengundian PRK DUN Kuala Kubu Bharu masih berlangsung di 17 pusat pengundian. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI





HULU SELANGOR: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian di 17 pusat mengundi masih berlangsung dalam suasana hujan dan pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang ini.

Terdahulu, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, yang memiliki 40 pengundi, telah ditutup pada 2 petang tadi.

Proses penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Dewan Serbaguna serta Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2024 10:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.053860 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list