CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1362|Reply: 4

[Jenayah] Kerajaan tak benarkan aplikasi khidmat e-hailing konsep bida harga

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kiri) menyerahkan helmet kepada orang ramai secara percuma pada majlis Ulang Tahun Hari ke-78 di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jalan Tiang Dua dekat Ayer Molek, Melaka hari ini. -  foto BERNAMA



MELAKA: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga kepada penumpang di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut, namun sebagai langkah pencegahan, beliau telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyemak sistem berkenaan yang mula digunakan dalam kalangan pemandu e-hailing ketika ini.

"Saya akan minta APAD untuk lihat perkara itu, tetapi setakat ini memang tidak ada apa-apa yang kita benarkan lagi," katanya selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-78, Digitalisasi Memacu Profesionalisme Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Melaka, Tiang Dua, Ayer Molek, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha dan Pengarah JPJ Negeri Melaka Muhammad Firdaus Shariff.

Beliau mengulas kewujudan aplikasi e-hailing menggunakan sistem bidaan yang semakin menjadi pilihan ketika ini yang mana melalui aplikasi itu, pemandu e-hailing boleh meletakkan harga sendiri bagi satu jarak perjalanan sebelum dibida pelanggan sekiranya kadar tambang itu dipersetujui.

Bagaimanapun, penggunaan sistem tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna perkhidmatan awam apabila kaedah itu seolah-olah memaksa penumpang membayar harga lebih tinggi dan lebih menguntungkan pemandu.

Dalam perkembangan lain Anthony berkata, laporan siasatan oleh pasukan khas yang menyiasat dakwaan terkandung dalam JPJ Pandora Papers akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) MOT untuk dinilai dan tindakan seterusnya.

Jelasnya setakat ini memang diakui wujud beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam proses pendaftaran nombor klasik memandangkan nombor plat tersebut diperoleh mengikut kaedah sedia ada, namun ia perlu diperketatkan dan dikawal.

"Ini kerana nombor-nombor klasik itu dahulunya didaftarkan tanpa satu proses sistem yang telus dan terperinci kerana pada zaman 50-an dan 60-an ia didaftar secara manual, tidak ada dalam sistem komputer atau aplikasi seperti MySikap," katanya. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
In drive ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah sampah. X benar pun ada je jgk sistem bid tu. Then ada syarikat ehailing tade psv pun blh kayuh jgk. Aneh
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
"maaf rakyat..anda tidak dibenarkan untuk mendapat harga lbh rendah drp yg telah ditetapkan"-kita pintah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 04:46 PM | Show all posts
otai_g replied at 12-5-2024 07:13 AM
Ah sampah. X benar pun ada je jgk sistem bid tu. Then ada syarikat ehailing tade psv pun blh kayuh j ...

kalau baca betul. kerajaan tak bagi bid harga. tapi ketentuan harga masih lagi
di tangan company e-hailing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.120380 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list